بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera dan salam kasih sayang…
Alhamdulillah, walaupun ummiross berkira-kira untuk berehat seketika daripada bisnes online batik Sarawak, namun order batik sarong Sarawak terus masuk dari masa ke semasa. Jadi semasa berdiam diri tu,untuk tidak menghampakan, ummiross sebenarnya masih menguruskan order pelanggan. Maka masih ‘berterbanganlah’Batik Sarong Sarawak ke seantero Malaya. Hanya ummirosslah nampaknya tidak akan kerap ‘terbang’ seperti dulu lagi..
Untuk itu, ummiross juga ingin mengumumkan mulai hari ini,bisnes online Batik Sarong Sarawak, batik pasang atau kain pasang Sarawak dan Batik Sarung Ratna Dewi akan berjalan seperti biasa. Jadi kepada yang berminat dan yang telah membuat pertanyaan, bolehlah membuat order secepat mungkin.
Cumanya ada sedikit perubahan harga untuk beberapa jenis batik disebabkan kenaikan kos pengurusan. Namun begitu tentulah lebih berbaloi membeli daripada Salamborneo daripada nak menjimatkan beberapa ringgit dan terbang ke Sarawak untuk mendapatkannya sendiri. Memang harga di Sarawak murah sedikit,tetapi ramai yang tersilap membuat perkiraan tanpa memasukkan kos penerbangan, penginapan dan sebagainya. Kalau dimasukkan semua kos diatas makanya secara relatif harganya jauh lebih mahal di sana. Lainlah kalau anda memang dah pergi untuk makan angin atau atas urusan di sana, maka tentulah elok sangat dapat membelinya sendiri untuk kegunaan sendiri atau sebagai souvenir.
Bagi yang ingin berniaga pula ada potongan harga istimewa. Makanya lagi sekali jika diambil kira semua kos yang disebutkan tadi, harga yang anda dapati di Salamborneo ni secara relatifnya jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Bagaimanapun terserahlah kepada anda untuk membuat pertimbangan sewajarnya. Ummiross hanya memberi pendapat berdasarkan pengalaman, selebihnya ummiross mengharapkan yang terbaik untuk semua.
Olehkerana ummiross telah berada di Semenanjung, maka order akan diuruskan oleh kenalan merangkap adik angkat ummiross. Untuk order borong, sekurang-kurangnya 10 helai akan diurus dalam tempoh 2-3 hari sebelum di pos. Untuk order runcit pula, penghantaran hanya akan dibuat dalam tempoh 7-10 hari, kerana ummiross menunggu order terkumpul. Jadi kenalah bersabar sedikit ye.InsyaAllah anda akan tersenyum puas bila batik Sarawak sampai ke tangan, meskipun terpaksa menunggu agak lama sedikit.
ps: Beberapa kain pasang corak etnik atau Batik Sarawak dah sampai ke tangan ummi, tunggukan di entry seterusnya. Memang cantik dan meletop!!!
28 comments:
cantik nya...
@MumMe;
Hehe thank you MumMe.
Memang cantik sangat ni MumMe,warna dia pun memang cantik dan unik, terbaik!
Assalamualaikum...semoga bertambah maju Insyaallah.
wahh... cantik... nanti boleh hadiahkan kat isteri ni...
amboi ummi makin rancak ye?
ps sy da terima FM tu TERIMA KASIH BYK2! teruja sesgt nk tempek kt peti ais!
tak sabar nk tengok kain2 baru tu...hehe..
wah msh berbisnes lg ye ummi...semoga sukses selalu...
@Kehidupan Makkah;
Waalaikumussalam Tuan Haji Arshad..
Amin,amin..insyaAllah berkat doa dari bumi Makkah.
Terima kasih tuan haji.
@Kazman/Sue;
Hehe..boleh2x, hadiah untuk baju raya,mesti isteri suka, nak buat kemeja pun boleh ni Kazman.
@KhaiRin : Anies;
Hehe..rezeki sikit-sikit adalah.
Ooh dah terima ye, cepatnya, semalam baru pos.
Sama-sama kasih Anies. Souvenir simple je tanda ingatan,tengok FM tu kat fridge, ingatlah ummi hehe.
@jemarisuri;
hehe tu lah, malam ni nak pakaikan kat patung, baru ambik gambar, nanti dapatlah JS cuci2 mata.
Amin2x, terima kasih JS.
dh mula ek ummi......Syukur Alhamdulillah...
p/s:
Hr tu ada rakan blog nza (areef)tnya no hp ummi cz katanya dia ada sms ttp xdpt balasan..katanya dia brminat nk wat biz kain batik kt sk......
@NzA;
Hmm dah mula NzA,rasanya dah ok sikit,hari tu masa baru pindah, memang pening2 lalat juga dibuatnya.
Hehe..Areef ye, dah order pun NzA,hari khamis ni ummi pos kain dia. Terima kasih banyak2 NzA,kerana menjadi sumber inspirasi bagi yang lain.
cantiknya kain2 tu Ummi....
Assalamualaikum Ummi,
walaupun Ummi dah jauh ke Bangi tapi tetap dekat di hati Amie,
seronok dengar perkembangan bisnes Ummi, mudah-mudahan rezeki berniaga terus mengalir masuk dengan murahnya.
@Mulut payau;
Thank you MP, hmm ummi tengok pun memang cantik sangat, warna2 menawan.
@Amie;
Waalaikumussalam Amie...
Alhamdulillah, jarak dan waktu bukan pemisah.Amie pun selalu dihati ummi, semoga ukhwah terus berkekalan.
Terima kasih Amie, semoga Allah murahkan rezeki kita semua.
Assalamualaikum Ummiross
saya doakan agar perniagaan ummi terus maju dan diberkati
ps: saya tu hari 3 hari ajer kat kuching....pergi makan kat Kubah Ria, tempat ummi bawa kami dulu
alhamdulillah dh mula berniaga kembali. siap dah kemas semua ya?
lawanya corak n warna kain tu...:)
cantiknya ummie , kalau bee ade mesin n pandai jahit memang borong habis , tp nak cari tukang jahit bercinta lah di kawasan kl ni , upah pun mahal ..
moga bisnes terus maju.. sy pun nak order juga lagi, yg dulu dah habis
@Atuk;
Waalaikumussalam Atuk..
Amin,amin..terima kasih atas doa-doa, moga Allah makbulkan.
Ooh ke Kubah Ria, ummi ni entah bilalah dapat ke sana lagi...
@Sweet N Pretty;
Alhamdulillah Intan, kemasnya belum habis, buat sikit2 Intan. Tapi masa pun dah terluang sikit boleh start bisnes balik.
@Aishah Jahirah;
Hmm lawa kan..terima kasih Aisyah.
@puanbee;
Hehe ummi pun berkenan dengan semua warna2 ni bee. Ye lah bee, upah menjahit memang mahal sekarang, ummi tak tau nak pergi tailor mana kat tempat baru ni.
@ibuintan;
Terima kasih ibuintan atas sokongan dan doa.
Ooh order dulu dah abih ye, Alhamdulillah. Boleh..boleh, no problem..
salam Ummi,
Wah cantik corak - corak nya. Menarik ni..hehhee.
p/s: saya dah terima FM, terima kasih.
@kimmie;
Wassalam kimmie..
hehe promo tu kimmie..
Oh dah terima ye,ok2, sama2 kasih!
Post a Comment