Thursday, June 3, 2010

BATIK SARONG SARAWAK-SERUPA TAPI TAK SAMA.

Bagi yang tak biasa dengan Batik Sarawak/Batik Sarong Sarawak, tentu tertanya-tanya kenapa terdapat perbezaan harga yang ketara di pasaran meskipun coraknya kelihatan sama. Apatah lagi bagi mereka yang membeli secara online,anda hanya dapat melihat tetapi tidak dapat menyentuh kain-kain tersebut. Jadi anda tidak dapat merasa perbezaan material yang digunakan.


                                                                                                
Kod  :   BM                                                                                    Kod : BS
Harga lebih murah                                                                            Harga lebih mahal dari kod BM

(ps: Kod BM dan BS merujuk kepada kod yang kami guna ye..)                                                                            
Kedua-dua batik sarong di atas nampak betul2 sama kan, abaikan warna ye,warna boleh dipilih ikut kesukaan masing-masing. Tapi harga kain dengan kod BM lebih murah berbanding kod BS kerana beberapa sebab. Pertama material yang digunakan tidak sama. Kain kod BM dari jenis cotton biasa dan agak keras sedikit. Kedua...ukuran lebar kain kod BM lebih kecil, tak sampai 2m. Bagi yang gemar dan selesa berbatik sarong di rumah, mungkin ini pilihan yang tepat sebab ianya memang telah siap berjahit

Manakala kain kod  BS diperbuat dari cotton yg lebih lembut (cotton spun) menjadikannya sangat sesuai dibuat baju,skirt labuh atau kain untuk dipadankan dengan baju kurung, blouse dan lain-lain. Jika dipakai sebagai batik sarong di rumah pun ianya sangat selesa kerana texture nya yang lebih lembut. Ukuran lebarnya lebih besar iaitu lebih kurang 2m, ukuran yang dikira sesuai untuk dibuat kain atau baju bagi kebanyakan orang.

                                              
                                    Contoh kain kod BM yg sama corak dgn kod BS

Jadi ummiross harap entry ringkas ni dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, tak kiralah samada anda hendak membuat belian borong atau runcit. Bila dapat tawaran harga yang lebih rendah, bandingkan dulu semua aspek yang kami beri kan di atas. Semoga anda membuat pilihan yang tepat. BM atau BS itu adalah pilihan anda, tepuk dada tanya selera, pilihan mengikut minat dan keperluan anda. Tiap jenis kain ada kesesuaian masing-masing.

Berdasarkan sambutan dan juga 'feedback' dari pelanggan, kami memilih untuk lebih fokus kepada jualan Batik Sarong Sarawak aka Batik Borneo berkod BS kerana kesesuaiannya untuk dijadikan baju atau kain disebabkan texturenya yang lebih lembut dan halus. Hubungi kami untuk harga dan kualiti terbaik.

KAMI MENAWARKAN JUALAN RUNCIT DAN BORONG DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN. HUBUNGI KAMI DI :

ummiross@gmail.com
atau sms sahaja ke
016 878 4960

5 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

salam ziarah
selamat maju jaya

Wassalam

Ummiross said...

@Rozali ; Waalaikumussalam Rozali

terimakasih kasih banyak
selalu2lah singgah sini ye

Cheqna said...

oh...masa pergi few years back ke Kuching, adalah beli 2/3 helai..tp belum keluar dari plastik lagi till now..cantik sangat nak buat basahan..hehe..

n tak tau pun then ada kod tag2 ni :-)

Ummiross said...

@Cheqna ; oh ye ke, mmg cantik kan, kod tu ummiross bagi sendiri ,nak bezakan jenis kain,moga2 customer dpt manafaat dan info yg betul,insyAllah.

Ummiross said...

@si(jari)telunjuk ; Tq,pos biasa rm5.50/kg
poslaju rm8/500gm pertama,rm13/kg