Wednesday, August 20, 2014

KEMBARA TURKI-PAMUKKALE DAY 1 & DAY 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Memang menjadi impian, jika ke Turki, ingin sekali menjejak kaki ke Pamukkale. Terletak 20km dari Denizli, Pamukkale merupakan salah satu destinasi paling menarik di Turki, bukan sahaja kerana keindahan dan keunikan formasi geologi tetapi juga kerana tarikan tinggalan sejarah Hierapolis.

Travel like local, dari Antalya kami menaiki bas ke Pamukkale.

DSC_0254_Fotor

Kamil Koc menjadi pilihan. Seperti biasa, bas ekspres Turki memang selesa. Ada makanan dan minuman ringan disediakan dan bas pun tidak dipandu dengan terlalu laju, menjadikan perjalanan tenang dan menyeronokkan sambil menikmati pemandangan pedalaman Turki.

DSC_0256_Fotor 

 

Berhenti menjamu selera, tempatnya cantik, bersih, makanan pun sedap

DSC_0266 

DSC_0257_Fotor

DSC_0259_Fotor

DSC_0268_Fotor

 

Perjalanan ke Pamukkale memakan masa antara 4-5 jam. Kami tiba di Pamukkale lewat tengahari dan check in di Hotel Artemis Yoruk. Pamukkale hanyalah sebuah perkampungan kecil yang agak sunyi. Jika tidak kerana tarikan travertine dan tinggalan sejarah Hierapolis, tentu ianya tidak berapa menjadi sebutan.

DSC_0276_Fotor 

 

Pamukkale, bermaksud “cotton castle” atau “istana kapas”, mempunyai sumber air panas bawah tanah dan juga travertine, terrace yang terbentuk dari mineral karbonat yang ditinggakan oleh aliran air yang kaya dengan kalsium okside. Ianya diisytiharkan sebagai “UNESCO World Heritage site” pada tahun 1988 kerana keunikan dan juga sejarahnya.

                      DSC_0284_Fotor

 

Selesai solat dan berehat, kami mengambil kesempatan melihat kawasan sekitar. Jarak hotel ke Travertine tidaklah jauh.Sepanjang petang itu kami menghabiskan masa menikmati keindahan dikaki travertine. Untuk naik ke atas sudah lewat petang. Pemandangan dibawah ini pun sudah cukup mempesonakan.

DSC_0311_FotorA 

DSC_0318 

DSC_0320 

DSC_0395_Fotor

DSC_0291_Fotor

 

DSC_0372_Fotor_Fotor_Collageq 

 

Penat membuat rondaan tak rasmi, kami singgah makan di salah sebuah kedai kecil berhampiran masjid, Sangat selesa makan disini, hanya kami suami isteri ketika itu dan tidak ada arak dijual berbanding kebanyakan kedai disekitar hotel.

Roti, menemen dan secawan kopi Turki, sudah cukup mengenyangkan. Banyak tempat ummiross mencuba menemen ni, tapi yang ni paling best rasanya. Masakan lelaki sejati dari Pamukkale :))

DSC_0404_Fotor_Collage 

 

Pada hari kedua kami memilih untuk menyertai tour. Antara tempat yang dilawati, Karahayit Red Spring, Calcium pool, Hierapolis dan Travertine.

KARAHAYIT RED SPRING

Mata air dengan kepanasan sehingga 56 darjah celcius, kaya dengan mineral terutama zat besi, manjadikan ianya kelihatan kemerahan..rust-red colour.

 DSC_2267_Fotor

DSC_2279

Oleh kerana airnya kaya dengan kandungan mineral seperti besi, sulfur dan calcium, maka ianya dikatakan sangat sesuai untuk rawatan masalah kulit.

DSC_2271_Fotor

Bolehlah nak berendam ke, nak mandi lumpur ke, hehe..biasanya yang mandi lumpur omputeh lah, orang kita ni, just celup-celup kaki, celup pun….celup-celup manja je gitu, yelah aurat pun nak kena jaga juga kan.

DSC_2294 

DSC_2287_Fotor

 

HIERAPOLIS

Seterusnya kami dibawa ke tapak bersejarah, Old City-Hierapolis.

Pintu masuk, menuju ke suatu penempatan yang sangat gah di zaman Greek suatu ketika dulu

DSC_2296_Fotor 

DSC_2300_Fotor

                     DSC_2302

Kawasannya sangat luas. Sebelum sampai ke ‘kota lama’, kami melalui kawasan perkuburan purba Greek yang dikenali sebagai Necropolis-The City of Dead.

DSC_2307_Fotor

DSC_2308_Fotor

DSC_2320_Fotor

DSC_2318_Fotor

DSC_2321_Fotor

 

Menapak ke Hierapolis pula. Ketika pemerintahan Rome, Hierapolis merupakan suatu kota mewah lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk beberapa teater dan tempat mandi khusus yang luas.. Tak hairanlah, hingga hari ini “Hammam” menjadi begitu signifikan di Turki.

Northern Roman gateDSC_2328

/DSC_2326_Fotor 

DSC_2336_Fotor

 DSC_2339_Fotor

North Byzantine GateDSC_2340

 

Penat berjalan, jika berminat bolehlah mandi atau berendam dalam Cleopatra’s Pool, kolam air panas dengan suhu dari 36-57 darjah celcius, PH 5.8 dan mengandungi pelbagai mineral yang dikatakan baik untuk mengurangkan masalah rheumatism, penyakit kulit dan lain-lain.

DSC_2352_Fotor

 

TRAVERTINE

Selesai menjelajah Hierapolis, akhirnya kami menuju ke tempat yang ditunggu-tunggu, travertine. Bila nak masuk kawasan travertine ni, semua kena buka kasut. Ada guard lagi jaga, sapa-sapa yang tak buka tu, siaplah kena sound!!!, hehe…

“The travertines are a series of stepped pools of calcium rich mineral spring waters. The pools are created by the calcium precipitating out of the mineral spring water, depositing the marble over the entire mountainside and creating a spectacular backdrop to the ruins higher up the mountain.” Mr Google.

Terpesona seketika bila melihat pemandangan yang memukau.

DSC_2362_Fotor

DSC_2404_Fotor

 

Terrace yang disaluti mineral karbonat, memutih seperti kapas, dengan pelbagai formasi semulajadi akibat dari aliran air yang yang kaya dengan kalsium oksida. Sayangnya semasa kami pergi, tidak banyak air bertakung di dalam kolam-kolam semulajadi ni.

DSC_2401_Fotor

 

Air jernih yang panas-panas suam, mengandungi banyak mineral dikatakan mempunyai nilai perubatan dan kesihatan.

DSC_2375

DSC_2366_Fotor

DSC_2370_Fotor

DSC_2473_Fotor 

 

Subhanallah, tabarakallah…hebatnya ciptaan Allah SWT. Memang memukau pandangan.

 DSC_2419_Fotor 

DSC_2477_Fotor

DSC_2481_Fotor 

DSC_2512_Fotor

DSC_2518_Fotor

 

Tiba masa untuk turun. Kena berhati-hati  ketika nak turun ni, ada tempat yang licin, jadi kena tau permukaan yang macamana selamat untuk dipijak agar tidak tergelincir, terutama semasa melintasi kolam berair.Tourist guide siap bagi taklimat, kena tengok warna permukaan kalsium tu, ada yang licin, ada yang tidak.

DSC_2458_Fotor

DSC_2497_Fotor 

DSC_2509_Fotor 

DSC_2527_Fotor 

Kepada yang berjiwa ‘besar” dan ingin merasa ‘terbang’ di Pamukkale, bolehlah join paragliding, tapi ongkosnya lumayan pak!!!

DSC_2528_Fotor_Fotor 

 

Kami turun lewat petang dan singgah solat jamak di masjid berdekatan dengan hotel penginapan.

DSC_0274_Fotor

Hotel dah check out awal pagi, jadi selepas solat di masjid, kami hanya lepak-lepak di lobi hotel sementara menunggu bas untuk ke Ephesus pula. Belum berakhir kembara kami di bumi Turki, tungguuuuu!!!.

Dan ikuti catatan perjalanan kami sebelum ini di link dibawah.

 http://salamborneo.blogspot.com/search/label/KEMBARA%20TURKI

Wassalam.

Wednesday, August 13, 2014

KEMBARA TURKI-ANTALYA DAY 2

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Nampak gayanya berlanjutan lagilah entry ummiross pasal kembara Turki. Kesibukan menguruskan bisnes menghadkan masa untuk berblog. Alhamdulillah, kami menguruskan dari berpuluh hingga ke beratus helai kain Batik Sarong Sarawak sehari untuk dipos kepada pelanggan. Kepada pelanggan-pelanggan yang membuat order borong, diharap dapat bersabar ye, order akan diurus mengikut giliran dan mungkin agak memakan masa sedikit.

Berbalik kepada Kembara kami di Bumi Turki, pada hari kedua di Antalya, kami memilih untuk menyertai tour yang dikendalikan oleh local travel agency. Melawat tempat-tempat bersejarah pula Perge, Aspendos, Side. Juga termasuk dalam pakej adalah lawatan ke air terjun Kursunlu dan ‘fruit picking’ di ladang oren. Nak tulis banyak-banyak bagai kehabisan idea,otak pun asyik berfikir pasal order kain yang perlu diurus, jadi layan jelah gambar-gambar di bawah ni ye.

Perge merupakan ibukota bagi Pamphylia, bandar serba lengkap pada zaman pemerintahan Greek dan terus berkembang maju dibawah pemerintahan Rome. Berjalan diantara runtuhan tinggalan sejarah ini, terasa aura ketamaddunan Greek dan Roman yang bagaikan mendahaului zaman.

DSC_2023_Fotor

DSC_2025_Fotor

DSC_2031_Fotor

DSC_2028_Fotor

DSC_2033_Fotor

DSC_2029_Fotor

 

           DSC_2041_Fotor

DSC_2079_Fotor

DSC_2051_Fotor

 

Penat berjalan, boleh singgah sebentar untuk membeli cenderamata. Sempat juga ummiross membeli alas gelas yang dikait oleh wanita Turki ini..sangat cantik.

DSC_2107_Fotor

 

SIDE

‘Side is an ancient Greek city on the southern Mediterranean coast of Turkey, a resort town and one of the best-known classical sites in the country’.’-Mr Google

Cantik sangat penempatan ni, terletak di pesisir pantai. Sekarang ianya menjadi resort yang menarik ramai pelancong.

 DSC_2113_Fotor

DSC_2115_Fotor

DSC_2114_Fotor

 

Tinggalan-tinggalan sejarah Greek masih jelas kelihatan. Tentu suatu ketika dulu, ianya merupakan salah satu penempatan yang gemilang dizamannya.

DSC_2119_Fotor 

DSC_2124_Fotor 

DSC_2125_Fotor 

DSC_2126_Fotor

Temple of Apollo

DSC_2116_Fotor

DSC_2128_Fotor  

 

 DSC_2136_Fotora

DSC_2133

DSC_2142 

DSC_2143_Fotor

 

ASPENDOS

‘The theatre of Aspendos is one of the best preserved theatres of the Roman world.
It is situated in Lycia (Turkey) at about 15 km from the mediterranean coast. The history of the city goes probably back to 1000 BC. Romanisation started in 190 B.C. The theatre was built in the period 161 - 169 A.D.’ –Mr Google

Antara tinggalan Theatre yang paling lengkap..masih jelas binaan asalnya.

DSC_2155_Fotor

 DSC_2159_Fotor

DSC_2162_Fotor 

 

Makan tengahari di restoran tepi sungai lagi..cantik!!!.Hidangan pun cukup meyelerakan.

DSC_2166_Fotor

DSC_2167_Fotor

DSC_2175_Fotor

DSC_2178_Fotor

 

Dah makan, singgah pula di ladang oren. Aktiviti memetik buah pula. Seronok melihat ladang oren yang luas dan pokok oren berbuah lebat. Tapi awas, kalau tak pandai petik, tak dapat buah yang betul-betul masak, nanti dapat buah oren yang agak masam.

DSC_2183_Fotor

DSC_2185_Fotor

DSC_2191_Fotor

DSC_2203_Fotor

DSC_2206_Fotor 

 

KURSUNLU WATERFALLS

Destinasi terakhir bersantai pula di kawasan air terjun Kursunlu. Air terjun Kursunlu ni lebih kecil berbanding airterjun Duden yang kami kunjungi pada hari pertama, tapi tetap cantik.

DSC_2214_Fotor

DSC_2219_Fotor

DSC_2220_Fotor

DSC_2221_Fotor

DSC_2232_Fotor

DSC_2239_Fotor

 DSC_2244_Fotor

Wassalam.

Wednesday, August 6, 2014

BAJU RAYA BATIK SARAWAK DARI PELANGGAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Seronok sangat bila ramai pelanggan yang hantar gambar kat whatsapp, berkongsi gambar baju-baju raya mereka menggunakan Batik Sarong Sarawak. Semuanya cantik-cantik dan kreatif pulak rekaannya.

Ummiross paparkan beberapa gambar yang diizinkan oleh pelanggan untuk di kongsi. InsyaAllah lain kali jika ada peluang dan keizinan, ummiross kongsikan yang lain pulak ye.

Kombinasi Batik Sarong Sarawak kod BSG216A dengan kain hitam polos dijadikan dress. Olala!!!,memang cantik sangat!.

photo 

 

Baju kurung moden menggunakan Batik Sarong Sarawak kod BSG216B, dipadankan dengan kain polos biru. Sentuhan etnik yang sangat manis dipandang.

photo (2) 

 

Lagi satu rekaan kreatif dari pelanggan, kurung moden dengan gabungan batik Sarawak kod BSG212C dengan kain polos biru lembut. Nampak sangat unik dan menawan.

photo (1)

Terima kasih banyak-banyak kepada kedua-dua pelanggan ummiross yang mengirimkan gambar-gambar diatas ni, salam sayang dari Salam Borneo, mmmmuaahhhh!!!.

Kepada pelanggan-pelanggan lain, jika ingin berkongsi gambar baju raya dari batik Sarawak yang dibeli dari kami, sila hantarkan ke whatsapp atau email ye, sama-sama berkongsi idea berkongsi citarasa.

Wassalam.

ps: respon kepada banyak pertanyaan, kami hanya menjual Batik Sarong Sarawak yang belum berjahit sahaja, kami tidak menjual baju atau dress. Baju-baju di atas adalah kiriman pelanggan-pelanggan kami yang menggunakan kain yang dibeli dari kami untuk membuat baju mengikut kreativiti masing-masing.