Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Ummiross dan suami sudah seminggu berkembara di bumi Turki, bermula dari Istanbul, kemudian ke Cappadocia, Antalya dan esok akan ke Pamukkale. Kami akan menjelajah beberapa tempat lagi di Turki sebelum berangkat ke Greece dan Itali. Bila berkembara, tentu sekali kami mengalami kesukaran untuk online disebabkan kekangan waktu dan juga ketiadaan line internet. Hari ni sempat menghadap lappy sekejap menggunakan wi-fi hotel.
Sementara dapat online ni, ummiross mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan bahawa semua urusniaga Batik Sarawak di Salamborneo.blogspot.com dan di fb ditangguhkan buat seketika. InsyaAllah kami akan kembali beroperasi pada penghujung bulan April nanti. Ummiross mohon kemaafan kerana tidak dapat membalas email, whatsapp dan lain-lain. Segala kesulitan amat dikesali.
Kepada rakan-rakan blogger, doakan kembara kami diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT. InsyaAllah bila kembali nanti, kita akan bertemu dan bertamu kembali di alam cyber. Moga Allah juga melindungi kalian semua..doa dari kami, musafir di bumi Turki.
15 comments:
selamat menikmati pecutian ya ummi...selamat kembali dgn idea2 segar utk blog nanti..
Insyaa Allah doa kami semua sentiasa mengiringi ummi..srmoga selamat diperjalanan dan selamat kembali
Semoga perjlnan di berkati dan byk ilmu di dapti..
Sick sense kakak mengatakan ummiross makan angin betul kisahnya. Malam tadi baru bercakap dgn hubby. Pagi ini baca komen N3 kakak sah...betul makan angin lagi.
Moga berbahagia di sana tu. Jgn lupa kakak:)
wahhhh ummi jenjalan jauh ya...semoga selamat sepanjang bermusafir...
p/s FM greece ekekekekkekeke
ALHAMDULILLAH..SERONOK NYER...
Assalamualaikum wbt...
Ummi.. selamat mengembara...
Jangan lupa oleh2 dari turki tau... hehehe...
pastu jangan lupa ambik banyak2 gambar ;p
salam k.ummiross..
alhamdulillah.. seronoknya berkembara nun di rantau org..
kirim FM itali 1.. hihi
*gurau* :p
selamat bercuti kak
Seronoknya ummi...xsabar nk tunggu ummi blk n brkongsi kisah pengembaraan ummi di sini...
As-salam ummi..
Alhamdulillah.. seronoknya dgr.. smg segala urusan ummi dan suami dipermudahkan.. semg pengembaraan ummi akan mendapat keberkatan dariNYA.. Have a nice holiday ummi.. take care..
Assalamualaikum ummi...seronoknya ummi bercuti. Cerah mata pg ni tengok foto bunga yg berseri2. Enjoy ur holiday nanti syer foto lg ya:)
nak ituttttt...makan baklova ingat mumme tau...
bestnya..dah lama teringin nak ke Istanbul! Insyaallah ada rezeki nanti. Selamat bercuti dan mengembara dengan selamat!
New Entry "Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth International Terminal)"
Selamat bercuti dan bergembira disana.
Salah satu tempat percutian dalam list kak Zai.
Moga selamat pergi dan balik..
Moga sihat selalu hendakNYA..
Post a Comment