Friday, August 6, 2010

Final Akademi al-Quran TV9

Ummiross memang minat betul dengan program realiti Akademi al-Quran ni. Bagi ummiross program ni antara program terbaik TV9. Seronok, bangga dan bersyukur melihat ramai anak-anak muda yang dapat menyalur bakat dan minat dalam bidang yang memerlukan komitmen yang tinggi ni, bukan calang-calang orang dapat melakukannya... 
 
Finalis AQ ni hebat2 tau :-
 
1. Ahmad Termizi Ali
    Lulusan bidang Sarjana Muda Qiraat, Mesir
    Kini bertugas sebagai Pengurus Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya
 
2.Yahya Ali
    Penuntut Institut Pengajian Islam, Kemaman, Terengganu
 
    Hebat dua bearadik dari Ganu kite ni...
 
3. Husni Ali
    Tak kurang hebatnya peserta dari Serkam Melaka ni
    Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir
    Pernah beberapa kali memenangi Tilawah Peringkat Negeri Melaka
    di tempat ketiga
   
4. Muhammad Ahmad Zahid
    Peserta termuda (15 tahun ),dari Ampang, Selangor
    Pelajar Sekolah Integrasi Darul Hikmah, Ampang Utama
    Penerima Anugerah Saidina Ali, Maulidur Rasul 2009,negeri Selangor.
 
    Johan kategori bacaan terbaik pada Anugerah Al-Quran Antarabangsa
    Dubai ke-12, dua tahun lalu
 
    Ummiross suka adik Muhammad ni...
    Cool je kan...
 
    Jom kita pakat tengok ramai2;
    Jumaat, 6hb,Ogos 2010
    Jam 9 malam di TV9
    (Venue: PICC )

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbuka Untuk Jualan Runcit Dan Borong, Hubungi :-
Ummiross@gmail.com atau sms je ke 017 8503585
 

2 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

moga rancangan seumpama ni lebih banyak lagi di masa akan datang
Insyaallah

Wassalam

Ummiross said...

waalaikumussalam Rozali

Ye lah, rancangan berbentuk keagamaan ni makin mendapat sambutan, ramai peminat jugak,stesen TV patut ambik kesempatan kan...

Tq,wasalam