Tuesday, July 10, 2012

UMRAH ZIARAH JORDAN DAN AWAL RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross dan suami akan berangkat esok malam (Rabu), insyaAllah, ke Jordan terlebih dahulu, berziarah di bumi anbiya’,  bumi yang  sangat tinggi nilainya dalam sejarah keagungan umat Islam. Tempat di mana ramai para nabi dan pejuang Islam telah menghabiskan hayat mereka untuk berdakwah bagi mendaulatkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Semoga dapat melihat tanda-tanda kebesaran Allah dengan mata hati.

Saat ini, hati dan perasaan persis telah berada di bumi Madinah dan Mekah. Hati tersangat rindu. Ya Allah, terima kasih menjemput kami lagi. Ia bagai mimpi kerana kami tidak menduga secepat ini. Begitulah ketentuan Allah mengatasi segala perancangan. Perancangan bertahun ada sahaja musyaqqahnya. Tapi hanya dengan perbincangan singkat dengan Mr Hubby, kami mendaftar dengan pakej yang akan bertolak dalam masa tak sampai 2 minggu. Agak kelam kabut juga kami membuat persiapan, mendapatkan suntikan, mengambil gambar dan membuat pembayaran dalam hari yang sama. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, ia impian dan doa yang dimakbulkan disaat-saat Allah lebih mengetahui hikmahnya.

Namun dalam kegembiraan ada getar di hati. Ia bukan perjalanan suka-suka. Ia kembara rohani, penyucian hati. Umpama kanak-kanak yang bebas lepas bermain di padang, pasti ada kotoran yang terpalit di pakaian samada sengaja ataupun tidak.. Pakaiannya perlu dicuci, malah kadang2 cara cuciannya perlu lebih spesifik. Begitulah juga kita dalam menjalani kehidupan seharian, tak terlepas dari dosa-dosa. Moga sentiasa berkesempatan memperbaiki diri.

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Di kesempatan ini, ummiross memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan blogger, jika ada terkasar bahasa, terguris rasa dan sebagainya. Doakan ummiross dan suami selamat pergi dan selamat kembali, dipermudahkan segala urusan dan dapat beramal ibadat dengan sempurna serta mendapat umrah yang mabrur. Sehingga bertemu lagi, salam sayang selalu..

PENGUMUMAN : Salamborneo akan berhenti berurusniaga buat seketika sehingga hujung bulan Julai, 2012. Urusniaga akan berjalan seperti biasa sekembalinya ummiross dari mengerjakan umrah nanti. Ummiross juga memohon maaf kerana ada order yang tak dapat ummiross terima disebabkan kesuntukan waktu untuk menguruskannya.

Alhamdulillah, kain2 yang diorder sebelumnya telah selamat di pos semuanya. Sila telefon pejabat pos terdekat sekiranya parcel yang di pos tidak sampai dalam masa 7 hari dan berikan nombor treking sebagai rujukan.

NzA;
Kod: BS-16pcs,BM-2pcs,KPU-7m
Pos : 11hb.Julai,2012
Treking :EM098522468MY
CD185381821MY

To Nor Anitah;
Kod: KPH-1psg, BS-15pcs
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :CD185382257MY

To Erma;
Kod: KPH-1psg
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :EM124642545MY

Anthea;
Kod: BS-3pcs
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :EM124642523MY

Mohd Nor Izwan;
Kod: KPH-6m
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :EM124642537MY

Safurah;
Kod: KPH20
Pos : 5hb.Jul,2012
Treking :EM124642510MY

Shahrina;
Kod: BS-2pcs
Pos : 5hb.Julai,2012
Treking :EM124642506MY

Sae;
Kod: BS-8pcs
Pos : 2hb.Julai,2012
Treking :CD185382787MY

31 comments:

Amie said...

Selamat menunaikan umrah Ummi sayangggg... seru-serulah nama Amie di sana, mudah-mudahan tiba masanya Amie akan sampai jua...

Mak Wan said...

Alhamdulillah ...UMMI

Selamat berangkat ke bumi anbiaaaak yang dirinduii.
doakan Mak Wan juga moga berjaya seperti perancangan Ummi.
sampaikan salam pada rasullullah. semoga umrah mabrur

dear anies said...

semoga ummi selamat pergi dan selamat kembali serta dapat menunaikan umrah dgn sebaik2 nya... jgn lupa titipkan doa buat kami d sini..

p/s awl ramadan nnt, pasti best! aaargghhh ni yg rs nk g lggggg...

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. seronoknya ummi.. Semoga ummi dan suami mendapat umrah yang makbullah hendaknya.. selamat menyambut ramadhan dan selamat beribadah di masjid nabawi dan masjidil haram yang penuh keberkatan.. Subhanallah.. tiba-tiba rasa sebak merindui kedua2 masjid itu.. semoga segalanya dipermudahkan buat ummi dan suami..

Anonymous said...

alhamdulillah tercapai hajat ummi...js dh maaf kan...rasanye takde pun yg tersimpan dihati...

js doakan semoga ummi dpt melaksanakan dgn lancar spjg berada di sana...ameen..

***doakan semoga hasrat js pun tercapai jugak ye...krn itulah impian kami sekeluarga..^^

sonata anak kancil said...

SELAMAT BERANGKAT DAN SELAMAT KEMBALI - SEMOGA BEROLEH UMRAH MABRUR

MulutPayau said...

selamat menunaikan umrah ummi...semoga selamat pergi dan kembali...

ummiross said...

@Amie;

Terima kasih Amie sayang..,InsyaAllah ummi doakan Amie juga nanti.

ummiross said...

@Mak Wan;

Alhamdulillah..

Terima kasih Mak Wan.InsyaAllah ummi doakan Mak Wan juga nanti dan sampaikan salam kepada Rasulullah SAW,insyaAllah.

ummiross said...

@KhaiRin:anies;

Terima kasih Anies atas doa, insyaAllah ummi titipkan doa buat Anies juga. dah pernah puasa di sana ke Anies?

ummiross said...

@Hanis Azla;

Alhamdulillah Hanis, terima kasih atas doa2, amin..
Hanis baru je balik dari sana kan, tentu semuanya masih segar dalam ingatan.
Terima kasih lagi sekali, Amin2x..

ummiross said...

@jemarisuri;

Alhamdulillah js..terima kasih banyak2 atas doa.InsyaAllah ummi doakan js dan keluarga juga.

ummiross said...

@sonata anak kancil;

Terima kasih cikgu atas doa2, semoga Allah membalas dengan pahala jua.

ummiross said...

@MulutPayau;

Terima kasih Mp atas doa,semoga Allah memberkati Mp sekeluarga.

Anonymous said...

semoga selamt semuanya diperjalanan nnti ye!

ummiross said...

@Kesuma Angsana;

Terima kasih Kesuma Angsana atas doa..

Ati Masrif said...

salam,

alhamdulillah giliran ummi pula

semoga semuanya selamat dan berjalan
dengan lancar

ummiross said...

@Ati Masrif;

Alhamdulillah..
Terima kasih Ati atas doa2, Amin..

Unknown said...

moga dipermudahkan segala urusan sis n suami...

Kamsiah yusoff said...

Alhamdulillah...selamatlah semua hendaknya...

ROZILA said...

Salam ummi,

Selamat berangkat dan selamat kembali ketanahair,semuga mendapat umrah mabrur

L said...

sonokla akak.. doakan L dapat g sana jugak ye nt..=)

Jahirah said...

semoga selamat pergi dan balik. moga dipermudahkan segala urusan untuk beribadat di sana....;)

Sweet N Pretty said...

Terlepas pos yg ni. Skrg pasti Ummi sibuk beribadah. InsyaAllah ketemu kita lagi di Salam Borneo sekembalinya Ummi nanti:)

NzA said...

Selamat berangkat ummi..nza doakan agar segalanya brjln lancar sprti yg dirancang.......

terpaksa menanggung rindu pd ummi......

MumMe said...

Harapnya Ummi dah selamat sampai di Jordan...nanti dah sampai di tanah suci ingat2 mumme ye...ingin benar rasanya menjejak kaki ke sana,ummiross...

Unknown said...

berdoa utk saya dan keluarga juga ya Ummi ..selamat menunaikan Umrah

Ina Hashim said...

alhamdulillah kak...semoga beroleh umrah yg maqbullah

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

moga memperolehi umrah yg mabrur
amin


Selamat Menyambut Ramadhan

Ina Hashim said...

selamat pergi dan pulang kak....seronoknya dapat merasa berpuasa di sana...akak pegi Mekah ke Madinah dulu?ya Allah...rindunya nak ke sana lagi...doakan Ina dapat rezeki ke sana lagi ye kak

ummiross said...

@Yumida,Kamsiah, Rozila, L, Aisyah Jahirah, Sweet N Pretty, NzA,MumMe,khaitul,Atuk, In Hashim;

Terima kasih semua sahabat blogger yang ummiross sayangi. Semoga Allah memberkati kalian semua. Ummiross juga mendoakan kebaikan untuk semua.