Tuesday, September 17, 2013

POTRET MERDEKA

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Beberapa hari lepas, ummiross menerima email dari pelanggan berserta sekeping gambar.  Seronok sangat dapat menatap wajah-wajah ceria, si jelita yang cantik menawan dan si jejaka segak dan kacak menggayakan Kain Pasang Etnik aka Batik Sarawak semasa perarakan Hari Merdeka di Labuan baru-baru ini.

“…..the parcels arrived safely on friday 16/8  petang..we were so glad it came just as schedule..terima kasih sangat-sangat.
…the batik turn out so nicely, semua suka the color n design as its suit both the ladies & men.
The kain was made into Baju batik (for men) and Baju Kurung (for ladies) untuk perarakan Hari Kebangsaan di Labuan.”

Labuan FSA 31 August 2013

Syukur sangat bila pelanggan berpuas hati. Terima kasih banyak-banyak buat semua staf FSA Labuan kerana  sudi membeli batik Sarawak dari kami di Salamborneo.blogspot.com. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi gambar, potret ceria anda di Hari Merdeka..memang terbaik!!!.


Rasanya belum terlewat nak ucap selamat Hari Malaysia. Cuti lama pun kami tak ke mana, ‘berlegar-legar’ kat Putrajaya je : ). Sempat juga melihat pertandingan bunga api peringkat antarabangsa, itu pun pada malam terakhir. Semasa nak keluar makan malam, kononnya nak singgah atas jambatan cantik tu nak lihat persembahan bunga api, tapi ramainya orang atas jambatan, polis dah tak benarkan berhenti, terpaksalah kami pusing-pusing, tempat strategik semua dah dipenuhi orang ramai. Akhirnya dapat juga port yang agak baik, dapatlah juga merakam gambar dari kejauhan, cukuplah sebagai catatan kenangan.

DSC_0175

DSC_0232

DSC_0229

Friday, September 13, 2013

MAKANAN HALAL DI PARIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Semalam ummiross ada menerima sms dari seseorang, yang membaca blog ummiross tentang percutian kami di Eropah dan beliau ingin bertanyakan sedikit info berkenaan penginapan di Paris dan London. Ini bukan kali pertama ummiross menerima sms atau email berkaitan percutian ummiross. Alhamdulillah, kiranya entry yang dibuat dapat dimanafaatkan sebagai panduan oleh orang lain juga..sharing is caring.

Jadi hari ni ummiross nak bercerita sikit tentang penginapan dan makanan halal di Paris berdasarkan pengalaman kami. Kali pertama, ummiross dan MrHubby bersama dua rakan kami, juga suami isteri ke Paris, penginapan kami ialah di Mercure Suffren Eiffel Tower. Hotel ni berdekatan dengan Eiffel Tower dan juga dengan kebanyakan tourist attraction yang lain. Kami pergi pada musim sejuk 2010, sewa hotel masa tu satu malam dalam RM250. oklah kan, kat Malaysia pun lebih kurang macam ni juga hotel rate kan. Tapi semasa nak pergi pada tahun ni, 2013, bila check secara online, harganya dah berganda-ganda, mungkin disebabkan dah masuk musim panas.

Inilah penginapan kami ketika di Paris 2011, walking distance je ke Eiffel Tower.

211120103885  201120103808 

 

Eiffel Tower pada waktu malam, gambar diambil dari hadapan hotel penginapan kami, guna kamera telefon je. Jalan kaki tak sampai 5 minit rasanya. Nak ulang alik posing depan Eiffel Tower sampai lebam pun boleh, hehe..

211120103861

 

Kalau nak river cruise pun dekat juga, boleh lihat tourist attraction dan bangunan bersejarah yang terdapat disepanjang Sungai Seine.

 211120103920

 

Cumanya kat area hotel ni sukar nak jumpa makanan halal. Biasalah bila berjalan oversea, kenalah bawa bekal makanan apa yang patut, tak seronok berjalan kalau perut lapar. Kat hotel ni takde disediakan cerek, jadi nak masak maggi ke, nasi Brahim ke, kenalah bawa heater atau periuk kecik. Masa pegi dulu, ummiross minta air panas kat hotel je. Dah perut Melayu, tak jumpa nasi tak senang kan, kami buat rombongan Che Kiah je, share naik teksi, jalan-jalan cari makan. Ni makanan morocco kalau tak silap, kedai Muslim yang terletak beberapa lorong belakang berhampiran pusat beli belah Galleries La Fayette. Atau boleh ke Paris Mosque walaupun makanannya agak mahal. Tapi kalau ummiross pergi lagi, rasanya kami dah tau nak dapatkan makanan lebih murah dan banyak pilihan di kawasan muslim, berhampiran hotel Pantin, naik train pun boleh dari stesen berdekatan Mercure ni.

221120104019

 

Penginapan di bajet hotel Pantin semasa kali kedua kami pergi, 2013. Kalau ikut ejaan bunyinya Pantin, tapi “oghang Peghancis” sebut bunyinya lebih kurang- Panton. Walaupun bajet hotel, ianya cukup selesa. Train station dekat je, gambar disebelah kanan, laluan ke Train station berhampiran, mudah untuk ke Eiiffel Tower, La Valle Factory Oulet atau Disneyland. Masa beli tiket, boleh tanya penjual tiket, minta peta, kat sana dia orang siap sediakan peta dan tandakan stesen yang patut kita berhenti untuk ke destinasi, memang cekap!. IMG_7477  IMG_7470

 

Yang paling best, hotel ni berhampiran penempatan Muslim. Kena berjalan sedikit ke depan, dalam 10-15 minit, nanti jumpalah banyak kedai-kedai makanan Muslim, nak kebab ke, nasi Arab ke atau nak dessert seperti Crepe dan lain-lain, semua ada, macam-macam ada..

Ni kedai Algeria, sangat friendly, siap posing lagi, yang hensem tu anak tauke kedai, hehe..

IMG_7716

 

Dalam kedai pun nak bergambar juga, oklah..snap je.

IMG_7714

 

Daging ayam dan lamb yang diperap dengan pelbagai rempah ratus, pilih mana yang nak, nanti dia masakkan , fresh from the pan@oven.

IMG_7711

 

Makan panas-panas dengan nasi putih, yeaahh jumpa nasi putih kat Paris, tentu ‘gumbira’ perut kita kan hihi..Tamak pula tu, campur chicken & lamb, semua nak rasa, memang berbaloi.

IMG_7710

 

Yang ni jual kebab, kami beli kat sini untuk makan malam, tapau. Dapat beli crepe juga, kiranya crepe ni dessert yang femes juga kat Paris ni.

IMG_7751

 

Seberang jalan ni, juga masih ada banyak kedai-kedai Muslim(Musolman) yang menjual produk halal seperti daging, ayam dan lain-lain.  Jadi, insyaAllah, kalau info dah cukup, tak lapar berada di bumi Paris, orang Islam ramai di sini, bawa duit je banyak sikit, jalan-jalan lagi meriah jika perut kenyang, gendang gendut tali kecapi..

IMG_7753

Boleh baca catatan perjalanan kami 2011 di sini: Trip Eropah, Paris dan London.

Wednesday, September 11, 2013

RATNA DEWI GOLD LINE SIRI 3

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Yeaaahh!!, stok baru lagi, Ratna Dewi Gold Line, dengan corak flora dan fauna yang cantik, elegan dan tak jemu mata memandang. Ada corak baru dan ada juga corak yang sama dengan stok sebelum ni. Dengan ukuran lebih kurang 2m belum berjahit, ianya bukan sahaja sesuai dijadikan batik sarong tetapi boleh juga dibuat baju atau kain dipadankan dengan kain polos. Tepuk dada tanya selera, kalau berkenan, order je..

Jenis:Ratna Dewi Gold Line.                    
Material : Cotton
Ukuran : +-(2m-belum berjahit)
Harga runcit : RM28 sehelai.
Saranan : Sesuai bukan sahaja untuk sarung, tapi boleh juga dibuat baju atau kain yang dipadankan dengan baju kurung atau blouse polos dan lain2.

TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT DAN DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SECARA KECIL-KECILAN.

Kepada yang berminat sila hubungi:

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016-8784 960

(WARNA GAMBAR MUNGKIN SEDIKIT  BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN)

 

                                                   RD216-out of stock 

IMG_8265IMG_8266

 

                                                        RD217-biru lembut

   IMG_8280 IMG_8277

 

                                                    RD218-out of stock

  IMG_8287 IMG_8282

 

                                                   RD219-maroon gelap

IMG_8293 IMG_8290

 

                                                  RD220-out of stock

IMG_8302 IMG_8298

 

                                                   RD221-biru gelap

IMG_8314 IMG_8307

 

                                                  RD222

IMG_8321 IMG_8316

 

                                                    RD223-out of stock

IMG_8369IMG_8374

 

                                                   RD224-out of stock

IMG_8211 IMG_8212  

 

                                                  RD225

IMG_8213 IMG_8216

 

                                                   RD226

IMG_8217 IMG_8219

 

                                                     RD227-out of stock 

 IMG_8380  IMG_8375 

 

                                                   RD228-out of stock 

IMG_8226 IMG_8227

 

                                                  RD229-out of stock

IMG_8228 IMG_8230

 

                                                  RD230

20130908_094714 20130908_094821

 

                                                   RD231-out of stock

20130908_095849 20130908_095938

 

                                                  RD95-out of stock

IMG_8203IMG_8206

 

                                                   RD187-out of stock

IMG_8209IMG_8210

 

                                                    RD190

  IMG_1717IMG_1719[2]

 

                                                  RD192

IMG_1712IMG_1713[6]

 

                                                  RD199

IMG_1809 IMG_1813

 

 

IMG_8327IMG_8325IMG_8329 

IMG_8333 IMG_8334  IMG_8364

IMG_8341IMG_8344 IMG_8350

IMG_8353 20121121_011925 20121121_013149

Tips penjagaan:-
-Jika mahu gold line tahan lama, cucian tangan sahaja, cucian lembut tak perlu sental.
-Semasa nak buat baju atau kain, besarkan sedikit ukuran (sedkit sahaja ye) sebab setiap kain cotton sebagus manapun akan mengalami sedikit pengecutan.

SILA KLIK LINK BERIKUT UNTUK LAIN-LAIN PILIHAN :

BATIK COTTON
RDS SIRI 2
RDS SIRI 1
PESONA DEWI