Showing posts with label TRIP EROPAH 7 NEGARA. Show all posts
Showing posts with label TRIP EROPAH 7 NEGARA. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

UK KAMI DATANG

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Jom hari ni kita jalan-jalan ke United Kingdom. Hari tu catatan perjalanan kami terhenti di Brugge. UK adalah destinasi terakhir kami dalam Trip Eropah 7 Buah Negara, sebelum berangkat semula ke Perancis.

 1hb-3hb Jun, 2013

Seawal 6 pagi, kami mula bergerak secara berkonvoi menuju ke Calais (perjalanan 1 jam dari Brugge) untuk menaiki feri ke UK. Cuaca awal pagi yang sejuk membuatkan kami menggigil walaupun sudah berbaju tebal. Kami tiba di Calais Seaport lebih kurang pukul 7 pagi dan suasana masih lengang. Tiket feri telah diurus oleh pihak Trip Kekawan. Tak lama menunggu, kami mula melalui proses imigresen dan kastam.

20130601_062510 

 

Feri bertolak pukul 7.45 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 90 minit. Sambil merenung laut yang luas terbentang, bolehlah membuka bekalan dan menghirup secawan kopi, atau boleh juga cuci mata atau cuci poket membeli souvenir di kedai dalam feri.

IMG_770820130601_075836

 

Setiba di Dover Seaport kami terus ke Folkestone, perkampungan nelayan British. Pemandangan yang cantik di sini, tentu sekali ingin diabadikan dalam album pengembaraan kami di bumi Eropah.

DSC_0148  

DSC_0132

DSC_0174

DSC_0155 

DSC_0182

Friday, September 13, 2013

MAKANAN HALAL DI PARIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Semalam ummiross ada menerima sms dari seseorang, yang membaca blog ummiross tentang percutian kami di Eropah dan beliau ingin bertanyakan sedikit info berkenaan penginapan di Paris dan London. Ini bukan kali pertama ummiross menerima sms atau email berkaitan percutian ummiross. Alhamdulillah, kiranya entry yang dibuat dapat dimanafaatkan sebagai panduan oleh orang lain juga..sharing is caring.

Jadi hari ni ummiross nak bercerita sikit tentang penginapan dan makanan halal di Paris berdasarkan pengalaman kami. Kali pertama, ummiross dan MrHubby bersama dua rakan kami, juga suami isteri ke Paris, penginapan kami ialah di Mercure Suffren Eiffel Tower. Hotel ni berdekatan dengan Eiffel Tower dan juga dengan kebanyakan tourist attraction yang lain. Kami pergi pada musim sejuk 2010, sewa hotel masa tu satu malam dalam RM250. oklah kan, kat Malaysia pun lebih kurang macam ni juga hotel rate kan. Tapi semasa nak pergi pada tahun ni, 2013, bila check secara online, harganya dah berganda-ganda, mungkin disebabkan dah masuk musim panas.

Inilah penginapan kami ketika di Paris 2011, walking distance je ke Eiffel Tower.

211120103885  201120103808 

 

Eiffel Tower pada waktu malam, gambar diambil dari hadapan hotel penginapan kami, guna kamera telefon je. Jalan kaki tak sampai 5 minit rasanya. Nak ulang alik posing depan Eiffel Tower sampai lebam pun boleh, hehe..

211120103861

 

Kalau nak river cruise pun dekat juga, boleh lihat tourist attraction dan bangunan bersejarah yang terdapat disepanjang Sungai Seine.

 211120103920

 

Cumanya kat area hotel ni sukar nak jumpa makanan halal. Biasalah bila berjalan oversea, kenalah bawa bekal makanan apa yang patut, tak seronok berjalan kalau perut lapar. Kat hotel ni takde disediakan cerek, jadi nak masak maggi ke, nasi Brahim ke, kenalah bawa heater atau periuk kecik. Masa pegi dulu, ummiross minta air panas kat hotel je. Dah perut Melayu, tak jumpa nasi tak senang kan, kami buat rombongan Che Kiah je, share naik teksi, jalan-jalan cari makan. Ni makanan morocco kalau tak silap, kedai Muslim yang terletak beberapa lorong belakang berhampiran pusat beli belah Galleries La Fayette. Atau boleh ke Paris Mosque walaupun makanannya agak mahal. Tapi kalau ummiross pergi lagi, rasanya kami dah tau nak dapatkan makanan lebih murah dan banyak pilihan di kawasan muslim, berhampiran hotel Pantin, naik train pun boleh dari stesen berdekatan Mercure ni.

221120104019

 

Penginapan di bajet hotel Pantin semasa kali kedua kami pergi, 2013. Kalau ikut ejaan bunyinya Pantin, tapi “oghang Peghancis” sebut bunyinya lebih kurang- Panton. Walaupun bajet hotel, ianya cukup selesa. Train station dekat je, gambar disebelah kanan, laluan ke Train station berhampiran, mudah untuk ke Eiiffel Tower, La Valle Factory Oulet atau Disneyland. Masa beli tiket, boleh tanya penjual tiket, minta peta, kat sana dia orang siap sediakan peta dan tandakan stesen yang patut kita berhenti untuk ke destinasi, memang cekap!. IMG_7477  IMG_7470

 

Yang paling best, hotel ni berhampiran penempatan Muslim. Kena berjalan sedikit ke depan, dalam 10-15 minit, nanti jumpalah banyak kedai-kedai makanan Muslim, nak kebab ke, nasi Arab ke atau nak dessert seperti Crepe dan lain-lain, semua ada, macam-macam ada..

Ni kedai Algeria, sangat friendly, siap posing lagi, yang hensem tu anak tauke kedai, hehe..

IMG_7716

 

Dalam kedai pun nak bergambar juga, oklah..snap je.

IMG_7714

 

Daging ayam dan lamb yang diperap dengan pelbagai rempah ratus, pilih mana yang nak, nanti dia masakkan , fresh from the pan@oven.

IMG_7711

 

Makan panas-panas dengan nasi putih, yeaahh jumpa nasi putih kat Paris, tentu ‘gumbira’ perut kita kan hihi..Tamak pula tu, campur chicken & lamb, semua nak rasa, memang berbaloi.

IMG_7710

 

Yang ni jual kebab, kami beli kat sini untuk makan malam, tapau. Dapat beli crepe juga, kiranya crepe ni dessert yang femes juga kat Paris ni.

IMG_7751

 

Seberang jalan ni, juga masih ada banyak kedai-kedai Muslim(Musolman) yang menjual produk halal seperti daging, ayam dan lain-lain.  Jadi, insyaAllah, kalau info dah cukup, tak lapar berada di bumi Paris, orang Islam ramai di sini, bawa duit je banyak sikit, jalan-jalan lagi meriah jika perut kenyang, gendang gendut tali kecapi..

IMG_7753

Boleh baca catatan perjalanan kami 2011 di sini: Trip Eropah, Paris dan London.

Tuesday, July 9, 2013

AMSTERDAM DAN BRUGGE BELGIUM

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

31.5.2013

Hari kedua di Amsterdam. Holland memang negara yang cantik dan unik. Namun terfikir juga kenapa negara ini begitu ‘terbuka’. Di sini pengambilan soft drugs bukanlah satu kesalahan, industri seks pula adalah legal dan berlesen. Ungkapan “Good girls go to heaven, bad girls go to Amsterdam”, cukup sinonim untuk menggambarkan toleransi negara ini terhadap industri pelancongan seks. Namun pilihan di tangan kita, betulkan niat, moga aktiviti melancong juga menjadi ibadah. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Pagi ni aktiviti bebas sebelum bertolak ke Brugge, Belgium. Kami mengambil peluang untuk ronda-ronda sekitar bandar Amsterdam. Destinasi pertama, Madamme Tussaud Wax Museum yang terletak di pusat bandar.

Morning walk, jalan-jalan menikmati suasana pagi, kalau boleh nak juga berbasikal macam tu, Berbasikal adalah pemandangan biasa di sini.

DSC_0885a

 

Looking good on their bikes…”cycling with style”

DSC_0886

                      DSC_0979a

 

Macam-macam rupa basikal ada..

DSC_0974

 

Beberapa kali juga bertanya, sebelum sampai ke train station yang dicari.

Friday, July 5, 2013

PEMANDANGAN DI AMSTERDAM MEMANG AWESOME

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

(Sekadar perkongsian: Jika ada yang berminat untuk menyumbang atau menaja majlis berbuka puasa di perkampungan Kemboja yang sangat-sangat memerlukan, sila baca atau klik di SINI ye).

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

30.5.2013
Windmill at Zaanse Schanse And Fishing Village at Volendam, Amtersdam.

Seawal jam 8 pagi, selepas briefing dan bacaan doa, kami  semua bertolak ke Amsterdams, Netherlands. Memang teruja sangat nak melihat negara yang unik ini, yang kebanyakan tanahnya berada di bawah permukaan laut. Dikatakan 20 peratus wilayah dan 21 peratus penduduknya hidup di bawah permukaan air laut. Lima puluh peratus tanah di negara ini terletak hanya 1 meter di atas permukaan laut.

Destinasi pertama kami adalah  Zaanse Schans, melihat keindahan sepanjang Zaan River dan kincir-kincir angin aka windmill yang memang sinonim dengan Netherlands. Juga terdapat Zaans Museum di kawasan yang sama.

DSC_0423 

 

Zaanse Schans ni merupakan ‘open air conservation area’. Dari jauh dah nampak rumah-rumah kayu berwarna hijau, mewakili rumah tradisional Belanda pada kurun ke 17 dan 18 (green wooden houses).  Cantik dan bersih.

DSC_0472ABC

 

Cuaca awal musim panas yang nyaman dan sejuk membuatkan kami rasa seronok menjelajah di sekitar ‘perkampungan’ ini, tidak terasa penat. Ada juga yang memilih untuk berbasikal.

DSC_0629aDSC_0601 DSC_0633aDSC_0473DSC_0651a DSC_0639a

 

Sangat kreatif. Dalam setiap rumah ni dijadikan ruang pameran untuk hasil kraf dan juga dijual sebagai souvenir. Jika bernasib baik, kita berkesempatan melihat sendiri proses pembuatannya, seperti penghasilan terompah kayu yang memang terkenal sebagai identiti Netherlands.

DSC_0451DSC_0662DSC_0657DSC_0658

 

Pemandangan di sepanjang Zaan River, indah bagai lukisan…

Wednesday, July 3, 2013

FROM GERMAN TO LUXEMBOURG

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

28.5.2013

Selamat tinggal Switzerland, selamat tinggal Pergunungan Alps yang tenang dan nyaman. Gambaran indah akan tetap kekal dalam ingatan. 

“Auf Wiedersehen” Switzerland, Hallo..German!!

Kami menuruni jalan berliku Swiss Alps menuju ke  Metzingen, German. Masih sempat menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.

DSC_0239 - CopyA

 

Perjalanan sejauh lebih kurang 350 km tidaklah memakan masa terlalu lama. Kami tiba di Outletcity Metzingen agak awal. Ia merupakan antara factory outlet yang terbesar di Eropah.

DSC_0280abc

 

Seperti biasa ummiross lebih banyak ‘membelah’ dari membeli. Sekadar memenuhi pesanan anak-anak untuk mencari kasut Adidas di German.

IMG_7556IMG_7557

DSC_0303DSC_0282

 

Keluar masuk kedai, cuci mata..Selebihnya kami lebih suka menikmati suasana yang bersih, cantik dan nyaman, jalan-jalan sambil posing2. Oleh kerana gambar2 view ni lagi cantik dari gambar tuan punya blog, maka gambar2 tuan punya blog hanya disimpan dalam arkib sahaja, hehe..

DSC_0297 

DSC_0294

DSC_0300 

 

Tidak lama kami di Metzingen. Dah puas shopping pusing sana-sini, kami bertolak  ke Stuttgart- The City of Mercedes Benz and Porsche. Stuttgart sebuah bandar yang cantik di mana budaya, tradisi dan teknologi berjalan seiring.

Hasrat untuk mencari souvenir membawa kami ke sini, Schlossplatz@Palace Square– the central square of Stuttgart yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong. Alhamdulillah ada parking berdekatan dengan kawasan ni, kena berjalan kaki sikit sahaja.

The New Palace/Castle aka "das Neue Schloss"  merupakan bangunan istana yang dibangunkan semula setelah dibom ketika Perang Dunia Kedua. Suatu ketika dulu, istana ini menjadi tempat kediaman raja-raja Württemberg tetapi sekarang tidak lagi.

DSC_0315

 

Taman yang cantik yang meriah dengan pengunjung di Palace Square…

Friday, June 28, 2013

MEREKA INSAN ISTIMEWA

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Bila bermusafir, bukan sahaja kita dapat melihat negara orang tetapi juga dapat bertemu ramai orang. Antara yang ramai tu, kadang-kadang ada yang menjadi sangat istimewa dalam ingatan, bukan kerana kecantikan ataupun kekacakan tetapi kerana akhlak istimewa yang ditunjukkan.

Semasa Trip 7 buah negara Eropah baru-baru ni, ummiross temui ramai insan-insan istimewa tetapi ada beberapa orang yang hingga kehari ini, masih melekat dihati kami suami isteri.

Dalam penerbangan ke Perancis, disebelah Mr Hubby, seorang lelaki Perancis, pertengahan usia. Rancak juga beliau berbual dengan Mr hubby. Rupanya beliau seorang businessman, sering juga berulang alik ke Indonesia untuk urusan perniagaan. Beliau turut bercerita di Perancis ramai orang Muslim dan tidak susah nak mendapatkan makanan halal. Dan beliau sendiri bukan Islam tetapi ada kawan-kawan beragama Islam.

Ketika bersedia hendak menunaikan solat subuh, kebetulan seorang pramugara melintas berhampiran tempat duduk kami, jadi MrHubby bertanyakan arah kiblat sebab selalunya mereka tidak keberatan untuk memberitahu dengan merujuk kepada pilot, begitulah berdasarkan pengalaman, bukan susah pun.

Kami menunggu tetapi selepas beberapa ketika pramugara tadi tidak juga muncul. Lelaki Perancis tadi mencuit Mrhubby dan menunjukkan skrin pada belakang kerusi, suprisingly dia menunjukkan kedudukan Mekah, seolah memberitahu arah kiblat untuk kami bersolat. Subhanallah, tabarakallah, beliau bukanlah seorang Islam tetapi lebih prihatin berbanding dengan yang Islam. Beliau menghulurkan bantuan yang nampaknya macam kecil tapi sangat besar bagi kami yang ingin menunaikan perintah Allah SWT di awan biru. Bantuan dari bukan Muslim yang membuatkan kami terharu.

Sebenarnya kami pernah menggunakan skrin ni untuk mengetahui kedudukan Mekah semasa bermusafir satu ketika dulu, tapi hari tu kami terlupa pasal skrin ni, maklumlah bukan selalu pun bermusafir.

Nilah skrin yang memang ada kat belakang kerusi penumpang kan. So just ‘touch’ flight info, nanti akan ada location indicator, ‘touch’ lagi location indicator, nanti akan keluar nama negara-negara, cari je Mecca, ‘touch’ lagi akan keluar lah kompas yang menunjukkan arah Mekah.

20130604_144758  20130604_144822

20130604_144939 20130604_145009

Alhamdulillah..Allah temukan kami dengan insan istimewa. InsyaAllah nanti ummiross kongsikan lagi beberapa situasi yang menemukan kami dengan insan-insan yang baik pekertinya. Yang pasti jadi ingatan dihati ini, jaga hak Allah dimana jua, insyaAllah..Allah akan permudahkan urusan kita. Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT.