Showing posts with label RESEPI DAN JOM MAKAN2. Show all posts
Showing posts with label RESEPI DAN JOM MAKAN2. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

RESEPI PIZZA SIMPLE DAN SEDAP

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross kadangkala bila nak masak sesuatu resepi yang jarang dibuat, suka juga  meng’google’. Bukannya apa, kalau tak ikut sepenuhnya pun, boleh juga dijadikan panduan untuk penambahbaikan, kadang-kadang ada tip yang diberi sangat bagus dan kita tak tahu pun sebelum tu, belajar dari yang pakar, ramai yang pandai memasak di luar sana termasuk rakan-rakan blogger kita kan.

Keyword yang kerap digunakan..selalunya ada lah perkataan SIMPLE dan SEDAP. Contohnya..nasi minyak simple dan sedap, kek coklat simple dan sedap, nasi ayam simple dan sedap, nasi briyani simple dan sedap, rendang simple dan sedap..hehehe..berapa banyak simple dan sedap daaa!. Nak simple sebab penyakit M yang tak nak berlama-lama kat dapur, nak sedap sebab melayan selera sekeluarga. Apapun banyak yang simple tapi sedap kan…Simply Delicious.

Ahakz!!..ni bukan lagi simple, tapi ready made punya. Pucuk dicita ulam mendatang, pizza dicita, crispy crust yang datang. Pizza base ni ummiross beli kat Alamanda.

DSC_0355

Dalam kotak ni ada 2 keping. Memang sesuai sangatlah untuk yang malas nak menguli macam ummiros ni.  Selepas disapu dengan tomato paste, ummiross bakar sekejap sebab nak bagi rangup.

DSC_0357

 

Seafood pizza..guna udang dan sotong je. Yang lain-lain tu biasalah, ada capsicum, cendawan butang, tomato, serbuk lada hitam dan yang penting cheese tu bagi meleleh!.  Perisa tu pandai-pandai sendirilah ye, topping pizza ni boleh ikut kreativiti, ummiross ikut mana bahan yang ada je, hehe..

DSC_0358

 

Taraaaa!!! pizza yang rupanya tak seberapa, janji sedap pada selera kita, mewah dengan udang dan sotong,pergh!!. Ada nenas juga, nenas dalam tin punya. Nenas ni bagus untuk elakkan rasa muak.

DSC_0384     DSC_0385

 

Topping yang kedua, umiross gaulkan dengan mayonnaise dahulu, kalau ada thousand island lagi best, kemudian goreng sekejap menggunakan minyak zaitun, supaya toppingnya tak berair sangat nanti dan pizza lagi rangup. Cheese double layer..hehe..mula-mula tu dah bubuh cheese, dah dekat nak masak tabur lagi sekali cheese dan bakar sekejap, perghh!!, meleleh-leleh!.

DSC_0368

Lemak berganda…nanti kita jogging ye..kita makan dulu!!!

Monday, November 4, 2013

MAKARONI GORENG

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Sekarang petang selalu hujan kan, biasa lepas zohor dah mula hujan, guruh dan petir sabung-menyabung, hehe..macam seram pula bunyinya. Bila hujan perut cepat berkeroncong. Lagu keroncongnya pula bertema, tema makan-makan. Jadi untuk memenuhi tema tu, turunlah ke dapur, cari apa-apa bahan yang ada.

IMG_8946 

Taraaaa!!, makaroni goreng je, sebab senang dibuat, cepat dimasak, sedap dimakan, hehe..macam biasa dengar pula tagline ni. Menjamu seleralah kami empat beranak, macaroni goreng dengan teh o panas. Dah kenyang, keroncong bertukar tema pula, ala-ala lagu Jamal Abdillah, tidurlah wahai permaisuri…

IMG_8950

Petang semalam, anak bujang minta buatkan lagi, air tangan ibu mana yang tak sedap pada selera anak-anak kan. Resepi makaroni goreng ni banyak versi, ummiross pakai versi sendirian berhad, bahan-bahan guna mana yang ada, macaroni(rebus sampai ‘ala dante’), bawang besar-dadu (ummi prefer bawang bombay), bawang putih-dadu, tomato ceri, cendawan butang, broccoli(celur dulu kejap), kobis, udang, serbuk lada hitam, cili padi(versi Melayu, tentu ada cili padi), lada benggala merah, daun bay, sedikit oregano-jika suka, garam, gula, serbuk secukup rasa maggi, minyak zaitun. Caranya..macam biasa, tumis, campak-campak, perisakan..petua nak makaroni goreng sedap…makan berjemaah :)

Monday, October 7, 2013

KUIH KOCI PULUT HITAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Ummiross kan suka sangat kuih koci pulut hitam. Satu hari tu, nampak kawan pos kat fb, order dari rakan fb juga. Apalagi terus add sebab nak order juga, hehe..bab-bab order ni cepat je.

Sekali bila dah makan, memang sedap sangat, terus order lagi untuk minggu berikutnya. Ni plan nak order lagi ni, hihi..begitulah kan kalau dah jumpa dengan kuih yang memang memenuhi selera kita.

 DSC_0394

Kalau yang minat memasak tu bolehlah cuba cari resepi kuih koci pulut hitam ni kan, cuba buat sendiri. InsyaAllah jika mood rajin datang nak cuba juga buat sendiri, tapi ketika mood ‘M’ berleluasa ni, ummiross orderlah dulu, lagipun memang sedap hasil air tangan rakan ummiross ni, bila makan rasa nak lagi,lagi dan lagi.

 DSC_0385 (2)

Bagi sesiap yang berminat nak order, bolehlah add rakan fb ummiross ni ye. Macam-macam kuih yang ada, semuanya sedap-sedap belaka.

Friday, October 4, 2013

PISANG KARAMEL BERKEJU

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Entry ringkas hari Jumaat. Jom kita main masak-masak. Caramelized banana with cheese, haha..namanya glamer betul, sira pisang je kot nama Melayu nya, lepas tu tabur keju. Dessert paling mudah dibuat tapi sangat sedap dimakan. Rasanya semua orang tahu buat, tapi dah takde modal nak menulis hari ni, ummi share jelah apa yang patut. Selalunya bila puasa hari Isnin dan Khamis, ummiross suka buat dessert yang ringkas-ringkas je.Lepas Isya’, makan berjemaah anak-beranak.

Sambil masak lauk-pauk tu boleh buat ni, kejap je masak. Cairkan marjerin/butter dalam non stick pan. Kalau ada minyak zaitun, boleh juga tambah sikit, lagi berkhasiat. Masukkan pisang, ummiross suka masukkan besar macam tu, sebab nanti bila dah masak, isinya masih pejal. Taburkan brown sugar atas pisang tu, gula tak perlu banyak sebab pisang tu bila caramelized akan jadi manis semulajadi, tunggu kejap lepas tu balikkan pisang, tabur lagi brown sugar, tunggu caramelized, boleh angkat. Tak perlu lama, nanti tak sedap rasa pisang tu. Kalau nak harum boleh masukkan sikit esen vanilla masa memasak tadi.

IMG_8742

 

Letak dalam pinggan, parutkan cheese keatasnya. Ummiross guna cheddar cheese.Taraaa..!, dah boleh makan. Ini yang basic je, kalau nak lagi meletop boleh guna whipping cream dan tabur buah-buahan yang dipotong kecil-kecil. Ikut selera dan kreativiti masing-masing. Tapi pada ummiross, yang ni pun dah sedap sangat, lemak manis bercheesy lagi. Jemput makan..say cheese!!

IMG_8744

Selamat berhujung minggu, moga ceria sokmo :)

Friday, August 23, 2013

PUDING LAPIS MILO OREO VS MEAN KHAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Akhirnya berjaya juga menguatkan semangat membuat Puding Lapis Milo Oreo yang ‘meletop’ ni, hehe..mengambil semangat Siti Nurhaliza, berjaya juga den melapisnya.

Sebenarnya anak bujang sulung minta ummiross buatkan puding, potluck untuk jamuan raya di pejabatnya. Ramai yang dah berkongsi resepi, tapi ummiross ambil resepi Puding Lapis Milo Oreo ni kat Myresepi, kebetulan ada yang share link ni kat fb. Ummiross buat 3 adunan, dapatlah dalam dua bekas macam saiz dalam gambar ni.

Lapisan pertama yang dicampur dengan milo dan lapisan kedua ditabur dengan biskut oreo, Akhir sekali dilapis dengan adunan yang dicampur milo lagi sekali. IMG_8042 IMG_8043 

Abaikan potongan yang tak sama besar tu, ni yang ditinggalkan kat rumah selepas dipotong, harus juga diambil gambar, lain kali entah ada semangat nak melapis lagi ke tidak. Kepada yang nak cuba buat puding yang sedap ni, bolehlah ke link Myresipi yang ummiross bagi kat atas tadi atau google je, macam-macam ada..

         DSC_1996 

 

Jamuan raya kat ofis Mr hubby pulak. Masa pusing2 kat meja nak ambil kuih-muih, terpandang daun kaduk dan kuncu-kuncunya, udang kering, kacang tumbuk, cili padi, hirisan bawang, limau nipis dan sedikit gula melaka/perang. Macam pernah tengok  je sebelum ni, terus teringat n3 rakan blogger NzA pasal ‘Mean Kham’ ni, akhirnya dapat juga ummiross merasanya, boleh tahan juga rasanya. Hadir sama dalam gambar ni, hehe.. jeruk kegemaran, jeruk salak dan kedondong, takde kena mengena dengan Mean Kham ye, cuma tumpang sepinggan.

 

         IMG_8037

 

Malam ni ummiross balik kampung, menjenguk MIL yang sakit (doakan kesembuhan buat MIL ummiross juga ye).Ummiross cuti beberapa hari. Kepada yang ingin order kain sila tinggalkan email atau sms, insyaAllah hujung minggu depan ada penghantaran. Yang order minggu ni, insyaAllah kain akan di pos hari ni atau esok.

Wassalam.

Friday, July 26, 2013

REMPAH MASAK HITAM

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang,
Salam Nuzul Quran..

Hari ni cerita pasal rempah pula. Rempah masak hitam yang paling sedap. Ummiross beli rempah ni dari rakan blogger izan mamamia, Mia DuniaKu. Harganya RM2.50 je sebungkus, ummiross beli  4bungkus  dan izan bagi ummiross sebungkus percuma. Dah beberapa minggu ummiross beli tapi tak sempat masak lagi sebelum ni.

IMG_7942

Semalam baru sempat masak menggunakan rempah masak hitam dari  izan ni..masak apalagi…daging masak hitamlah. Olala..walla..walla..!!!, memang sedap amat!!!. Serius ummi cakap sedap betul rempah yang izan jual ni, anak-anak yang tak berapa suka daging pun, bukan main berselera lagi berbuka semalam. Kat bungkusan rempah tu ada siap dengan resipi sekali, cuma tang kicap tu, ummi campurkan kicap manis dan kicap pekat, jadi taklah banyak ummi gunakan kicap, kicap pekat tu bubuh sikit je, dah cukup untuk menghitam kan daging masak hitam, heheh..hitam2 pun sodap!!!.

IMG_7940

Terima kasih izan sebab perkenalkan ummi dengan rempah yang sedap ni. Terima kasih juga dapat percuma satu tu ye. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi izan mama mia ye.

ps: Cepatnya masa berlalu, puasa dah lebih separuh bulan dah kan. Sama2 kita manafaatkan Ramadhan yang masih berbaki, selamat beramal ibadah.

Monday, April 8, 2013

Bangimegiketam

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera salam kasih sayang..

Rezeki semalam..

Sementara menunggu cermin kereta anak sulong ditukar di kedai Dr Cermin, pekena maggi ketam dan teh tarik di ‘Bangimegiketam’ di Seksyen 7, Bangi.

IMG_6899

 

Sebelah petang pergi lagi. Selepas ambil kereta, singgah kat restoran Asam Pedas, Seksyen 7, Bangi lagi. Minum petang dan makan lempeng cicah ikan bilis. Sedap!

IMG_6901

 

Malam perut berkeroncong. Jalan-jalan cari makan di Alamanda, Teppanyaki barbeque jadi pilihan.

IMG_6902

Ummiross rindukan Bangi sebenarnya, banyak tempat makan sedap-sedap di sana. Kalau hari minggu ummiross jarang sangat memasak, sessi jalan-jalan cari makan anak-beranak, jadi banyak kedai-kedai di Bangi yang pernah kami jelajah semasa tinggal di sana. Sampai sekarang kalau nak makan kat luar, mesti teringatkan Bangi. Bila Mr Hubby dah bersara nanti, rasa macam nak tinggal kat Bangi, boleh ke?

Wednesday, December 26, 2012

PAVLOVA YANG UMMPH!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross suka juga menonton Asian Food Channel (AFC), bila berkelapangan. Yang paling ummiross suka tengok  rancangan SUGAR, chefnya Anna Olson atau Paula’s Home cooking dan Barefoot Contessa. Kek, pastry atau apa saja dessert yang mereka masak memang nampak sedap sangat. Kalau rajin ummiross google resepi dan buat, kalau tak rajin mulalah berfikir kat mana boleh dapat, hihi..senang cerita, order je.

Dah lama teringin nak makan pavlova gara-gara tengok Anna Olson buat rolled pavlova kat Astro channel 703. Tengok resepi taklah payah sangat nak membuatnya, insyaAllah satu hari nanti nak cuba juga . Sementara tu layan dulu mini pavlova dari kedai bergerak Cikmin, rakan fb ummi. Ummi order pavlova dan durian crepe lagi, pick-up point kat Al ikhsan Bangi, hari Jumaat baru ni.

DSC_0396

DSC_0395

DSC_0394

Dalam hujan yang memang tak renyai, ummiross sambut pavlova dengan riang ria. Sampai rumah terus je squeeze dia punya cream yang cikmin dah siap kan, buah pun ada sekali, pandai-pandailah hias sendiri (bab2 menghias ni memang ummiross suka, hehe).  Waa anak-anak bujang tu suka sangat, katanya manis tapi best jugak sebab krim yang lemak dan buah-buahan yang masam-masam manis tu memang sesuai sangat digandingkan dengan pavlova. Ummiross pun suka, tapi dah tua-tua ni makan kenalah berpada-pada. Terima kasih Cikmin, untuk mini pavlova yang memang ummph!! tu, lain kali bolehlah ummiross order lagi, insyaAllah.

Monday, June 25, 2012

TIRAMISU FOR YOU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sabtu baru ni, ummiross terima jemputan ke kenduri kesyukuran rakan blogger yang cantik manis. Fikir duk fikir apa nak di bawa sebagai buah tangan. Akhirnya Tiramisu jadi pilihan, sebab anak2 pun suka, buat pun senang. Cuma kenalah cari bahan, yang penting suci dan halal. Mascaporne cheese dan whipping cream pun dah senang nak cari yang halal sekarang.

DSC_0301

DSC_0311
Yang kat rumah boleh letak dalam gelas cantik2, yang di bawa sebagai buah tangan terpaksalah letak dalam tupperware, senang nak bawa.

Resipi Tiramisu ni banyak versi. Ummiross suka yang ni sebab telurnya tidak diletak mentah tetapi dimasak sedikit secara double boil.

Resipi Tiramisu:
3 biji kuning telur
100g gula
250g mascaporne cheese
400g whipping cream
Biskut ladyfingers atau kek(ummiross guna sponge kek)
Bancuhan kopi

IMG_9843
A.Satukan kuning telur dan gula, double boil dlm 3-5 minit sehingga gula agak hancur dan sebati dengan telur. Biarkan sejuk seketika.

IMG_9844 b
B.Sementara tu pukul mascaporne cheese sehingga gebu. Kemudian masukkan campuran telur gula tadi yg dah agak sejuk kedalamnya. Gaul sebati.

IMG_9856
C. Pukul whipping cream hingga gebu. Masukkannya ke dalam B,  kaupbalikkan hingga sebati. Siap untuk diguna.

IMG_9868
Renjis kek dengan bancuhan kopi sesuka hati, hehe..agak2lah kan, jangan terlampau suka hati pulak, lencun kek tu kan!

IMG_9867IMG_9869IMG_9870
Lapiskan dengan adunan yang telah siap tadi berselang seli. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam, baru sedap untuk di makan.

.DSC_0558
Akhirnya, taburkan serbuk koko ke atas lapisan cheese sebelum dihidang.

DSC_0551
Kepada yang berpuasa sunat hari ni, bolehlah mencuba sebagai pemanis mulut untuk iftar, sonang dan sodap, olala!!!

ps: Bestnya pekena nasi dengan ulam-ulaman dan tempoyak baik punya!, kat rumah Hanis Azla. Thank you dear Hanis and family. Sayang tak sempat jumpa Liza, tersenyum baca entrynya di blog pasal sejuknya ulam, panasnya durian…

Wednesday, June 22, 2011

Sunday, April 17, 2011

EAST MEETS WEST

Percaya atau tidak, berblog ni kadang boleh meyebabkan kita ‘mengidam’ tahap gaban, hee. Mana tidaknya, kalau tengok N3 makan2 semuanya sedap2 dan begitu menggoda, mee maggi pun kadang2 boleh buat kecur air liur bila di publish kat blog.

Hari tu ‘mengidam’ nasi kerabu, dan nasi dagang ( teringat kak Yah kat Sabah, masa duduk Sarawak dulu, bila buat nasi dagang selalu ajak ummiross makan, SEDAPPP!). Nasib baik ada kenalan baru buka café kat sini, orang Kelate tapi dah lama bermastautin kat sini, kawin orang sitok. 

IMG_3107
tengok tu, siap dengan budu sekali…

IMG_3109
hehe budu dibalas dengan cheese, so contra yet so delicious!

Teringat pulak N3 Hanis Azla pasal Big Apple donut berharga RM50, sila baca pengalaman ‘mahalnya’ ni. Tak boleh tahanlah!, kena cari  jugak ni..

IMG_3143
Dah dapat, hmm semuanya Tira cinno cheese..

 

IMG_3145
So yummy!! with lots of cheese filling…

Akhirnya banyak2lah bersyukur kepada Nya, kerana diberi kesihatan yang baik. Kalau tidak, makanan yang sedap pun, pasti hambar tanpa rasa…

Friday, April 15, 2011

BREAKFAST WITH UKHTI LILY

Meriahnya kat Kuching sekarang, pagi2 dah penuh kedai ni, nak cari tempat duduk pun payah, pilihanraya punya pasal..


IMG_3102

Jom pekena roti mayonaise...pergh!!!

Saturday, April 2, 2011

LIVE-DINNER FOR TWO 9:05:07 PM

Hmm malam ni tukar selera sikit, western food pulak, lasagna for ummiross n coney dog for Mr.hubby darling…

IMG_2981     

IMG_2980

IMG_2982

Alhamdulillah ...

LIVE -MEE KOLOK LAH PULAK

Pergh!!! Mee kolok seafood,nyaman....


IMG_2973IMG_2968

Thursday, March 31, 2011

PAU KUCHING…

Lepas subuh pau ni telah dihantar ke rumah, panas-panas lagi. Memang sedap,
dahlah besar, inti banyak, harga RM1 je. Yang penting bersih dan halal, air
tangan kenalan rakan masjid…
Ini favourite ummiross, inti mushroom. Jemputlah tengok je, nak ajak makan
jauh sangat…Open-mouthed smile

IMG_2897IMG_2901

Friday, March 25, 2011

LIVE-BREAKFAST WITH BEST FRIENDS 9:36:55 AM

Pagi ni breakfast dengan 2 orang kawan baik ni, sorang dari Sarawak, kak hajjah Hadiah ni memang anak jati Kuching, sorang lagi dari ' Malaya', teman ronda2...

Macamana nak tinggalkan Sarawak??? Itu kata kawan ummiross ni..
Haa itulah penangan laksa Sarawak, T-Not laksa ni memang best ...

IMG_2253IMG_2249