Showing posts with label UMRAH ZIARAH JORDAN DAN AWAL RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label UMRAH ZIARAH JORDAN DAN AWAL RAMADHAN. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

KURMA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Dalam banyak2 kurma, kurma maaaana anda paling suka?. Hehe..bunyi macam soalan nujum Pak Belalang pun ye kan.

Ummiross paling suka kurma Ajwa aka kurma Nabi. Dan yang nombor dua, peberet ummiross jatuh kepada… kurma muda yang mula nak meranum ni. Rasanya kelat2 manis. Lagi sedap kalau simpan dalam peti sejuk, bila makan memang terasa lagi rangup, sejuk pula tekak.

IMG_7878

 

Masa kat Madinah tahun lepas kami beli sekotak ni. Bawa ke Mekah, pack dalam tupperware kecik2, simpan dalam peti sejuk. Balik terawih, makan buah kurma ni pun dah ok, krup..krap..krup.. krap, rangup!. Makin lama buah ni makin masak dan mula bertukar gelap, dah tak kelat lagi, manis dan lembut. Bila bawa balik Malaysia semuanya dah masak, lembut lembap dan fresh..

DSC_0207

Alang-alang cerita pasal kurma, jom kita singgah pasar kurma dan ladang kurma. Gambar-gambar dari album ummiross semasa kat Madinah tahun lepas ye, dah setahun berlalu, tapi bila rindu, suka tengok2 gambar ni.

Pasar Kurma Madinah.

DSC_0216DSC_0209 DSC_0211 DSC_0204

 

Ladang Kurma, Madinah.

DSC_0202 DSC_0195  DSC_0197  DSC_0200   

Jom berselawat kepada Rasulullah SAW, tanda sayang dan rindu kita kepada baginda.

 للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

ps:
Perkongsian maklumat : Kepada warga Putrajaya, insyaAllah pada 25hb.Julai ni, ada tazkirah sempena Nuzul Quran di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi, penceramah jemputan ialah Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, bermula jam 9.30 malam-10.30 malam, iaitu selepas solat terawih 8 rakaat(hari2 lain 20 rakaat). Jom ramai-ramai meriahkan majlis ilmu.

25hb.Julai, 2013 di MTMZA, Putrajaya.

IMG_7884

Tuesday, March 5, 2013

PAYUNG RINDU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Dapat tengok payung di Masjid Nabawi pun jadilah kan..cukup untuk membangkitkan nostalgia, seribu rasa seribu cerita. Kenangan dan pengalaman kita mungkin serupa tapi tak sama, yang penting tiap dari kita mencari redhaNya, mengimpikan syurgaNya. Moga redup payung ini turut menjadi saksi bagi setiap langkahan kaki menuju ruang solat di dalam Masjid Nabi atau saat menuju Raudhah dan menziarahi baginda Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ).

Biarlah kita terus merindu, kerana bagi ummiross rindu bumi Mekah dan Madinah adalah satu anugerah. Manifestasikan rindu itu dengan segala amal kebaikan, berpandukan Al Quran dan juga sunnah.

Firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!”    [Muhammad 47:33].

 

IMG_3168

 

IMG_3149

 

IMG_3165

 

IMG_3171

 

IMG_3178

 

IMG_3193

 

IMG_3201

 

Salawat dan salam buat baginda Rasululluh (صلى الله عليه وسلم )…

images

 

PS: Al Fatihah buat perwira negara yang gugur di Lahad Datu Sabah. Moga kemelut di sana dapat diselesaikan dengan segera.

Wednesday, January 23, 2013

HENING MALAM DI BUMI MADINAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

SALAM MAULIDUR RASUL…

Firman Allah yang bermaksud;

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad)’: "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:128-129).

Jika sayangkan Baginda, taatlah kepada perintah Allah, kerjakanlah amal kebaikan, jauhi kemungkaran,hidupkan sunnah dan banyakkan berselawat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!

 

@Masjid Nabawi 2012.

Akan sentiasa merindui…

DSC_0225a

 

ps: Malam ni ummiross n family balik kampung. InsyaAllah jumpa lagi Isnin depan ye.
Sama-sama kita hidupkan sunnah dan banyakkan berselawat.

Wednesday, January 16, 2013

JUBAH JORDAN DAN BALAD AMMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ada yang mencari jubah Jordan ke? Hehe..nampaknya keyword Jubah Jordan ni menyangkut kat blog ummiross. Mungkin gara-gara rancangan Safiyya TV9 baru-baru ni, ada slot yang menunjukkan kedai-kedai menjual jubah yang cantik-cantik kat Balad, Amman. Tak dinafikan memang cantik-cantik, tapi ummiross ni susah sikit nak cari saiz, sebab tu sebelum pergi dah siap beli jubah kat Malaysia, baru ngam2 saiznya.

Oklah, kita jalan2 kat Balad kejap ye. Balad ni kira tempat shopping dimana banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ummiross ni kira cuci2 mata je kat sini, beli cenderamata je sikit-sikit. Lebih kepada temankan rakan memilih dan membeli jubah untuk anak-anak perempuannya.

Olehkerana sibuk dengan aktiviti membeli( lebih banyaknya membelah, hehe..), tak terlintaslah pulak nak ambil gambar banyak-banyak. Jadi layan jelah 2-3 keping gambar dibawah ni, mana yang menyempat je. Janji nampaklah juga suasana kat Balad ni kan.

DSC_0360DSC_0361DSC_0357

Taraa!!, oleh kerana tak ambil gambar kedai2 jubah tu, tayang jubah sendirilah kan, ahaks!!. Dalam duk temankan rakan membeli tu, tewas juga ummiross. Nah..beli juga sepasang. Labuh..balik kat hotel, pinjam benang dan jarum kawan, alter sendiri. Murah je ni, ummiross pun tak ingat berapa tapi dalam RM50-RM60 je. Kain best sangat, kain cotton lembut dan sejuk. Memang susah nak cari jubah kain cotton kan, sebab tu beli juga walaupun saiz tak berapa nak ngam. Boleh bisnes jubah Jordanlah pulak ni, ada rakan2 blogger dari Jordan nak joint venture, hehhehe..

IMG_5736IMG_5723

 

Last but not least, cerita pasal makan-makan lah pulakkan. Makan2 kat Jordan ni memang ‘thumbs up’ lah, semua sedap2. Tabiklah ustaz sebab bawa kami makan tempat yang memang best.

Wednesday, January 9, 2013

CORAT- CORET MADINAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

@Masjid Nabawi 2012.

IMG_3159
Panca sitara..riang ria mereka bergambar, posing habis, seronok tengok gelagat mereka, siap mau bergambar dengan Mrhubby lagi. Orang muda hati selalu ceria…

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”

Riwayat Abu Daud

Friday, November 9, 2012

SEMERBAK KASIH SAHABAT DI BUMI JORDAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam Jumaat yang penuh barakah. Hari ni jom jalan-jalan,kembara di bumi Jordan lagi ye..

Sepanjang perjalanan ke Yarmouk, kami melintasi banyak kebun/ladang buah-buahan. Terdapat juga gerai-gerai yang menjual buah-buahan segar dari ladang tersebut ditepi jalan.

IMG_3092

IMG_3091IMG_3089IMG_3094IMG_3095
Beli jangan tak beli, destinasi dituju masih jauh, nanti boleh makan dalam van. Sedapnya anggur dan buah-buah tu, masih terasa manisnya, terbaik dari ladang…

PEPERANGAN YARMOUK( 12/8/636 AD)

Pemandangan sungai dan lembah yang luas dimana berlaku pertempuran paling sengit yang pernah tercatat dalam sejarah perkembangan Islam. Kehebatan strategi perang Khalid Al Walid membolehkan tentera Islam menewaskan tentera Byzantine yang jauh lebih ramai dan lengkap dalam tempoh 6 hari.Pertempuran ini menjadi sangat signifikan dalam sejarah dunia kerana menandakan berakhirnya penguasaan kristian di bumi Syam(negara Syam termasuk-Jordan, Syria, Palestine dan Lubnan) dan bermulanya penguasaan kerajaan Islam diluar tanah Arab.

DSC_0061DSC_0079DSC_0072

Apa yang paling terkesan ketika lawatan di Jordan adalah ketika dapat menziarahi makam sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah SAW, sahabat-sahabat yang hebat yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT . Subhanallah, Alhamdulillah, sungguh nikmat Tuhan yang amat2 ummiross syukuri.  Persis terasa aura dan semangat juang para sahabat. Mereka mempertaruhkan segalanya demi kasih dan taat kepada Allah dan RasulNya.

MAKAM MUAZ BIN JABAL

DSC_0051DSC_0047DSC_0049
Muaz bin Jabal sangat disayangi Rasulullah SAW dan beliau juga amat2 menyayangi baginda. Harumnya bau makam ini yang ummiross sangkakan pada mulanya bau dari minyak wangi. Tetapi kami dimaklumkan bau harum itu adalah bau semulajadi dan bukan semua orang yang dapat menghidu bau tersebut, Subhanallah, istimewanya kedudukan Muaz bin Jabal disisi Allah dan RasulNya. Kami merasa sangat bertuah dapat berada disisi makam sahabat kesayangan Rasulullah ini.

Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w memegang tangannya sambil bersabda:

"Wahai Muaz! Demi Allah aku sangat sayang kepadamu, demi Allah aku sangat sayang kepadamu.”

Kemudian baginda bersabda lagi: Aku berpesan kepadamu, wahai Muaz! Setelah selesai sembahyang, janganlah kamu lupa untuk membaca:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Yang bermaksud: Ya Allah! Bantulah aku untuk sentiasa menyebut namaMu dan bersyukur kepadaMu serta memperbaiki ibadat kepadaMu.
(Hadis riwayat Abu Daud).

MAKAM ABU UBAIDAH AL JARRAH

DSC_0021DSC_0025DSC_0026
Abu Ubaidah Al-Jarrah lahir di Makkah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Beliau antara yang terawal memeluk Islam, selepas Abu Bakar As-Siddiq  dan salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah Al-Jarrah."

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda lagi.
"Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah. Dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al-Jarrah."

MAKAM NABI SYU’AIB

Nabi Syu'aib diutus Allah SWT kepada penduduk negeri Madyan untuk  mengajak kaumnya untuk bertakwa kepada Allah SWT dan mentaatiNya. Namun kaum Madyan menolak ajakan Nabi Syu'aib, bahkan mencemuhnya. Akhirnya Allah SWT menurunkan azab-Nya kepada kaum Madyan sebagai balasan kekufuran mereka. Al-Qur'an menyebutkan nama Nabi Syu'aib sebanyak 10 kali dan menceritakan kisahnya dalam surah al-A'raf, surah Hud, dan surah asy- Syu'ara'.
Boleh klik di SINI atau google je untuk membaca kisah Nabi Syu’aib yang lebih detail.

DSC_0076DSC_0064
Masjid dan makam Nabi Syu’aib.

 

MAKAM NABI YUSHA’

Makam nabi Yusha’ terletak di Barat Laut bandar Salt, Jordan, di atas bukit 1130 meter dari aras laut.

Yusha’ bin Nun adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki kota Yareho. Yusha‘ bin Nūn membawa ajaran nabi Musa pada pertama kali tiba di "Tanah Yang di Janjikan" dan mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di Kan’an. Namanya tidak disebutkan secara langsung di dalam Al Quran, tetapi Al-Qur'an merujuk bersama dengan kisah Musa di dalam Al Maidah, Al Kahfi dan Al Waqiah..

DSC_0005DSC_0003DSC_0009DSC_0006
Naik ke atas untuk melihat mata air yang masih kekal, sejuk dan nyaman.

To be continued..

Penghargaan Kepada : MR Travel

Friday, November 2, 2012

ECO JORDAN HISTORIC JORDAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Hari kedua kami di Jordan. Menyelusuri bumi Jordan bagaikan mengembara ke masa lampau, sejarah yang tertulis tapi tak pernah tercapai dek gambaran fikiran. Di sini semuanya seakan menjadi nyata. Melihat kesan tinggalan sejarah bagai melihat beribu tahun kebelakang. 

JERASH
Dikatakan sebagai ‘Rome Away from Rome’ dan merupakan ‘ the largest and most well-preserved sites of Roman architecture in the world outside Italy.’ Gahnya empayar Byzantine ni dulu sehingga berjaya menguasai wilayah diluar Italy termasuklah bumi Syam.

Namun Khalid Al Walid dan tentera Islam akhirnya berjaya menundukkan Byzantine, seterusnya menghapuskan pengaruh Rom di bumi ambiya ini untuk selamanya. Jerash masih terus berkembang dibawah pemerintahan ummayah sehinggalah pada tahun AD 749, gempa bumi memusnahkan sebahagian besar Jerash dan kawasan sekelilingnya.

DSC_0125DSC_0147DSC_0143DSC_0190
Jerash, 48km dari Amman. '’The drive will take you less than an hour, but will transport you 2000 years back in time'’-pinjam ayat Mr google. Rome memang terkenal dengan senibinanya suatu ketika dulu..

Jerash ni dulu merupakan kota serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kerja-kerja membaikpulih masih berterusan bertahun2 lamanya hinggalah ke hari ini.

DSC_0192DSC_0172

The South Gate

DSC_0165DSC_0231

The Forum

DSC_0193DSC_0224

The South Theater
Amphitheatre yang dikira hebat pada zamannya dan boleh memuatkan sehingga 3000 orang.

DSC_0207
DSC_0209

The Hippodrome

IMG_3072DSC_0273DSC_0148DSC_0287
Show time - lakon semula suasana semasa empayar Rome.

Jualan cenderamata di pintu masuk Jerash. Hehe..penjual cenderamata melelapkan mata.

DSC_0119

 

AJLUN CASTLE
Singgah kat Ajlun Castle pula. Ajlun Castle ( Qal'at Ar-Rabad) ni terletak di kemuncak bukit/gunung dikelilingi lembah menghijau.. Dibina oleh pada tahun 1184 atas arahan Ezz Eddin Osama, anak saudara kepada Salahuddin Al-Ayyubi, sebagai pangkalan dan pertahanan dari pencerobohan tentera salib dan mengawal aktiviti sekitarnya. Dikatakan 10 orang tentera Salahuddin ditugaskan mengawal di sini pada setiap hari. Selepas dua tahun pembinaannya, Salahuddin dan tenteranya berjaya menewaskan tentera salib dalam perang Hattin.

DSC_0313
DSC_0315
Ajlun Castle-‘The marvels of nature and the genius of medieval Arab military architecture’.

DSC_0297DSC_0326DSC_0318
Pemandangan yang cantik dari Ajloun Castle ni. Pokok yang menghijau dikejauhan tu, adalah pokok zaitun. Sebahagian besar bumi Jordan ditanam pokok Zaitun. Dalam pinggan tu, rasanya beri liar, manis dan sedap!

 

GADARA
Ancient city of the Decapolis was founded in the early 3rd century BC by Hellenistic dynasty of the Ptolemy.

Betul-betul kota lama ni. Kedudukan Gadara atau Umm Qais ini sangat strategik iaitu di tebing tinggi 350m dari aras laut mengadap Sungai Jordan, Bukit Golan dan Laut Galilee, Israel. Sangat-sangat cantik pemandangannya.

DSC_0098DSC_0124DSC_0129DSC_0105
Di sebelah kanan tu adalah Bukit Golan dan Tasik Tiberias atau juga dikenali sebagai Laut Galilee/ Tasik Gennesaret/Tasik Kinneret, Israel.


THE CITADEL

Terletak di Jabal al Qala’a merupakan salah satu penempatan tertua di Amman. Penempatan disini dikatakan telah wujud anggaran 7000 tahun dauhlu.  Ianya kemudian berterusan dikembangkan pada ‘Middle Bronze Age’, Persian, Hellenistic, Roman, Byzantine dan Arab Muslim.

DSC_0344IMG_3036
The earliest decorative, carved stonework found at The Citadel.

Kami tiba disini dah lewat petang. tak banyak gambar yang diambil, dah penat pun ada. Gambar dibawah ni bukan penempatan lama ye, tapi penempatan sekarang yang terletak berhampiran The Citadel ni. Rumah-rumah orang Jordan ni, serupa je warnanya, takde warna-warni.

DSC_0355

Dah senja, jom terbang pulang…
DSC_0347

Jom pekena nasi Mandey dulu, air tangan orang Jordan, the best ever!!!
IMG_3027

Selamat berhujung minggu, senyum2 sokmo….

Penghargaan; MR Travel.