بسم الله الرحمن الرحيم
Pernah menonton Apa Kata Wanita di TV1? Ummiross kalau hari Ahad memang tak sempat. Selalunya ummiross berkesempatan menontonnya pada siaran ulangan pada hari Jumaat, jam 1 petang di TV2. Ummiross paling suka segmen bekerja dari rumah tu, ia selalu menyuntik semangat. Melihat kejayaan orang lain jugak adalah satu motivasi bagi diri kita.
Dua minggu lepas wartawan AKW ada menghubungi ummiross. Terperanjat pun ada, excited pun ada. Katanya dapat link dari puanbee.com. Terima kasih banyak-banyak bee…
Mulanya ummiross dimaklumkan blog ummiross akan muncul dalam segmen Blog Pilihan pada 9hb.Mac,2012. Namun tengahari semalam, ummiross dihubungi lagi sekali dan dimaklumkan blog ummiross akan disiarkan dalam segmen Blog Pilihan pada sebelah petang semalam, 2hb.Mac.2012.
Kelakar pun ada, selalunya anak bujang ummiross yang buat rakaman bila diperlukan. Tadi terkial-kiallah buat sendiri. Baru beberapa saat, rakaman ummiross terhenti, rupanya memori kad kamera dah penuh. Adess!!!, apapun ummiross nak letak jugak video ni kat blog. Ianya sebahagian catatan kenangan, salamborneo.
Kemudian ummiross teruskan rakaman dengan menggunakan iphone. Tapi dalam keadaan tergesa-gesa, inilah hasilnya, poor quality. Hehe..nak masukkan jugak dalam blog, sendiri tengok takpe lah kan,hik!. Dah masuk TV ni, harap-harap dapatlah promote bisnes online Batik Sarong Sarawak atau Batik Borneo ummiross ni. Alhamdulillah, petang semalam pun dah ada call dari jauh yang masuk bertanyakan pasal kain di blog ummi ni.


Zamzarina..sinonim dengan Apa Kata Wanita. Boleh kunjungi beliau di http://zamzarinazambri.blogspot.com/ ,banyak entry menarik yang boleh dibaca dan dijadikan panduan. Atau LIKE facebook AKW untuk mengikuti perkembangan AKW dari semasa ke semasa.


Pengacara segmen juara resipi srikulai yang juga wartawan AKW, Sakinah yang cantik manis ni lah yang menghubungi ummiross. Katanya jika ada sesiapa yang nak masukkan blog dalm segmen Blog Pilihan ni bolehlah hantar link blog masing-masing ke email beliau di sqina@yahoo.com.
Terima kasih Apa Kata Wanita, terima kasih semuanya.