Apa rasanya bila dapat menjejaki sahabat lama? Bukan setahun dua, bukan juga belasan tahun, tapi dah masuk puluhan tahun kami tidak bertemu, Kali terakhir kami berhubung ketika ummiross sedang bersiap-siap nak naik pelamin, dia menelefon ummiross dari Australia, nak ucap tahniah atas sampainya jodoh ummiross. Kami tak dapat bersembang lama, kerana ketika itu pengantin lelaki dah tiba, ummiross pun dah berdebar separuh mati. Diam tak diam rupanya peristiwa tu dah 22 tahun berlalu...
Beberapa hari lalu ummiross melahirkan kerinduan pada sahabat yang seorang ini. Anak bujang ummiross yang kebetulan sedang chattig di facebook terus membuat carian, alangkah excitednya ummiross melihat gambar yang terpampang, tersenyum manis berlatarbelakangkan salji memutih. Antara percaya dengan tidak, selepas beberapa kali bertukar soalan di chat box, inilah sahabat yang ummiross cari2 selama ni.
Lama kami berchatting...terawang-awang ummiross, gembira sungguh, sekejap senyum sekejap sengih. Nostalgia lalu yang hanya kami dapat fahami, persahabatan zaman remaja yang penuh warna-warni, persahabatan tanpa syarat, tanpa kepentingan. Perjuangan kami hanyalah untuk mendapatkan segulung diploma atau ijazah. Pernah jugak kami bergurau pasal jodoh dulu,katanya tiap orang ada jodohnya, cuma belum jumpa kuncinya.
Entah bila dapat bersua muka. Dia kini jauh di perantauan, di South West,London. Dia dah temui kuncinya, jodohnya orang putih.....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beg hasil kraf dari Serian, Sarawak
RM 35
RM 35
Harga tidak termasuk kos penghantaran
No comments:
Post a Comment