بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera. salam kasih sayang..
CAPPADOCIA-LAND OF THE BEAUTIFUL HORSES
Sebelum ke Istanbul kami banyak membaca review tentang kecekapan travel agency di Turki yang dikatakan bertaraf 5 bintang dalam mengendalikan pakej pelancongan tempatan.
Jadi untuk ‘tour’ di luar dari Istanbul, kami memilih untuk menggunakan khidmat “tour agency” tempatan . Terdapat banyak agensi yang menawarkan khidmat dengan harga yang berpatutan. Tempat-tempat yang hendak dilawati pun boleh dipilih mengikut minat dan bajet yang ada. Dan yang bestnya walaupun kami hanya berdua tetapi tidak dikira sebagai private tour kerana apabila sampai di destinasi nanti kami akan bergabung dengan pelancong-pelancong lain yang akan mengikuti tour yang sama.
Setelah perbincangan dan berpuashati dengan ‘quotation’ yang diberi, kami memilih 4 destinasi untuk dilawati iaitu Cappadocia, Antalya, Pamukkale dan Selcuk. Pakej termasuk pengangkutan, penginapan dan beberapa ‘tour’ ditempat-tempat tersebut.
Dalam pukul 6.30 petang kami berkumpul di pejabat travel agency dan kemudian dibawa ke ‘Otogar’-stesen bas awam untuk perjalanan malam ke Cappadocia.

Bas yang sangat selesa, ada TV di belakang setiap seat.. Makanan dan minuman juga disediakan
Boleh menunaikan solat di surau ketika bas berhenti untuk penumpang menjamu selera.
Akhirnya..selepas 10 jam perjalanan, mentari pagi mula kelihatan, menandakan kami sudah hampir tiba ke destinasinya.

Sebaik sampai di stesen bas, kami terus di bawa ke hotel, cantik!!!,.. dengan view kawasan sekitar yang mempesona dilihat dari atas bumbung hotel.


Sarapan pagi di hotel…terasa sangat enak, mungkin kerana perut sudah berkeroncong atau kerana layanan stafnya yang sangat-sangat baik membuatkan hati kami gembira dan berselera. Kek coklat tu dibuat khusus untuk kami, layanan yang sangat memikat hati..



Selepas makan dan berehat seketika, mini bus dari tour agency datang menjemput kami di hotel untuk ’Full Day South Cappdocia Tour’. Kami bergerak dalam grup kecil dalam 10-15 orang, termasuk pelancong dari US, Jepun, Itali dll. Grup yang kecil lebih memudahkan pergerakan dan kami menjadi lebih cepat mesra walaupun berlainanan bangsa.
North Cappadocia tour meliputi lawatan ke tempat-tempat berikut:
Pasabag:
Cavusin Old Greek Village
Avanos pottery
Devrent Valley
Urgup Fair Chimneys
Gerome Open Air Museum.
Cukuplah gambar-gambar yang sempat ummiross rakam ini menjadi bukti indahnya bumi ciptaan Allah SWT, subhanallah, tabarakallah.
“THEY SAY A PICTURE IS WORTH A THOUSAND WORDS BUT THAT'S A LIE, BECAUSE EVERYTIME I LOOK AT THE PICTURE OF CAPPADOCIA, I AM SPEECHLESS!!!”- Mr Google
UCHISAR

CAVUSIN OLD GREEK VILLAGE




AVANOS POTTERY

GEROME OPEN AIR MUSEUM
URGUP FAIR CHIMNEY/PASABAG/DEVRENT VALLEY
SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMBACA SETIAP ENTRY KEMBARA TURKI KAMI.
ps:Kepada rakan-rakan blogger yang rapat dan sering berkunjung ke sini, maaf ye ummiross tak dapat nak blogwalking lagi setakat ni. Ummiross terpaksa menumpukan masa menguruskan bisnes batik sarong Sarawak dan batik Sarawak disebabkan permintaan yang semakin tinggi.menjelang musim perayaan. Salam rindu buat semua.