Tuesday, December 17, 2013

DOORGIFT

 بسم الله الرحمن الرحيم  
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Cuti sekolah, musim kenduri-kendara, musim orang menyulam bahagia, musim kita menjamu selera.

Selain menjamu selera, ada pula buah tangan untuk dibawa pulang.Macam-macam gaya, macam-macam cita rasa,  semuanya cantik-cantik belaka.

Yang ni doorgift dari Kak ina kl rakan blogger yang mengadakan kenduri kahwin anaknya pada hari Sabtu baru-baru ni (14.12.2013). Best sungguh hidangan lauk-pauk kenduri rumah kak ina ni, memang terbaik. Doorgiftnya…pinggan dari IKEA gitu,  olala..cantik!.

DSC_0002 

 

Pada hari yang sama, berkejar pula ke Dewan Gemilang, UKM, Bangi..memenuhi jemputan kawan yang sama-sama menyertai umrah ziarah Jordan 2012 dahulu. Suaminya professor kat UKM, jadi dewan di UKM lah menjadi pilihan, lebih memudahkan urusan. Doorgift warna purple dan grey, soft colour yang menawan, ada pelbagai jenis gula-gula didalamnya.

DSC_0525 

 

Shocking pink, doorgift semasa kenduri kahwin anak rakan sepejabat Mrhubby. Alas gelas atau cawan yang dibeli dari Indonesia. Rakan Mrhubby ni pernah bertugas di Indonesia selama beberapa tahun.

DSC_0014

 

Doorgift kenduri kahwin rakan sepejabat anak ummiross. Macam-macam ada..

DSC_0530 

 

Telur pindang..masih tersimpan dalam peti, belum sempat merasa lagi.

DSC_0542

 

Biskut, kek dan coklat…semuanya sedap-sedap belaka.

DSC_0537

 

Homemade chocolate…pun masih belum sempat merasa.

DSC_0531

 

Yang ni pula doorgift rakan sepejabat anak ummiross juga. Cantik juga bekas kaca ni!.Apa yang terisi didalamnya telah selamat dihabiskan :)

DSC_0007

 

Selamat pengantin baru kepada semua pasangan pengantin, moga diberkati Allah sentiasa. Semoga berkasih sayang hingga ke syurga

Thursday, December 12, 2013

PENGINAPAN DI LONDON

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Bed and Breakfast di London. Penginapan dengan kadar sewa yang sangat berpatutan, kedudukan yang strategik dan suasana yang tenang. Hehe..ari ni nak tolong promote homestay sahabat ummiross di London, moga ada manafaatnya kepada yang memerlukan. Bed and breakfast ni diusahakan oleh kawan ummiross yang telah menetap di UK kerana bertemu jodoh dengan anak jati London. 

Dua bilik di rumah mereka telah dijadikan bilik penginapan. Salah satu daripada bilik tu disediakan satu double bed dan boleh ditambah satu lagi single bed jika perlu. Tambahan single bed ni untuk kanak-kanak percuma je, tapi jika dewasa ada extra caj ye.

Bilik yang satu lagi pula mempunyai  satu single bed. Jika mahu boleh juga ditambah satu lagi single bed. Jadi jika anda bercadang nak ke London samada untuk bercuti, berkursus, berkonvo dan lain-lain urusan dan dalam grup yang kecil bolehlah cuba menginap di sini.

Apa yang best menyewa di sini? Jom ummiross cerita part yang bestnya tu.

Rumah kawan ummiross ni terletak di New Malden dalam borough Kingston Upon Thames, kira salah satu bandar di raja juga ni. Macamana nak pergi ke New Malden dari airport?. Boleh naik bas dari Heathrow Airport, bus stop  berdekatan dengan rumah kawan ummiross ni. Tambang dalam 2.40£. Jika nak pick up kat airport pun boleh tapi tu kira caj lain pulak lah kan..

181120103561

Jarak dari rumah ke town di Kingston Upon Thames dalam 5 km je, dalam 10 minit jika berkereta, bas dalam 20 minit. Jadi selain dari menjelajah kota London, anda juga dapat menikmati keindahan Kingston Upon Thames, menyusuri Sungai Thames yang tenang dan cantik pemandangannya, dapat juga membeli belah sakan sebab kat sini pun ada shopping complex yang gah juga dan banyak tourist attraction disekitarnya. Jom tengok gambar-gambar masa ummiross pergi dulu, kasi teruja sikit, hikhik!!

Pagi-pagi sebelum naik train ke London, bolehlah jalan-jalan di Quarter Quay ni, menyusuri Sungai Thames, melihat sendiri suasana di bumi Ratu, sambil menghirup udara nyaman dan segar. Waktu ni, orang tempatan pun dah mula keluar, rushing nak ke tempat kerja ni, berjalan semua laju-laju, kita je santai-santai sambil memerhati.

 181120103590

 

Banyak shopping complex ternama kat sini, kira ni macam mini London, nak shopping apa boleh. Kat John Lewis ni pun macam-macam ada, kalau tak sempat shopping kat London, kat sini pun bolehlah habiskan duit, hehe.

251120104212181120103577251120104209

 

Kat area ni pun ada pasar pagi, boleh beli buah-buahan segar terbaik dari ladang. Nak masak pun boleh, sayur-sayur pun fresh tu. Rakan kembara ummiross ni, rindu pulak rasanya.

181120103606

 

Selain daripada tu, banyak sangat tourist attractions di Kingston Upon Thames ni. Gambar kat bawah ni adalah sekitar Hampton Court, kawan ummiross bawa kami jalan-jalan country sightseeing sebaik pulang dari London, masa ni musim sejuk, sebelah petang , tapi hari dah gelap. Gambar pun guna hp ciput je..

261120104248 

 

Jarak dari rumah kawan ummiross ni ke London dalam 22km, dekat je ni. Boleh naik train ke Waterloo station, London..ambil  masa dalam 20 minit gitu. Dari Waterloo ni bolehlah menjelajah Kota London ‘sesedap rasa hati’. Beli je travel card, kos dalam £7.50, boleh gerak untuk semua zon. Ni yang best bila jalan sendiri, tak terikat sangat dengan masa. Boleh ikuti pengalaman kami dalam sesi redah dan terjah Kota London kat SINI atau pengalaman kedua kami di SINI.

Tayang gambar ‘makcik’ sendiri dan Mrhubby hari ni, nak promote Bed and Breakfast kawan punya pasal, kongsilah gambar kami sekali-sekala. Dah cari gambar kat Waterloo yang takde muka ‘makcik dan pakcik’…takde nok, redha je le.Ni masa makcik dan pakcik kat Waterloo station. Hehe…seronok abih dapat menjejak kan kaki ke London buat pertama kali, maklumlah den ni bukanlah kayo sangat, pecah tabung bagai nak melancong, hihihi…tak taulah tabung haji ke tabung ayam penyet ke... moral of the story, rajin-rajinlah menabung!!! :)

Mrhubby and me..’makcik dan pakcik’ yang riang ria nak mulakan kembara.

181120103613abc

 

Bagi peminat pinggan mangkuk Royal Albert, jangan lepaskan peluang cuci poket, paling kurang pun cuci mata kat sini.

IMG_2256

 

Bagi yang tak minat membeli-belah, bolehlah habiskan masa melawat tempat-tempat menarik di London dan sekitarnya sambil posing sakan. Ummiross kalau berjalan suka tengok tempat orang, membeli-belah agenda kedua, kadang-kadang tak masuk agenda pun, cukuplah sekadar membeli sikit-sikit sebagai tanda ingatan.

DSC_0366  DSC_0444

 

Last but not least, ada breakfast, halalan toyyiban, halal lagi baik. Perut dah kenyang baru seronok memulakan perjalanan kan.

Best kan kalau dapat menginap di sini, pakej penginanapan 2 in 1. Dapat melancong ke London dengan kos penginapan berpatutan dan dapat juga melihat suasana pinggiran Kota London dan sekitar bandar Kingston Upon Thames yang cantik dan tenang.

Untuk maklumat dan kos penginapan sila whatsapp sahaja kepada:

Puan Rosilah  +44 7788 553649

Thursday, December 5, 2013

BILA SAKIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Salam rindu-rinduan juga. Agak lama ummiross menyepi. Hujung minggu lepas ummiross balik kampung, bunda ummiross sakit dan warded untuk beberapa hari. Bergegas kami balik bila dapat panggilan dari kampung, dah lewat malam kami bertolak balik, sampai dalam pukul 4 pagi di kampung. Untuk beberapa hari tu ummiross dan anak-anak bergilir menjaganya dihospital.

Alhamdulillah setelah dimasukkan air dan diberi rawatan, bunda dibenarkan pulang. Maklumlah diusia tua kan, dah 79 tahun usia bunda ummiross, ketahanan badan pun dah berkurang, tambah di musim tengkujuh macam sekarang ni. Masa ummiross balik tu, hujan tak henti-henti, lebat pulak tu. Kita yang sihat ni pun menggigil kesejukan.

Perjalanan yang jauh, tidur yang tidak  teratur, menunggu dan menjaga yang sakit pengalaman yang memenatkan. Kita pulak yang sakit-sakit badan. Namun bersyukur sangat masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berbakti walaupun hanya sedikit. Tidak mahu nanti kita menyesal kerana berdolak-dalik dengan waktu. Doakan agar bunda ummiross diberi kesembuhan sepenuhnya.

Ummiross mahu berehat seketika. Kepada yang meninggalkan jejak, terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah ummiross akan membalas jejak kalian bila masa mengizinkan.

 

ps: Sayu sangat baca pasal kesusahan mangsa banjir di pantai timur terutamanya di Pahang yang begitu serius, sama-sama kita doakan agar banjir cepat berlalu, moga Allah memberkati dan memberikan ganjaran pahala yang besar atas kesabaran mereka menghadapi bencana.

Thursday, November 21, 2013

PENYIBUK KE?

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Mulakan dengan senyuman..baca perkataan penyibuk tu dengan lemah lembut ye, sebab penyibuk yang ummiross maksudkan ni bukan penyibuk yang menyakitkan hati, tapi penyibuk yang sangat menghibur hati.

Setiap kali bila kita buat kerja, adalah si Cicie ni datang menyibuk. Yang paling dia suka. masuk dalam kotak, asal je ummiross buka kotak untuk pack kain Batik Sarawak yang diorder oleh pelanggan, dia akan masuk dalam kotak tu. Bila dah letak kain dalam kotak, dia masuk dalam penutup kotak pula. Tengoklah gambar kat bawah ni, selamba je duduk dalam penutup kotak. Bila kita suruh keluar, bulat je mata merenung, macam paham-paham je apa yang kita cakap.

IMG_3556

 

Yang ni pula masa ummiross duk sibuk ambil gambar kain-kain yang baru sampai, setia je dia menunggu, dah tengah malam ni, hanya kami berdua kat tingkat bawah ni. Saaayang sangat kat Cicie ni, dalam penyibuk dia, tapi penyayang juga, sayang juga kat mummy angkat dia ni, hehe..

IMG_3470

 

Bila tengok dia tidur, hati jadi cair..terapi jiwa.

 DSC_0194 (2)

Tuesday, November 19, 2013

RESEPI PIZZA SIMPLE DAN SEDAP

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross kadangkala bila nak masak sesuatu resepi yang jarang dibuat, suka juga  meng’google’. Bukannya apa, kalau tak ikut sepenuhnya pun, boleh juga dijadikan panduan untuk penambahbaikan, kadang-kadang ada tip yang diberi sangat bagus dan kita tak tahu pun sebelum tu, belajar dari yang pakar, ramai yang pandai memasak di luar sana termasuk rakan-rakan blogger kita kan.

Keyword yang kerap digunakan..selalunya ada lah perkataan SIMPLE dan SEDAP. Contohnya..nasi minyak simple dan sedap, kek coklat simple dan sedap, nasi ayam simple dan sedap, nasi briyani simple dan sedap, rendang simple dan sedap..hehehe..berapa banyak simple dan sedap daaa!. Nak simple sebab penyakit M yang tak nak berlama-lama kat dapur, nak sedap sebab melayan selera sekeluarga. Apapun banyak yang simple tapi sedap kan…Simply Delicious.

Ahakz!!..ni bukan lagi simple, tapi ready made punya. Pucuk dicita ulam mendatang, pizza dicita, crispy crust yang datang. Pizza base ni ummiross beli kat Alamanda.

DSC_0355

Dalam kotak ni ada 2 keping. Memang sesuai sangatlah untuk yang malas nak menguli macam ummiros ni.  Selepas disapu dengan tomato paste, ummiross bakar sekejap sebab nak bagi rangup.

DSC_0357

 

Seafood pizza..guna udang dan sotong je. Yang lain-lain tu biasalah, ada capsicum, cendawan butang, tomato, serbuk lada hitam dan yang penting cheese tu bagi meleleh!.  Perisa tu pandai-pandai sendirilah ye, topping pizza ni boleh ikut kreativiti, ummiross ikut mana bahan yang ada je, hehe..

DSC_0358

 

Taraaaa!!! pizza yang rupanya tak seberapa, janji sedap pada selera kita, mewah dengan udang dan sotong,pergh!!. Ada nenas juga, nenas dalam tin punya. Nenas ni bagus untuk elakkan rasa muak.

DSC_0384     DSC_0385

 

Topping yang kedua, umiross gaulkan dengan mayonnaise dahulu, kalau ada thousand island lagi best, kemudian goreng sekejap menggunakan minyak zaitun, supaya toppingnya tak berair sangat nanti dan pizza lagi rangup. Cheese double layer..hehe..mula-mula tu dah bubuh cheese, dah dekat nak masak tabur lagi sekali cheese dan bakar sekejap, perghh!!, meleleh-leleh!.

DSC_0368

Lemak berganda…nanti kita jogging ye..kita makan dulu!!!

Friday, November 15, 2013

DARI SEBIJI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Bila customer gembira, tentu ummiross pun berkali-kali gembira. Apatah lagi jika ada customer yang dapat pula menjana pendapatan dari kain-kain yang dibeli dari Salam borneo.blogspot.com. Moga kita sama-sama murah rezeki ye, kita saling mendoakan. Dan jangan lupa, untuk murah rezeki, kita kena rajin memberi, rezeki untuk dikongsi, sedikit atau banyak bukan ukuran, yang penting penuh keikhlasan. Sama-sama kita ye, ummiross mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya.

1383707_1422926351260540_127941866_n

 

“ Akak barang semua dah sampai dengan selamatnya…cantik sangat kain-kain ni..love it..love it..love it so much..happy sangat! “…customer dari Johor.

“ok..business kain hari tu, tinggal 6 helai saja lagi ”…customer dari Sabah.

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi order Batik Sarong Sarawak, Kain Ratna Dewi dan Ratna Dewi Songket dan Batik Cotton Thai, Batik Sarawak aka Kain pasang Etnik Sarawak samada order runcit dan juga order borong.  Ummiross saaaaaaayang semuanya!!!! :)

 

Terima kasih daun Keladi
Lain kali order lagi

Nurliyana  : Selangor
Kod : RD
Pos: 15.11.2013
Treking: Em403347550MY

Susan  : Sabah
Kod : BC
Pos: 15.11.2013
Treking: Em403347550MY

Safurah  : Selangor
Kod : BS
Pos: 12.11.2013
Treking: EF060524654MY

Norhayati  : Johor
Kod : BS
Pos: 12.11.2013
Treking: EF060524566MY

Yan  : Johor
Kod : RD
Pos: 11.11.2013
Treking: EF403347617MY

Floria  : Sabah
Kod : RD
Pos: 29.10.11.2013
Treking: EF403347603MY

Liana  :
Kod : BS
Pos: 23.10.2013
Treking: EF058584932MY

Aireen  : Kuala Lumpur
Kod : BS
Pos: 10.10.2013
Treking: EF059306970MY

Martha  : Sabah
Kod : KPH
Pos: 10.10.2013
Treking: EF059306966MY