Monday, October 15, 2012

IKAN BAKAR KEK LAPIS TELUR MASIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ni cerita minggu lepas, minggu yang sarat. Penat tapi tetap menyeronokkan.

DSC_0152DSC_0024
Hari Ahad, anak-anak ajak jalan-jalan cari makan. Hehe..punyalah jauh jalan-jalan sampai Melaka. Santai-santai anak beranak, river cruise dulu. Lepas tu aktiviti soping2lah pulak kat Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.

 

IMG_4342
Masjid Al-Azim, Melaka. Singgah solat di sini. Masjid yang unik senibinanya,cantik dan sangat bersih. Tandas bersih, tempat wuduk bersih, tabik spring!, hehe... Memang cantik-cantik masjid kat Semenanjung ni.

 

IMG_4346
On the way balik, singgah sini, jangan tak singgah, menikmati ikan bakar, di Umbai, Melaka. Simple je, tapi ikan fresh memang best. Punyalah mengadap makan, lupa pulak nak ambil gambar yang lain2.

 

IMG_4348
Hari Isnin, ummiross dan MrHubby naik belon, terbang ke Bumi Kenyalang. Menginap di Merdeka Palace, Kuching, yang klasik dan cantik. Suami ada seminar di sana, ummiross tumpang  dua kaki..

 

IMG_4414
Kek lapis kukus yang belang hijau merah tu, pemberian adik angkat, home made, sedap. Terima kasih adik2 semua. Malam tu kami keluar makan di Kubah Ria, belanja adik2 yang banyak membantu bisnes Batik Sarawak. Yang satu lagi, kek lapis cadbury, memang nyaman gilak kata orang Sarawak, nampak tak coklat cadbury sebijik2 tu, pergh!!!, memang sodap!

 

IMG_4406
Tempat jatuh lagi dikenang inikan tempat bermastautin. Keesokan harinya gang jeng2  masjid, ajak breakfast. Lepas mengaji, dia orang jemput ummiross kat hotel, ke Kopi O Corner, ni kegemaran ummiross dan rakan ummiross Lily, yang juga telah bertukar ke Semenanjung, roti mayonnaisse daging. Dulu2 masa di sana, lepas mengaji, nilah aktiviti kami, cari port yang best2 untuk breakfast. Terima kasih Wa dan Sal, belanja makan, panjang umur kita jumpa lagi ye. Sayangnya Kak Ton tak dapat join.

 

IMG_4407
Unik. Sempat snap gambar telur asin/masin ni. Beginilah telur masin di Sarawak di masak, sukar nak cari yang rebus macam kat Semenanjung. Makan dengan nasi memang berselera ni.

 

p/s: Ummiross masih dalam proses mengambil gambar kain2 stok terbaru, ada kain pasang terbaru yang cantik amat!. Nanti masa terluang ummiross ziarah rakan2 ye.

Friday, October 12, 2012

BATIK SARONG SARAWAK DAN RATNA DEWI STOK TERBARU, TUNGGU…!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross baru sahaja pulang dari Kuching. Banyak kain-kain baru yang yang cantik-cantik, Batik Sarong Sarawak dan juga Ratna Dewi. InsyaAllah minggu depan ummiross publish, belum sempat nak ambil gambar lagi.

IMG_4371IMG_4377IMG_4396
Ni antara stok baru, promo dulu, hehe..

Alhamdulillah, kain-kain yang diorder sepanjang minggu ini telah selamat dipos, semoga selamat sampai.

IMG_4394IMG_2790IMG_3818
Antara order dari pelanggan..

Kepada semua pelanggan yang dikasihi..

Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

Norizam
Kod: KPH-5psg, BS-1pcs
Pos : 11hb.10,2012
Treking :CD106125960MY

Rosmainiza
Kod: KPH-1psg
Pos : 11hb.10,2012
Treking : EM098523415MY

Zahrah
Kod: Pua- 1pcs
Pos : 11hb.10,2012
Treking : EM098522556MY

Nor Anitah
Kod: PD-2pcs
Pos : 11hb.10,2012
Treking : CD186519230MY

Ogee
Kod: KPH-5psg
Pos : 8hb.10,2012
Treking : EM139912227MY

Norrafiza
Kod: KPH-1psg
Pos : 8hb.10,2012
Treking : EM139912200MY

Nor Anitah
Kod: BS-13pcs
Pos : 8hb.10,2012
Treking : CD151411405MY

Nor Anitah
Kod: BS-13pcs
Pos : 8hb.10,2012
Treking : CD151411405MY

Mazita                                                                                                                         
Kod: KPH-3psg                       
Pos : 2hb.10,2012
Treking : CD106326652MY

Safura
Kod: BS-2pcs
Pos : 2hb.10,2012
Treking : CD106326649MY

Monday, October 8, 2012

PRODUK DR NABISAR

بسم الله الرحمن الرحيم

(Makluman: Ummiross bercuti 2-3 hari, ke Kuching pagi ini. Sila email atau sms untuk sebarang pertanyaan dan pesanan Batik Sarawak di Salamborneo.)

----------------------------------------------------------------------------------------

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross mula mengenali pengacara Juara Resepi Seri Kulai, Sakinah, ketika beliau menelefon untuk memaklumkan blog ummiross terpilih untuk Segmen Blog Pilihan dalam rancangan Apa kata Wanita, TV1. Kemudian bila ummiross pulang ke Semenanjung, beliau berkunjung ke rumah untuk menyerahkan CD dan berkenal-kenalan dengan lebih dekat.

6c82237c0ed411e280ff22000a1e8acc_7
Ini kunjungan kali kedua Sakinah ketika bulan Syawal baru ni, datang beraya.  Baik orangnya, dah mesra macam anak-beranak. Gambar blur2 skit, instagram, hehe..ummiross yang selalu malu-malu kucing..

Cantik kulit Sakinah ni, halus mulus tanpa jerawat. Sembang punya sembang, sempat jugalah beliau memperkenalkan produk penjagaan kulit Dr Nabisar, formulasi eksklusif saintis Malaysia, Dr Nabisar Mustan, PhD Cambridge University, UK.

IMG_3599

Ianya menggabungkan kebaikan bahan botani dan sains terkini, tanpa hidrokinon dan lain-lain bahan terlarang. Produk ini dipasarkan oleh Zamzarina, pengacara AKW TV1 dan Sakinah adalah salah seorang pengedarnya. Jadi kalau produk yang bagus macam ni, tak salah rasanya ummiross tolong promote, mungkin jadi info yang berguna bagi yang memerlukan, apatah lagi bagi yang mempunyai kulit bermasalah seperti berjerawat dan berjeragat.

IMG_3583
Set Permulaan, khas untuk kulit berjeragat, juga sesuai untuk semua jenis kulit.(RM39.90)


IMG_3584
Set Percubaan Jerawat, membersih dan membuang kotoran dengan lembut dan mencerahkan kulit.(RM39.90)


 

IMG_3586aIMG_3595
Terdapat juga Pencuci muka(RM49.90), serum anti penuaan(RM79.90), skrub(RM49.90), toner(RM49.90), krim pelembap(RM69.90), sunblock(59.90), lightening essence/esen pencerah(RM79.90), eye cream(RM69.90) dan krim rawatan jerawat(RM49.90) dalam saiz besar.

Esen Pencerah: Sesuai untuk semua jenis kulit, terutama yang berjeragat
*Ekstrak vitamin C dan berbagai tumbuhan terpilih untuk mencerahkan kulit secara berkesan.
*Membantu menghilangkan tompokan hitam dan jeragat pada kulit.
*Bahan aktif untuk melindungi dan mengekalkan keremajaan kulit dan naik seri wajah.
*Mengekalkan kelembapan kulit
*Menegangkan kulit wajah

Krim Rawatan Jerawat: Untuk kulit berjerawat
*Meggunakan ramuan semulajadi yang amat mujarab didalam mengatasi masalah jerawat
*Mencegah keradangan dan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat
*Membantu menghilangkan parut jerawat.

Serum Rejuvenasi: Kulit matang dan lesu
*Kandungan aktif tumbuhan memperbaharui kolagen dan elastin kulit anda
*Membina kolagen dan kekenyalan kulit untuk tampil lebih muda
*Menambah dan mengekalkan kelembapan kulit muka

Pencuci Muka: Semua jenis kulit, khas untuk kulit berjeragat
*Membersih dan membuang kotoran dengan lembut
*Membuang mekap dilapisan epidermis
*Menjaga lapisan pelindung kulit
*Membekalkan kulit dengan nutrisi seperti vitamin dan antioksidan
*Melembutkan kulit anda
*Menjadikan kulit anda cerah

Kulit anda berhak mendapat yang terbaik. Jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi ummiross dan ummiross akan panjangkan order anda kepada rakan ummiross ni, Sakinah.

ummiross@gmail.com ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960

Wednesday, October 3, 2012

OHOOO BULEH TAMBOH PENDAPATANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.

Hari ni santai-santai je ye, dengor lagu ‘loghat Ganu’, harap-harap boleh ‘pahang’ (faham), klu dok ‘pahang’ tanya ummiross ye, kacang je, hehe..

Monday, October 1, 2012

SOLAT DALAM KAPAL TERBANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Pengalaman membuka hati dan minda. Banyak berjalan juga memerlukan kita membuat banyak persediaan. Ia bukan sekadar persediaan fizikal, tetapi yang lebih utama adalah persediaan rohani juga. Sesukar mana keadaan ketika bermusafir, solat mesti diutamakan. Jika dihari biasa, kita tidak meninggalkan solat, apatah lagi sebagai tetamu Allah. Tetapi realitinya tidak begitu, ada yang tewas dengan sedikit halangan. Solat didalam kapalterbang bukanlah satu kebiasaan, jadinya ia memerlukan sedikit ilmu dan kesungguhan. Bertekadlah dan berdoalah sebelum berangkat agar Allah permudahkan untuk kita bersolat didalam penerbangan, berdoalalah agar kita tidak terikut-ikut dan akhirnya tewas dengan keadaan. Mana tahu dengan kesungguhan kita menunaikan hak Allah, mungkin solat yang kita lakukan dalam keaadan yang tidak berapa selesa ini tersangat besar ganjarannya.

Jika menaiki pesawat Saudi, ada ruangan kecil disediakan untuk bersolat. Bahagian solat ni ada sekatan, sebelah lelaki dan sebelah perempuan. Ummiross dan suami pun pernah berkesempatan solat subuh diruangan ini. Belajarlah berwuduk dengan air yang sangat sedikit, insyaAllah dengan ini kita lebih bersedia untuk solat dalam keaadaan yang terdesak. Teringat pengalaman semasa di imigresen Jeddah beberapa tahun lalu, mutawwif kami tersenyum dan memberitahu, ada pegawai imgresen secara bergurau mengatakan ‘itik air’ sudah tiba bila melihat ketibaan jemaah Malaysia, mungkin merujuk kepada sikap jemaah Malaysia yang bermewah-mewah dengan air.

Jika ingin menambah pengetahuan bolehlah Google bagaimana cara solat didalam kapalterbang. Ummiross kongsikan link dibawah yang mungkin boleh dijadikan panduan. Selebihnya belajar dan bergurulah..

Musafir  Penerbangan dan Beberapa  Permasalahannya

atau ikuti pengalaman Dr Zaharuddin dan komentatornya berkaitan solat dalam kapalterbang.

Ummiross kongsikan juga beberapa keping gambar ketika di tanah suci Makkah baru-baru ini, ia sekadar pengubat rindu yang tak pernah padam.

IMG_3263
Saling membantu, indahnya kasih sayang di depan Baitullah…

IMG_3245a
Lengang..waktu tengahari, tak ramai yang tawaf disebabkan cuaca panas terik.

 

IMG_3267

IMG_3268a

Selepas asar, ruangan mulai padat, jemaah mengambil kesempatan untuk bertawaf dalam cuaca yang lebih selesa.

Sunday, September 30, 2012

KAIN PASANG ETNIK PUA KUMBU TERBARU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Yehaaa!!!, kain pasang baru lagi. Cantik-cantik sangat kombinasi warna kali ni, rugi jika anda tidak memilikinya. Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Kepada yang telah menghubungi ummiross untuk belian borong, cepat2 maklumkan jika ada yang berkenan ye. Dah ada beberapa individu dari jabatan dan sekolah yang menghubungi ummiross untuk belian borong, mungkin untuk uniform kot, jadi kenalah cepat, siapa cepat dia dapat. Selamat mencuci mata, jangan lupa order…

Catatan: KPH33-KPH37- Kombinasi corak Pua Kumbu dan abstrak dengan gabungan tona warna yang sangat serasi.  Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.      

                                   Corak pua kumbu pada badan kain.                                      

IMG_3629IMG_3632IMG_3626
                                 KPH33-(Tona hijau turqois, biru turqois, purple)

 

IMG_3697IMG_3902IMG_3892
                                                               KPH34

 

IMG_3968IMG_3972IMG_3977
                                                      KPH35-out of stock


                                                                     

IMG_3870IMG_3873IMG_3866 
                                                     KPH36-out of stock

 

IMG_3722IMG_3733IMG_3913
                                                              KPH37

 

Catatan: Kod KPH38-KPH42- Corak Etnik dalam lakaran moden dan abstrak, dengan gabungan tona-tona warna yang lembut menawan.

IMG_3742IMG_3752IMG_3746
                                                            KPH38

 

IMG_3760IMG_4183IMG_4175
                                                              KPH39

 

IMG_3920IMG_3800IMG_3916
                                                                KPH40

 

IMG_3816IMG_3830IMG_3819
                                                             KPH41(out of stock)

 

IMG_4134IMG_4162IMG_4156
                                                             KPH42

Jenis : Kain Pasang Sarawak Corak Etnik
Material: Polyester Silk(lembut beralun)
Harga Runcit: RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.

Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960