Sunday, March 4, 2012

DAH POS, KOPI SECAWAN..!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera..salam di petang minggu.

Sementara nak pergi menjemput anak saudara di airport, sempat jugak ummiros buat entry ringkas ni. Dah dua hari Batik Sarong Sarawak dan Batik Ratna Dewi ini di pos, satu ke Johor dan satu ke Terengganu. Ini order kali kedua dari Norzanriah, order pertamanya mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Pelanggan dari Terengganu pulak baru pertama kali mencuba, semoga berjaya menarik hati pelanggannya.

Oklah ummiross cau dulu, nak lepak-lepak kat Old Town dulu sementara menunggu kapalterbang landing, sambil pekena kaya & butter toast dan menghirup secawan kopi yang nyaman, daa…!!

ps: Ada stok baru batik sarong Ratna Dewi yang baru sampai, memang cun-melecun. InsyaAllah kalau sempat malam ni ummi publish entry.

To Norzanriah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0495IMG_0496
Sebahagian order dari Johor..
Semakan order
Kod        : BS(55,56,57,60,104,67,102,106,105-2pcs)
Pos         : 2hb.Mac,2012
Treking : RD106127166MY


To Asiah ;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

pinkIMG_7607IMG_0472IMG_7412

IMG_9887IMG_9897IMG_9890IMG_0140
Sebahagian order dari  Terengganu..
Semakan order
Kod : RD(91,93,120,121,  )-2pcs each.
             BS(108,68,53,102,104,84,103,105)-2pcs each.
Pos  : 2hb.Mac,2012
Treking : RD106127170MY

Saturday, March 3, 2012

SALAMBORNEO DALAM APA KATA WANITA

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah menonton Apa Kata Wanita di TV1? Ummiross kalau hari Ahad memang tak sempat. Selalunya ummiross berkesempatan menontonnya pada siaran ulangan pada hari Jumaat, jam 1 petang di TV2. Ummiross paling suka segmen bekerja dari rumah tu, ia selalu menyuntik semangat. Melihat kejayaan orang lain jugak adalah satu motivasi bagi diri kita.

Dua minggu lepas wartawan AKW ada menghubungi ummiross. Terperanjat pun ada, excited pun ada. Katanya dapat link dari puanbee.com. Terima kasih banyak-banyak bee…

Mulanya ummiross dimaklumkan blog ummiross akan muncul dalam segmen Blog Pilihan pada 9hb.Mac,2012. Namun tengahari semalam, ummiross dihubungi lagi sekali dan dimaklumkan blog ummiross akan disiarkan dalam segmen Blog Pilihan pada sebelah petang semalam, 2hb.Mac.2012.

Kelakar pun ada, selalunya anak bujang ummiross yang buat rakaman bila diperlukan. Tadi terkial-kiallah buat sendiri. Baru beberapa saat, rakaman ummiross terhenti, rupanya memori kad  kamera dah penuh. Adess!!!, apapun ummiross nak letak jugak video ni kat blog. Ianya sebahagian catatan kenangan, salamborneo.

 

Kemudian ummiross teruskan rakaman dengan menggunakan iphone. Tapi dalam keadaan tergesa-gesa, inilah hasilnya, poor quality. Hehe..nak masukkan jugak dalam blog, sendiri tengok takpe lah kan,hik!. Dah masuk TV ni, harap-harap dapatlah promote bisnes online Batik Sarong Sarawak atau Batik Borneo ummiross ni. Alhamdulillah, petang semalam pun dah ada call dari jauh yang masuk bertanyakan pasal kain di blog ummi ni.

 

IMG_0526IMG_0527
Zamzarina..sinonim dengan Apa Kata Wanita. Boleh kunjungi beliau di http://zamzarinazambri.blogspot.com/ ,banyak entry menarik yang boleh dibaca dan dijadikan panduan. Atau LIKE  facebook AKW untuk mengikuti perkembangan AKW dari semasa ke semasa.

 

IMG_0529IMG_0533
Pengacara segmen juara resipi srikulai yang juga wartawan AKW, Sakinah yang cantik manis ni lah yang menghubungi ummiross. Katanya jika ada sesiapa yang nak masukkan blog dalm segmen Blog Pilihan ni bolehlah hantar link blog masing-masing ke email beliau di sqina@yahoo.com.

Terima kasih Apa Kata Wanita, terima kasih semuanya.

Thursday, March 1, 2012

MELEPASI UJIAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam bertemu kembali, salam dari Kuching.

Malam semalam ummiross selamat tiba di Kuching. Alhamdulillah keadaan MIL ummiross semakin baik dan telah dibenarkan keluar dari hospital. Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang turut mendoakan, moga Allah membalas segala kebaikan dan ketulusan anda. Sakit adalah ujian, bukan sahaja kepada yang sakit tetapi kepada orang tersayang. Melepasi ujian dengan sabar besar ganjarannya. Moga Allah terus memberi kekuatan..

Berikutan ini, salamborneo akan beroperasi kembali seperti biasa. Hari ini pun sejak awal pagi ummiross sibuk menguruskan order pelanggan. Alhamdulillah, walaupun bercuti order tetap masuk seperti biasa. Begitulah bisnes online…ada baiknya, ada buruknya. Ummiross hanya mengharapkan yang terbaik..

Sunday, February 26, 2012

DOAKAN YE

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengumuman

Salam sejahtera...

Ummiross bercuti beberapa hari. Bonda mertua ummiross sakit dan di masukkan ke hospital.
Tolong doakan sekali ye kawan-kawan, agar diberi kesembuhan segera.

Kepada pelanggan ummiross, sila tinggalkan sebarang pertanyaan atau order melalui email.
InsyaAllah ummiross akan uruskannya bila masa mengizinkan nanti.

Hingga bertemu lagi..Wassalam.

Saturday, February 25, 2012

SALAM KENAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Dua tiga hari ni ummiross sibuk menguruskan order pelanggan. Alhamdulillah, hari ni 3 order telah selamat di pos. Ada satu order lagi yang akan di pos esok, insyaAllah.

Pelanggan ummiross kali ni semuanya orang baru. Salam kenal semuanya. Terima kasih jugak kepada rakan blogger yang baru ummiross kenali, JemariSuri yang sudi membeli Batik Sarung Sarawak. Katanya penangan NzA, mungkin penangan entri Menara Kain Batik Sarawak di blog 4fn1mf-family. Kalau macam tu, terima kasih beribu-ribu lemon jugaklah buat NzA, regular customer ummiross, peminat batik Sarawak.

                                              P2211182 a
Batik Sarong Sarawak yang dibuat baju kurung, sepasang menggunakan dua helai batik sarong, hasil kreatif rakan blogger, NzA.

To JS;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0056_thumb[1]IMG_0058IMG_0356IMG_7918
Order dari KL..
Semakan order
Kod        : BS10A, RD135
Pos         : 24hb.Feb,2012
Treking : RD921878371MY


To Norzanriah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0191IMG_0174IMG_8710IMG_8719IMG_9909IMG_9922IMG_9952

IMG_9392IMG_0135IMG_0132 IMG_9888IMG_0119IMG_9899 
Sebahagian order dari Mersing,Johor…
Semakan order
Kod          :  BS(106,107,109,101,102,105, 74,103-2,104-2,53-2,54-2)-15PCS
Pos           :  24hb.Feb,2012
Treking   : CD106127135MY 


To Azza;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9641IMG_9635IMG_9415b_thumb[7]
Order dari KL..
Semakan order
Kod          : KPH5, KPH9
Pos           :  24hb.Feb,2012
Treking   : RD921878368MY 

Tuesday, February 21, 2012

MEL UDARA

بسم الله الرحمن الرحيم

Ummiross biasanya menggunakan mel udara untuk membuat penghantaran batik sarung Sarawak atau batik sarong Ratna Dewi. Kos posnya lebih jimat berbanding dengan pos laju, apatah lagi biasanya pelanggan ummiross adalah mereka yang ingin berniaga, tentu sekali setiap kos perlu diambil kira. Berdasarkan info dari pejabat pos, kain-kain ni akan sampai selewat-lewatnya dalam masa 7 hari bekerja, tapi selalunya akan sampai 2-3 hari lebih awal.

Setiap kali selepas kain batik sarung di pos, ummiross akan memberikan nombor treking kepada pelanggan. Tujuannya supaya pelanggan dapat membuat semakan atau aduan jika sekiranya kain lambat sampai atau hilang (Alhamdulillah setakat ini, takde yang hilang lagi). Ia jugak sebagai bukti penghantaran. Ramai yang ingin menyemaknya secara online. Semasa mula-mula berniaga dulu, ummiross pun begitu. Tapi setiap kali disemak, ia tidak diupdate. Ummiross tidak tau di Semenanjung macamana, tapi, begitulah situasinya di sini. Jadinya, kepada pelanggan ummiross tersayang, tidaklah perlu membuat semakan online, anda akan terkecewa.

Mungkin ia berbeza dengan pos laju yang lebih laju khidmatnya termasuk mengemaskini penghantaran semasa. Gunakanlah nombor treking tu hanya jika perlu, untuk membuat semakan jika sekiranya kain terlewat sampai atau hilang. Dan dalam banyak keadaan, ianya hampir tidak perlu…

To Muslihah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_8037IMG_7814

IMG_7943IMG_7645
Sebahagian order dari Butterworth, moga Muslihah dimurahkan rezeki sentiasa.
Semakan order
Kod          :  RD118-3pcs,RD(107,125,127)-1pc.
Pos           :  21hb.Feb,2012
Treking   : CD106127223MY