Saturday, June 18, 2011

IMAM MUDA MUSIM KEDUA MINGGU KE LAPAN

Malam ni ummiross sempat tengok hujung2 je IM2 ni, masa lebih banyak tertumpu kat TV1, majlis penyampaian hadiah Majlis Tilawah. Tugasan Imam Muda minggu ni adalah menguruskan jenazah berisiko dan tak dituntut oleh ahli keluarga. Kira mencabar jugak tugasan ni terutama ketika memandikan jenazah.

Imam Muda Hassan sekali lagi terpilih sebagai Imam Muda terbaik minggu ni. Hadiah berupa pakej percutian ke Padang Bukit Tinggi, Indonesia.

IMG_5130IMG_5131
Terpilih sebagai IM terbaik buat kali ke-2

Seorang lagi peserta IM2 tersingkir minggu ini iaitu Imam Muda Fatah. Jom kita tengok aksi2 IM Fatah pada episod kali ni…

Friday, June 17, 2011

JUARA TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KE-54

Berikut adalah keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54,2011 yang diadakan di Dewan Majlis Islam Sarawak.

 

IMG_5105IMG_5120

 

IMG_5100IMG_5098

 

IMG_5097IMG_5167

STANZA CINTA AARON AZIZ

Ummiross ni selalu “ketinggalan keretapi”. Heboh sana sini pasal drama Nora Elena, kira2 ‘meletop’ jugak bah! drama ni, tapi ummi sampai sudah tak berkesempatan menonton satu siri pun.

Pagi tadi menonton MHI, Aaron Aziz promote drama baru lagi, Stanza Cinta, yang bakal bersiaran 19hb.Jun,2011, jam 9 malam.  Mesti peminat drama tak sabar menunggu.

IMG_5093IMG_5095
Layan gambar Aaron Aziz aka Seth Tan ketika bersiaran di MHI pagi tadi…

BATIK SARONG DAN PASANG KE KL DAN JOHOR LAGI

To Siti Haniza
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_5051IMG_5049IMG_1523

Semakan Order
Kod;BP4,RD35,BS38
Tarikh Pos:16.6.2011

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

To Asne
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi..

IMG_1762

Semakan Order
Kod:BS38
Tarikh pos:15.6.11
Treking:LD128178329MY

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

To Syaza
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…


IMG_4959IMG_4963IMG_4968

IMG_4974IMG_0091

 
Semakan Order;
Kod: KPB1-1PSG,2M;KPB3-2PSG,5M,2M;KPB4-1PSG;KPB5-2PSG;
KPB6-1PSG,2M,2.5M;BP02-2M
Tarikh Pos:13.6.2011
Treking:C
D106125783MY

 

Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960


Wednesday, June 15, 2011

SEJADAH HIJAU, SEMANIS KURMA…

Banyak hari jugak ummiross tak update blog. Bukannya apa, dah dua malam berturut ummiross ke majlis Tilawah, majlis tamat dalam pukul 11 malam, sampai rumah dah lewat, kemas2 apa yang patut dan terus tidur.

Pagi tadi pulak ikut Mr Hubby ke Seminar Al-Quran Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangssan Kali ke-54. Tak sempat nak blogwalking sangat, nanti ummiross ganti ‘hutang blogwalking’ tu ye, walau pun lambat insyaAllah kunjungan anda akan berbalas.

Alhamdulillah, Sabtu lepas sempat bertemu rakan blogger dari KL, bersama isteri dan dua orang anaknya. Kenal pun kerana blog PDKM.

IMG_5060IMG_5058
Sejadah dan kurma dari Mekah, Alhamdulillah dapat jugak merasa, mereka suami isteri baru je balik dari mengerjakan umrah, moga mendapat umrah yang mabrur…

IMG_5055IMG_5056
Haa ni lah rakan blogger ummiross dari blog Pahala Hindari Dosa, Rozali atau lebih dikenali sebagai atuk phd. Terima kasih Rozali atas souvenir yang cantik ni, suka background Kaabah tu, dah siap letak kat almari hiasan..

 

                                         IMG_4984
                                   Mr Hubby and Mr Rozali are now friends...

Salam ingatan dari kami sekeluarga buat Rozali sekeluarga, semoga ukhwah berpanjangan.

Tuesday, June 14, 2011

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Alhamdulillah semalam ummiross berkesempatan mengikut Mr Hubby ke majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-54. Majlis diadakan di Dewan Majlis Islam Sarawak dari 11 hingga 15 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 13 hingga 17 Jun 2011 Masihi.

Semalam 3 orang peserta memperdengarkan bacaan iaitu peserta dari Perlis, Selangor dan Pulau Pinang. Seronok sebenarnya berada dalam majlis macam ni sambil mendengar alunan bacaan yang menyentuh jiwa.

Kalau tengok senarai peserta, sebahagiannya adalah bekas peserta dari Akademi Al-Quran, antaranya Ahmad Termizi bin Hj Ali mewakili Terengganu, Amirahman bin Abas dari Negeri Sembilan,Azraie bin Abdul Razak dan Suhailah binti Zulkifli,Melaka dan Mohd Shukri bin Ali mewakili Wilayah Persekutuan.

IMG_4991
Tema “1 Malaysia 1 Ummah”, ditakrfkan secara holistik melalui rekabentuk konfigurasi dan ruang keseluruhan Astaka, juga mengambil kira imej seni bina Islam pada bangunan Kompleks Islam Sarawak.(hehe..ayat skema dari buku aturcara)

 

IMG_4994
Dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri…


Jumpa lagi di dewan Kompleks Islam Sarawak Kuching malam ni, InsyaAllah…