بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Dapat tengok payung di Masjid Nabawi pun jadilah kan..cukup untuk membangkitkan nostalgia, seribu rasa seribu cerita. Kenangan dan pengalaman kita mungkin serupa tapi tak sama, yang penting tiap dari kita mencari redhaNya, mengimpikan syurgaNya. Moga redup payung ini turut menjadi saksi bagi setiap langkahan kaki menuju ruang solat di dalam Masjid Nabi atau saat menuju Raudhah dan menziarahi baginda Rasulullah ( صلى الله عليه وسلم ).
Biarlah kita terus merindu, kerana bagi ummiross rindu bumi Mekah dan Madinah adalah satu anugerah. Manifestasikan rindu itu dengan segala amal kebaikan, berpandukan Al Quran dan juga sunnah.
Firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!” [Muhammad 47:33].
Salawat dan salam buat baginda Rasululluh (صلى الله عليه وسلم )…
PS: Al Fatihah buat perwira negara yang gugur di Lahad Datu Sabah. Moga kemelut di sana dapat diselesaikan dengan segera.
Subhanallah...sesungguhnya diri terasa kerdil,terasa daif...
ReplyDeletesubhanallah......... tq share with us yer
ReplyDeleteKakak pun ambil gambar payung Masjid Nabawi ini. Suka sebab mengimbau nostalgia kita ketika di sana kan ummiross. Terasa nyamannya Allah saya yg tahu.
ReplyDeletemasa yan pergi dulu...payung2 nie..belum ada....nampak cantik sangat kan...?
ReplyDeleteSubhanallah...cantiknya!!! tempat ni mmng mnggamit memori...sama macam Yan, masa Mp pergi dulu, payung ni belum ada lagi....
ReplyDeleteMasa kami pergi, payung2 ni belum ada lagi. Sayu hati tiap kali nampak gambar2 Tanah Suci.. menggamit memory bersama bapa mertua yg baru meninggal bulan lepas.
ReplyDeletecantik payung tu..ummiros baru balik umrah ke ? saya belum pernah sampai ke sana.
ReplyDelete@Kamsiah;
ReplyDeleteSayu dan syahdu je rasa kan Kam bila dapat tengok gambar2 suasana di sana.
@Kesuma Angsana;
ReplyDeleteSama2 KA..
@Kakzakie;
ReplyDeleteYe kan Kakzakie, dapat tengok gambar pun terubat rindu.
@ yan's cottage;
ReplyDeleteYe Yan, cantik bila dibuka semua, redup untuk berteduh juga.
@MulutPayau;
ReplyDeleteUmmi masa kali pertama pergi, payung ni pun takde lagi MP. InsyaAllah, moga MP dijemput menjadi tetamuNya lagi.
@Miss Mirror a.k.a Sam;
ReplyDeleteSetiap dari kita mempunyai memori tersendiri, memang menggamit kenangan dan syahdu setiap kali menatap gambar2 disana.
Moga arwah bapa mertua Miss Mirror a.k.a Sam ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Al Fatihah.
@Shaiful Zaidi;
ReplyDeleteUmrah bulan Ramadhan tahun lepas Shaiful, banyak2 gambar2, bila terasa rindu, terus buat entry, hehe..
rindu sgt2 nak kesana......
ReplyDeleteSubhanallah ummi...cantiknya tempat ni
ReplyDelete@NzA & Waniey's;
ReplyDeleteMemang rindu kan, dapatbtengok gambar suasana di sana pun dah rasa seronok sangat.