بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Alhamdulillah, semalam (18.2.2013) merupakan hari pertama anak bujang bongsu ummiross memulakan kerjayanya. Selepas mendapat tawaran dari Petronas hari tu, ada beberapa perkara yang perlu diuruskan termasuk pemeriksaan kesihatan. Pada 28.2.2013 nanti , insyaAllah genaplah usianya 23 tahun. Mungkin inilah hadiah hari lahir yang sangat bermakna bagi dirinya.
Syukur sangat-sangat atas kurnia Allah SWT kerana memudahkan laluan kerjaya buat kedua-dua anak bujang ummiross. Terima kasih Allah atas nikmat yang dipinjamkan. Moga anak-anak dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Mereka budak baru belajar, ‘sifu-sifu’ sila beri tunjuk ajar…
Oklah, jom kita masuk kedai kain pula. Cuci-cuci mata tengok kain-kain batik sarong Sarawak corak terbaru yang amat cun melecun. Cantik untuk sarung, cantik juga untuk matching, kalau dijadikan sepasang pun anggun juga. Bukan sekadar batik sarung, tapi nilai budaya yang dibawa bersama.
Jika berkenan, cepat-cepat order ye. Terbuka untuk jualan runcit. Belian borong amat dialu-alukan.
CORAK: PUA KUMBU
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CORAK : BERCIRIKAN SONGKET DENGAN DESIGN ETNIK ORANG ULU.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CORAK PUA KUMBU
Jenis : Batik Sarong Sarawak/Borneo
Material : Cotton spun(Lembut)
Ukuran : 2m (belum berjahit)
Harga runcit : RM28
Saranan : Sesuai bukan sahaja untuk sarung, tapi boleh juga dibuat baju atau kain yang dipadankan dengan baju kurung atau blouse polos dan lain2.
Terbuka untuk jualan runcit. Diskaun hebat untuk yang ingin berniaga kecil-kecilan. Sesiapa yang berminat sila hubungi :
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960
Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.
dah mula bekerja..4,5 th lagi ummi terima menatu la pulak ..:)
ReplyDeleteCantik.. nnt saya nk saya email ya.. :D
ReplyDeleteKenapalah saya asyik nampak kaler purple jer..aduhhh..
ReplyDeleteanteknya ummi...
ReplyDeletecantik2 sangat ummi....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. hadiah harijadi yg cukup bermakna utk anak ummi.. bagusnya.. semoga dia dpt membina kerjaya yg baik di petronas..
ReplyDeletewah.. cantik menawan kain2 tu..
TAHNIAH utk bujang ummi n umminya jugak...sejuk perut ummi mengandungkan mrk brdua...Moga anak2 bujang ummi terus cemerlang dlm kerjaya mrk....
ReplyDeleteAlahai hati makin trgoda tgk kain batik tu...hr tu pn nza dh save gmbar2 yg ummi email...mmg cantik...nnti nk tunggu stok yg baru diorder habis br nk order lg....
Assalamualaikum Ummiross
ReplyDeletedatang cuci mata
semua caler cantik
ReplyDelete@Kamsiah;
ReplyDeleteHehe..nampak gayanya macam tu lah Kam.
@Ratu Hatiku;
ReplyDeleteOk bisa diatur, Tq ye.
@Aziela;
ReplyDeleteHehe..peminat tegar kaler purple ye Aziela.
@NM03;
ReplyDeleteThank you dear.
@yan's cottage;
ReplyDeleteKain pun lembut Yan. Tq Yan..
@Hanis Azla;
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih Hanis.
Ummi pulak yang rasa sunyi, dah beberapa bulan selepas konvo hari tu sibujang bongsu ada dirumah,meriah je waktu pagi pun.
@NzA;
ReplyDeleteTerima kasih NzA, Alhamdulillah. Anak2 NzA pun bakal menyusul nanti tu,berkerjaya, insyaAllah.
Yelah NzA, kain nilah yang ummi email to NzA hari tu.InsyaAllah moga laris, cepat abih stoknya, nanti bolehlah order lagi, tq dear.
@atuk;
ReplyDeleteWaalaikumussalam atuk..
hehe boleh atuk,silakan, cuci mata terapi minda.
@izan mama mia;
ReplyDeleteYelah izan mama mia, kalau real lagi cantik kalernya izan. Tq ye.
Cantiknya kain2 tu ummi....rambang mata dibuatnya....
ReplyDeletewak pon sukak tengok corak batik nii..,ihHIks
ReplyDeletecantik2 corak nyer
ReplyDeleteassalam, bunda nak tanya selain dari kain batik sarung ada tak batik lepas (batik panjang)..?
ReplyDeletesalam...tahniah buat anak ummiros.
ReplyDeleteCantik2 belaka kain ni...
@MulutPayau;
ReplyDeleteTq MP, cantik dan unik juga kan MP.
@ Wak Gelas™;
ReplyDeleteKalau Wak yang ambil gambar, tentu lagi cantik Wak!
@Kesuma Angsana;
ReplyDeleteTerima kasih KA.
@BUNDA a.k.a KN;
ReplyDeleteWassalam BUNDA a.k.a KN, dulu ummi ada juga jual batik lepas, sekarang dah takde lagi, kalau ada stok baru, ummi bagitau KN ye.
@Shaiful Zaidi;
ReplyDeleteWassalam Shaiful, terima kasih ye.
Kalau ikut jadual esok semua executive Petronas ada meeting di Menara Petronas KL. Anak saudara kakak mesti dapat jumpa anak Ummiross di meja persidangan itu.
ReplyDeleteCantiklah kain batik ini kalau padankan dgn baju kurung plain..
BS062D tu cantik bebeno...nak book 2 lah ummiross...boleh buat sepasang baju kurung....
ReplyDeletesejuk perut ibu mengandungkan...harap2 anak2 mumme berjaya mcm anak2 ummiross juga...nak berguru dgn ummi ni...
ReplyDelete@Kakzakie;
ReplyDeleteOh ye ke Kakzakie, moga2 dapat mereka berkenalan, menjalin ukhwah.
Memang cantik dpadankan dengan kain warna senada, terima kasih Kakzakie.
@MumMe;
ReplyDeleteHehe..boleh2 MumMe, kaler tu cantik tu MumMe, dah boleh bayangkan sesuia sangat dengan MumMe yang lemah lembut.
Terima kasih MumMe, insyaAllah Danish dan Nuha pun akan berjaya dalam karier masing2 nanti.
coraknya cantik
ReplyDeleteTahniah buat anak ummi dan ibunya juga.
ReplyDeleteUmmi tergoda lagi tapi nak tunggu tengok kat laptop.nanti jadi lain warna lagi he he
ReplyDelete@Wanieys a.k.a IbuQalief;
ReplyDeleteCantik ,tertarik dan menarik kain2 ni Wanie..Tq Wanie.
@Acik Erna;
ReplyDeleteHehe..betul3x, kena tengok kat laptop ye Acik. Ok kalau ada yang berkenan roger je ye.