Friday, February 1, 2013

TEMUDUGA DAN TAWARAN JAWATAN DARI PETRONAS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sekadar berkongsi kegembiraan. Ia juga catatan kenangan untuk kami sekeluarga. Beberapa hari lepas ada perkhabaran gembira buat kami. Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdullilah anak bujang bongsu ummiross telah mendapat tawaran bekerja dari Petronas.

Dan kegembiraan kami juga berganda sebab tempat bekerjanya nanti juga di Kuala Lumpur. Jadinya dapatlah ‘si adik’ ni tinggal bersama kami lagi, lengkaplah sekeluarga di KL ni. Bukannya apa, masa anak2 meningkat remaja, kami suami isteri berada di Sarawak, sedangkan anak2 belajar di Semenanjung. Dah tinggal jauh2, jaranglah kami dapat meluangkan masa bersama, nak selalu pergi balik kenalah naik ‘belon’, kosnya pun bukan murah. Kena banyak sabar walaupun selalu rindukan anak-anak. Jarak yang jauh pun satu ujian juga kan. Akhirnya dapat juga kami sekeluarga tinggal sebumbung kembali, sekurang2nya untuk beberapa ketika sebelum anak2 memulakan hidup berkeluarga. Begitulah Allah menggantikan sedikit ujian dengan kegembiraan kan..Alhamdulillah.

Nampaknya selesai sudah musim ‘bertanam anggur’ yang tidak berbuah. Alhamdulillah, tidaklah lama sangat menunggu untuk dipanggil bekerja, lebihkurang 2 bulan setengah setelah konvokesyennya pada penghujung bulan Oktober tahun lepas, entrynya di SINI. Sebagai penerima biasiswa Petronas, memang kena tunggu dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan untuk ditawarkan dengan jawatan yang sesuai jika ada kekosongan, itupun kena lulus temuduga dulu semasa nak tamat pengajian. Sekiranya dalam tempoh 6 bulan tiada  tawaran, baru dibenarkan apply kerja dengan syarikat lain, tapi biasiswa tajaan tu kenalah dibayar balik. Jadi bila dapat tawaran ni syukur sangat, tak payahlah nak bayar balik biasiswa tu.

Ummiross cerita sedikit pasal temuduga ni ye, sebagai panduan adik2 yang masih belajar, sebabnya selepas entry konvokesyen tu, ada yang sms bertanya ummiross pasal scholar Petronas ni.Dalam kes anak ummiross ni, beliau dipanggil interview untuk kali kedua (interview kali pertama tu kira  semua wajib) setelah di shortlisted, dalam 8 orang gitu. Masa interview ni Mr hubby cuti , ummiross pun ikut sekali. Masa dia interview tu, kami suami isteri duk lepak2 kat KLCC, makan2 dulu.

Dalam beberapa minggu,dia diberitahu terpilih untuk jawatan tu tapi kena buat pemeriksaan kesihatan dulu kat Prince Court Medical Centre. Hari Selasa pihak Petronas telefon, offer letter untuk jawatan tu dah dikeluarkan, kena datang ambik kat Petronas Twin Tower KLCC. Jadi hari Rabu baru ni kami ke KLCC lagi, Alhamdulillah, bila dah dapat surat tu baru lega rasanya.

Interview kali kedua ni tak lama sangat berbanding interview pertama. Masa interview pertama tu, kami pergi pagi, sebab kena lapur diri dulu,interviewnya sebelah petang. Lama jugalah kami suami isteri menunggu, dah puas cuci mata kat KLCC,kami ke Masjid As Syakirin, sempat solat zohor berjemaah di Masjid As Syakirin, sempat juga solat hajat dan berdoa agar Allah permudahkan anak kami menghadapi sessi interview dan seterusnya menganugerahkan yang terbaik untuknya. Rezeki Allah yang tentukan kan.., jadi kenalah banyak2 berdoa.

Oklah panjang pulak ummiross membebel. Jom luangkan sedikit masa tengok video ni. Video ni dibuat untuk salah satu assigment subjek tahun akhir,  hasil kerja anak bujang bongsu dan rakan-rakannya, dirakam menggunakan iphone 4s anak umiross tu. Anak ummiross tak berlakon, kerja2 belakang tabir je.Katanya lecturer pun suka video ni. The do's and don'ts during an interview, gelak2 juga, tapi boleh jadi panduan juga sedikit sebanyak buat adik2 diluar sana ketika menghadapi temuduga nanti.

57 comments:

  1. tahniah dan saya dapat merasakan kegembiraan seorang ibu...:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Ummiross
    Mak Wan tumpang gembira dn syukur dng lempahan rezeki Allah untuk si bongsu ummi...semoga mendapat jodog yg direstui dn d redhai

    ReplyDelete
  3. tahniah buat ank ummi..mesti ummi rasa happy sangat2 kan dah berjaya membesarkan dan mendidik anak hingga dah boleh berdikari dan dapat kerja..

    lucu juga sy tgk video tu..

    ReplyDelete
  4. tahniah ummie dan anak ... syukur sgt kan anak bujang ummie tak menunggu lama, pasti hati ummie dan suami dah lega bila anak2 semua dah bekerjaya, dah nampak hasilnya


    memang lucu video tu, memang ada yg macam tu... macam2 peel

    ReplyDelete
  5. tahniah to anak ummi.bukan senang nak dpt keje petronas.

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat si bongsu Ummi. Tahniah juga buat semua ahli keluarga. Dapat rasakan kegembiraan Ummi..

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulillah anak ummiross dah berjaya... :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Ummiross

    Alhamdulillah
    Syukur
    Tahniah

    moga terus berjaya

    ReplyDelete
  9. Syukurlah ummiross. Siapa yg tak gembira bila apa yg dihajati tertunai. Anak saudara kakak ada di Petronas Kerteh. Dulu dia di KL tapi sekarang jadi org T'ganu. Kadang kena offshore 2-4 bulan tau. Income lumayan tapi mak dia selalu bimbang masa dia di offshore.

    Dulu dia pun scholarship dari Petronas juga.

    Tahniah buat ummiross dan anak juga.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi, semuanya adalah kurniaan daripada-Nya ya Ummi...
    Terharu baca tentang kisah Ummi hidup berjauhan dengan anak-anak, tabahnya....

    ReplyDelete
  11. Tahniah utk anak ummi ya..Alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
  12. tahniah buat anak ummi.dan tahniah juga buat ummi serta suami.best video tu

    ReplyDelete
  13. @Supiah Abu;
    Terima kasih Mak Wan. amin2x..moga Allah perkenankan.

    ReplyDelete
  14. @Kasih Salina;

    Terima kasih Salina.

    ReplyDelete
  15. @ibuintan;

    Terima kasih ibuintan, Alhamdulillah.
    Yelah macam2 gelagat kan kalu tidak bersedia untuk interview.

    ReplyDelete
  16. @Syida;

    Terima kasih Syida. Yelah kan, Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  17. @Nor Salmi;

    Terima kasih Mie, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  18. @MumMe;

    Yelah MumMe,lega rasanya, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  19. @ atuk;

    Alhamdulillah, terima kasih atuk. Amin2x..

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum ummi. lama tak jenguk ummi. moga sihat2 hendaknya:) Syukur alhamdulillah murah rezeki anak Ummi dilamar petronas:) dulu masa kerja petronas main client yg ditatang bagai minyak yg penuh hehe

    ReplyDelete
  21. @ Kakzakie;

    Terima kasih Kakzakie. Oh Kerteh ye, ummi selalu lalu kat situ kalau balik Terengganu.
    Yelah klu offshore memang risau juga kan.

    ReplyDelete
  22. @ FnF Simple Life;

    Terima kasih ye..

    ReplyDelete
  23. @Amie;

    Alhamdulillah, terima kasih Amie. Yelah, duduk jauh2 mestilah rindu anak2 kan Amie..

    ReplyDelete
  24. @Wanieys a.k.a IbuQalief;

    Alhamdulillah, terima kasih wanie.

    ReplyDelete
  25. @ inazamri;

    Terima kasih ina. Hehe..nak tergelak juga kan tengok video tu.

    ReplyDelete
  26. tahniah buat anak bongsu ummi dan juga ummi sekeluarga.
    Biasanya student yang ada scholarship dpd Petronas ni mmg xperlu takut dgn career life.
    pointer cantik...insya Allah pasti dipanggil bekerja.
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah..tahniah... Seronoklah akk nnt... :D

    ReplyDelete
  28. tahniah...ummi moga tak berjauhan lagi ye....

    ReplyDelete
  29. TAHNIAH buat si bujang ummi, TAHNIAH utk ummi dan suami krn mampu lahirkan anak2 yg cemerlang....Tumpang bangga dgn kejayaan anak2 ummi......Alhamdulillah, moga si bujang ummi jadi seorg pekerja yg cemerlang.......

    ReplyDelete
  30. tahniah... pasti jaya dgn adanyer doa seorang ibu kan

    ReplyDelete
  31. Syukur alhamdulillah. Jadi orang minyaklah ye anak ummiross.

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah.. seronoknya dengar berita baik ni.. syukur.. tak perlu nak berpisah lagi kan.. tahniah untuk ummi sekeluarga.. semoga anak ummi terus mendapat keberkatan rezeki hendaknya..

    ReplyDelete
  33. bukan calang2 orang dapat peluang keje kat tmpt mcm tu ummi... tahniah utk anak ummi dan utk ummi juga atas doa yang tak pernah putus utk anak2

    ReplyDelete
  34. tq sudi singgah blog saya. Akak apa khabar?

    ReplyDelete
  35. @ Sweet N Pretty;
    Waalaikumussalam Intan..Alhamdulillah ummi sihat walafiat.
    Terima kasih Intan. Oh dulu pernah keje Petronas juga ke?

    ReplyDelete
  36. @ shaiful zaidi;

    Terima kasih Shaiful..

    ReplyDelete
  37. @RedRose;

    Terima kasih RedRose. Alhamdulillah, rezeki.

    ReplyDelete
  38. @Warna Warni Kehidupan ;

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  39. @ yan's cottage;

    Terima kasih Yan, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  40. @NzA;

    Terima kasih NzA. Alhamdulillah, moga anak2 kita semua berjaya dalam kehidupan mereka dan tidak mengabaikan akhirat juga kan NzA.Anak2 NzA pun, Alhamdulillah cemerlang semuanya.

    ReplyDelete
  41. @ Kesuma Angsana;

    Terima kasih KA.Alhamdulillah atas kurniaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  42. @JunAina;

    Alhamdulillah, syukur Jun. hehe..lama tak dengar istilah orang minyak tu..

    ReplyDelete
  43. @ Hanis Azla;

    Terima kasih hanis kerana berkongsi kegembiraan.Yelah Hanis, seronok dapat bersama2 satu keluarga, keluarga kecik tapi hati tetap bahagia, hehe..

    Amin2x..

    ReplyDelete
  44. @NM03;

    Terima kasih NM03, syukur Alhamdulillah atas kurniaan Allah SWT.Moga qays juga menjadi insan yang berjaya dan anak soleh berkat doa NM03 suami isteri.

    ReplyDelete
  45. @nea lopah;

    Sama2 nea lopah. Alhamdulillah, kabar baik. Singgah lagi ye.

    ReplyDelete
  46. Sesaja kakak dtg menjenguk Ummiross. Moga sihat:)

    ReplyDelete
  47. @Kakzakie;

    Thank you2x Kakzakie, Alhamdulillah,ummi sihat, bz je skit lately ni.

    ReplyDelete
  48. salam kak,

    alhamdulillah...tak payah tunggu lama nk dpt keje

    btw, dia join unit mana tu kat Petronas?

    ReplyDelete
  49. @Ina Hashim;

    Wassalam ina..
    Alhamdulillah, rezeki.
    Kat KLCC ina..

    ReplyDelete
  50. aah Ina tahu kat KLCC :D
    tapi attached to which unit kat sana ye?

    ReplyDelete
  51. Oh unit ye, hari tu rasa ada anak bagitau tapi ummi ni cepat lupa, kena tanya baliklah nanti.
    Anyway..Tq ye ina dan juga semua lecturer yg pernah mengajar anak ummi...jasamu dikenang.

    ReplyDelete
  52. :D

    selamat berbakti kepada negara--> ucapan buat anak ummi ye

    ReplyDelete