Thursday, February 21, 2013

SENJAKALA SENJA KERA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Semenjak dari kecil dah biasa dengar nama Bukit Malawati ni, sinonim dengan tempat melihat anak bulan. Selalu teruja bila diumum tarikh melihat anak bulan, maknanya dah nak puasa dan kemudian seronok pula untuk beraya. Dah tua-tua baru berkesempatan menjejak kaki ke sini. Haish!!, nostalgia betul, bila dah jejak kaki ke sini, tak sabar-sabar pula rasanya nak tunggu Ramadhan datang lagi (ps; tentu sekali nak berpuasa tak perlu tunggu Ramadhan, puasa sunat elok diamalkan, tapi keseronokan dan keistimewaan puasa Ramadhan pasti lebih terasa).

DSC_1152
Memang cantik view atas bukit ni, dah ramai yang tulis.

Jadi kita layan jelah aksi-aksi kera yang mesra di sana, dari lensa kamera ummiross yang tak seberapa…

DSC_1076
Hehe..kebetulan, sidia ni menyambut kedatangan kami.

 

DSC_1058
Monung je jang!

 

DSC_1122
Ahaks!, cari kutu ke bang?


DSC_1103
Heroin: “Majuk ni, cepatlah pujuk.” Hero: “Ada aku kesah!”.

 

KASIH SAYANG.

Kasih ibu kera, kasih bapa kera, kasih anak kera, touching kan…

DSC_1106DSC_1102DSC_1134DSC_1130DSC_1140

DSC_1146
Ala tomei-tomei...!

 

SENJA KERA

DSC_1052abDSC_1066DSC_1051
Hohooo…takmo, takmo..takmo jadi macam senja kera, melangup dan berlalu lagi satu hari dengan sia-sia. Kami tinggalkan Bukit Malawati ketika senja mula bertandang. Alhamdulillah sempat solat maghrib di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor yang tersergam indah. Melancong..melancong jugak, jangan sampai melencong.

InsyaAllah, nama Bukit Malawati akan kedengaran lagi menjelang Ramadhan nanti. Moga panjang umur kita semua….aamiin!.

46 comments:

  1. salam ummi..

    wah ke kuala selangor ya.. tak tgk kelip2 sekali ke?

    ReplyDelete
  2. baby monkey tu comel..bulu kaler oren...tp saya mmg tak berani nak dekat dgn makhluk mcm ni hehe

    ReplyDelete
  3. Saya pun suka naik ke situ. Nampak laut...cantik.

    ReplyDelete
  4. Byknya kera.... kelakar pulak tgk telatah kera2 nie.. hihhihi

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ummiross

    lama dah tak naik bukit melawati tu... asyik kat taman melawati ajer..

    ReplyDelete
  6. membiak betul depa nie........
    Semoga masih diberi peluang utk menyambut Ramadhan.

    ReplyDelete
  7. pernah naik sekali je dulu, masa tu anak sekolah kt sana.

    sakan cik kera berposing ya ummi:)

    ReplyDelete
  8. wak pon dh lama x dtg bukit melawati ni makk.., ahhks

    ReplyDelete
  9. banyaknya Ummie... pandai pulak bersantai2 kat muncung meriam tu

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Ummi,
    terakhir kami ke Bukit Malawati pada Aidil Fitri tahun lepas, ambil kesempatan masuk galeri sejarah & cerita dengan anak-anak tentang sejarah negeri Selangor...memang tiap kali balik kampung suka lepak di situ, sambil menikmati cendol dekat2 kera & meriam tu!

    ReplyDelete
  11. pernah gi sini sekali jek dan munyit2 itu memang peramah hehe

    ReplyDelete
  12. gambar cantik2 ummie , bee gak tk smpai ke sini haha

    ReplyDelete
  13. @Hanis Azla;

    Wassalam Hanis..
    Ye Hanis,n3 tertangguh ni, pergi jalan2 cari makan, tak sempat tengok kelip2 lagi Hanis, insyaAllah satu hari nanti.

    ReplyDelete
  14. @ ❤Kamsiah❤;

    Yelah kan, ketara benar beza warna dengan maknya. Ummi pun zoom dari jauh tu, takut juga, hehe..

    ReplyDelete
  15. @ Aziela;

    Santai2 dengan family sekali-sekala, ok juga kan kat atas tu.

    ReplyDelete
  16. @ Ratu Hatiku;

    Hehe..teringat pula lagu Alleycats, kita tengok kera atau kera tengok kita ni, hihi.

    ReplyDelete
  17. @ atuk;

    Waalaikumusssalam atuk..

    Taman Melawati ummi tak pernah sampai atuk,biasa dengar je.

    ReplyDelete
  18. @NzA;

    Yelah NzA, beranak pinak, banyak yang baby lagi tu..

    InsyaAllah.. moga2 dipanjangkan umur, berjumpa Ramadhan lagi kita ye NzA.

    ReplyDelete
  19. @ Sweet N Pretty;

    Jadilah sekali kan Intan, sekurang-kurangnya dah pernah sampai.

    hehhe..macam2 gaya posingnya, yang tak tercapai dek akal pun ada.

    ReplyDelete
  20. @Wak Gelas™;

    Hehe..ummi pun baru first time ke sana, seronok hati mak nak!

    ReplyDelete
  21. @ ibuintan;

    Kalau kita sah2 gayat kan ibuintan..

    ReplyDelete
  22. @ Amie;
    Waalaikumusssalam Amie..

    Amie orang Selangor kan, tentu dah biasa di sana,ummi baru nak berkenalan dengan kera2 tu hehe..

    ReplyDelete
  23. @Norizan J;

    Hehe..peramah kan, jadi daya penarik juga ni, seronok tengok gelagat si munyit ni.

    ReplyDelete
  24. @puanbee;

    gambar hentam keromo je bee, monyet2 tu yang pandai posing, hik!.
    Takpe, dekat je bee, nanti boleh jenguk siMon yang manja2 dan peramah tu..hehe.

    ReplyDelete
  25. hahaha lawak jer baca....rumah cikgu yg pertama kat brunei pun banyak kera. masa awal2 duduk tu, lepas subuh jer dengan bunyi dentam dentum kat atas bumbung. Semua orang terdiam sebab ingatkan makhluk yg tak diundang. Rupanya2 adik beradik kera datang main2....huh

    ReplyDelete
  26. saya belum pernah sampai kat sana..cantik viewnyer yer..alamak bykk kera..takut arr

    ReplyDelete
  27. errrr...kera? huhuhuhu. kalau we all lah, anak beranak tak berani nak kuar keta. hak hak hak

    ReplyDelete
  28. tak pernah smpi lg cni...
    best tak ummi jln2 cni..kalau idak nk try jugaklah...hehe

    ReplyDelete
  29. suka tgk yg kecik2 tu cute hehehe

    ReplyDelete
  30. as-salam Umi..
    macam2 aksi kera2 tu..suka tengok pic anak kera dgn family dia..

    ReplyDelete
  31. @CeqGu;

    Hehe CeqGu, sekali-sekala bermesra dengan depa ni, seronok juga. Tapi kalau sampai kat atas bumbung rumah risau juga kan, tambahan kalauada anak kecik..

    ReplyDelete
  32. @ izan mama mia;

    Ummi pun kali pertama ke sana izan, jalan2 cari makan sekali.

    ReplyDelete
  33. @RedRose;

    Hehe..betul tu, kalau ada anak kecil risau juga. Ummi pun berhati2 juga, ambil gambar tu zoom je dari jauh, hik!

    ReplyDelete
  34. @Jemarisuri;

    JS..kalau nak pergi, kena 2in1, selain naik bukit tu, jangan lupa cari seafood di Kuala Selangor, boleh singgah Bagan Lalang, best!!

    ReplyDelete
  35. @Kesuma Angsana;

    Betul tu KA, cute pula si baby munyittt ni, hik!

    ReplyDelete
  36. @MaMa Rey;

    Wassalam Mama Rey..

    Ibu mithali kan depa tu, nampak caring sangat.

    ReplyDelete
  37. Tak pernah lagi pergi ke B.Melawati tu....

    ReplyDelete
  38. kelas betul kera2 tu membarikan posing terbaik...agaknya dah jinakkan ummiross...wah...seronok ronda2 kuala selangor...

    ReplyDelete
  39. banyaknya monkey..kalau wani xberani la dgn monkey2 ni ummi hehe

    ReplyDelete
  40. Pantas ummiross captured ye. Betapa komuniti binatang bagaikan penuh dgn kasih dan sayang - manusia pulak yg tunggang-langgang. Moga tidaklah kita.

    Cantiklah pemandangannya. Kakak pernah duduk di Taman Melawati (masa tunggu result SPM masa tu - lama dah) tapi tak pernah ke sini..

    ReplyDelete
  41. ummi!!!!!!! nasib baik masa saya pegi dua minggu lepa depa2 ni takde.. kalu tidak mau menjerit terjut bukit kot saya masa tu. hahaha

    ReplyDelete
  42. @MulutPayau;

    MP..ummi pun baru first time tu, saja2 nak kenal kan.

    ReplyDelete
  43. @MumMe;

    Hehehe..terbaik kan MumMe, posing bagai sikera tu, nak tergelak pun ada tengok macam2 gelagat.
    Hujung minggu MumMe, selalu je anak2 ajak2 jalan2 cari makan.

    ReplyDelete
  44. @ Wanieys a.k.a IbuQalief;

    Memang banyak Wanie, jinak2 semuanya tapi ummi pun tak berani pergi dekat sangat, kamera zoom je tu wanie,hehe..

    ReplyDelete
  45. @Kakzakie;

    Betul Kakzakie, nampak sangat depa ni sayangkan anak2, ada yang memeluk, ada yang menyusu, ada yang menjaga baby dengan penuh kasih sayang.Dari haiwan pun ada pengajaran kan Kakzakie.

    ReplyDelete
  46. @NM02;

    hehehe..takut dengan sikera ye NMO2, masa ummi pergi tu banyak betul, ummi ingatkan setiap masa ada je kera tu, rupanya ada juga masa takde ye.

    ReplyDelete