Tuesday, February 26, 2013

KUARTERS KERAJAAN PUTRAJAYA AKHIRNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sejak dari hujung minggu lepas ummiross menyepi diri, tanpa entry. Dalam diam banyak urusan yang terpaksa diselesaikan, urusan bisnes dan juga urusan keluarga. Kepala ni pun dah dua hari berdenyut,nyut..nyut,,nyut, makan ubat, tahanlah sekejap. Takpelah kan sakit sikit-sikit, baru terasa nikmatnya sihat. Lagipun dah terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan, lalu jika diuji dengan sedikit kesakitan atau kerumitan atau kesusahan, pasti terasa malu untuk  berkeluh kesah. Moga Allah memberi kesembuhan yang cepat, kesihatan yang baik bukan sahaja untuk kelangsungan aktiviti harian, tapi juga untuk terus istiqomah dalam beramal ibadat.

Dalam sakit kepala, sempat juga ronda-ronda ke Putrajaya petang semalam. Bukan apa, bersemangat nak survey kuarters kerajaan yang ditawarkan kepada Mr Hubby. Nilah rumah yang ditawarkan untuk diduduki, lot tepi, luas kawasannya. Memang semasa baru berpindah kami ada memohon kuarters tapi semuanya dah penuh. Mungkin pada awal tahun begini, ada kakitangan yang berpindah dan sebagainya, jadi adalah kekosongan.

 

IMG_6439

Persekitaran yang hijau dan damai. Lokasi yang sangat dekat dengan tempat kerja Mr Hubby dan anak bujang sulung juga, anak bujang bongsu pun boleh je menggunakan kemudahan ERL transit di Putrajaya Sentral untuk ke pejabat. Tak jauh dari Masjid Putra yang indah. Sewa pun lebih murah dari rumah yang diduduki sekarang. Hmmm banyak yang positif….kami sedang mempertimbangkannya.

IMG_6441

 

Ni pula FM dari rakan blogger yang selalu dekat dihati. Terima kasih banyak-banyak NzA, atas ingatan, cantik FM dari Vietnam ni, sape2 yang berminat nak ke melancong ke Vietnam, bolehlah ‘godeh2’ blog NzA ye, banyak info tentang percutian di Vietnam, berdasarkan pengalaman percutiannya sendiri. To NzA, salam sayang sokmo dari ummi..!

IMG_6445

Ok..nanti kita sembang-sembang lagi ye. Wassalam.

32 comments:

  1. cantik...bersih dan hijau persekitarannya ummi...

    ReplyDelete
  2. Tenang dan mendamaikan sekitar kuaters tu Ummi... hijau je sekelelingnya! Tentu seronok dapat duduk di situ...

    ReplyDelete
  3. ummi slmt menjadi warga putrajaya...nti blhlah js p jenjalan umah ummi nti...hehe..

    samalah plak souvenior yg sis nza kasi ngan ummi..lum smpt lg js nk story mory pasal tu...^^

    ReplyDelete
  4. nampak sejuk persekitarannya dgn pokok2 besar hijau camtu best.byk kemudahan dok putrajaya tu kak.nanti leh la ina jln2 sana singgah umah kak hehehhe

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut mata kakak dah cantik benarlah tu Ummi. Selesa dan lagi en hubby Ummi pun mudah nak ke tempat kerja. anak-anak dekat dgn ummi mereka mudah nak makan masakan airtangan ummi sendiri..

    ReplyDelete
  6. sejuk je mata memandang.best la persekitaran hijau!

    ReplyDelete
  7. Cantiknya kuarters tu ummi...nmpk dlm pic pn dh tau aman damai...Moga segalanya dipermudahkan....

    Sama2, itu je yg mampu diberi sbgai kenangan utk rakan2 yg disygi..Syg ummi!!!muah!!!!

    ReplyDelete
  8. salam ummi..

    kuarters di putrajaya memang cantik2 belaka.. klu ummi pindah sana dah tak jadi org bangi lagilah yer.. he..he..

    semoga segala urusan ummi dan keluarga berjalan dengan lancar hendaknya.. take care ummi

    ReplyDelete
  9. seronok lah nanti kat sini ye ummi

    ReplyDelete
  10. bestnya dapat kuarters... besar lak tu...

    ReplyDelete
  11. Saya ada juga sedara-mara yg duduk area2 situ Ummi.. mmg best walau rumah tak berpagar kalau saya tak silap, lama dah tak ke sana.

    Thanks singgah blog saya dan komen.

    ReplyDelete
  12. best ummi kuarters tu. ada sepupu yg duduk kuarters camtu. cuma part nk pack n unpack brg yg bercinta tu hehe. apapun saya sokong ummi pindah:D

    ReplyDelete
  13. area putrajaya mmg cantik...terancang dan terjaga,fasiliti bagus...mcm berada di Florida... :) hu hu hu...sedih la juga sbb ummiross jauh sikit nanti dari sini...

    ReplyDelete
  14. @Kamsiah;

    Yelah Kam, rasa macam dah jatuh hati dengan persekitarannya tu.

    ReplyDelete
  15. @Amie;

    Ummi suka suasana disitu Amie,damai je nampak.

    ReplyDelete
  16. @Jemarisuri;

    Hehe,,tq JS, berjiranlah kita nanti ye. Boleh2 JS, kalau jadi pindah bolehlah kita saling menziarahi.

    ReplyDelete
  17. @inazamri;

    Boleh2 ina, kalau jadi pindah, bolehlah singgah rumah ummi bila ina ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  18. @ Kakzakie;

    Betul tu Kakzakie, ummi pun fikir macam tu. Terima kasih memberi semangat nak berpindah kepada ummi, hihi..

    ReplyDelete
  19. @Syida;

    Masa pergi tengok rumah tu kan Syida, memang ummi rasa macam suka sangat dengan persekitarannya tu.

    ReplyDelete
  20. @NzA;

    NzA..memang cantik dan tenang persekitarannya NzA, ummi suka.Amin2x..
    Terima kasih atas ingatan, salam sayang dari ummi, mmmuah!!!.

    ReplyDelete
  21. @Hanis Azla;

    Wassalam Hanis. Yelah Hanis, dah terasa sayang dengan Bangi, seronok juga disini,banyak tempat makan best2, hehehe..
    Terima kasih Hanis, insyaAllah.

    ReplyDelete
  22. @Kesuma Angsana;

    InsyaAllah KA,terima kasih.

    ReplyDelete
  23. @NM02;

    Alhamdulillah NMO2,nampak macam selesa, kami baru tengok2 kat luar je, belum masuk kedalam.

    ReplyDelete
  24. @Miss Mirror a.k.a Sam ;

    InsyaAllah, jika berpeluang, nanti dapatlah ummi beramah mesra dengan warga Putrajaya pula.

    Sama2 kasih, ummi dari blog Bunda, ternampak link kat situ.

    ReplyDelete
  25. @Sweet N Pretty;

    Terima kasih Intan kerana menguatkan semangat ummi untuk berpindah, memang fikir tang nak pack and unpack tu yang jadi lemah semangat sikit ni.

    ReplyDelete
  26. @MumMe;

    Waa bestnya..Florida Malaysia, jadi bersemangat pula nak berpindah, hehe.

    Yelah MumMe, dah jauh sikit kan,sedih jugaaa... nampaknya plan kita yang satu tu tak kesampaianlah setakat ni.

    ReplyDelete
  27. wah ummi nyamanya nengok...persekitaran yg hijau mcm tuh

    ReplyDelete
  28. best ummi...kuarters kat situ cantik2...dengan kawasan yang hijau mendamaikan....

    ReplyDelete
  29. ummi comel fm yg ummi dpt tu...murah rezeki

    ReplyDelete
  30. hijau suasana..kalau dilihat melalui pic tu nampak best..selesa tinggal situ

    ReplyDelete
  31. @ Wanieys a.k.a IbuQalief,yan's cottage, izan mama mia,MaMa Rey;

    Terima kasih ye.

    ReplyDelete