Monday, November 5, 2012

DIANA DANNIELE DAN BATIK SARONGNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah bertemu lagi kita diminggu yang baru. Seperti biasa aktiviti hari minggu penuh. Hari ni baru dapat berlama-lama sikit depan lappy. Tertarik pulak tengok gambar-gambar perkahwinan Diana Danielle dan Farid Kamil, sama cantik sama padan. Yang paling ummiross tertarik pada batik sarongnya. Baju potongan moden putih dipadankan dengan batik sarong berwarna pink. Gabungan moden dengan budaya tradisi pemakaian batik sarong, sopan dan manis sekali. Comel pula Diana bertudung kan…

Kalau nak tengok kain yang ‘sewaktu’ dengan kain Diana tu bolehlah klik kat SINI ye. Hehe..promo!

Bersama Keluarga Farid Kamilgambar-sekitar-pernikahan-diana-danielle-dan-farid-kamil14
Gambar dari Mr google – perkongsian oleh astro Awani.

Hujung minggu lepas terima souvenir dari rakan blogger, keychain dari kain felt, cantik sangat, ummi kalau barang kraf tangan ni suka sangat. Kata JS keychain ni untuk pengkomen tegar di blognya, so ummiross ni salah seorang daripadanya. Terima kasih ye JS, muahhh!!!

IMG_4893

Terima kasih juga kepada customer ummiross dari Sabah kerana belian borong kain pasang etnik kod KPH untuk dijadikan uniform di sekolah beliau. Terima kasih juga customer dari Perak  dan Pulau Pinang.

Jennier
Kod: KPH-246M
Pos : 2hb.11,2012
Treking :CD106326343MY

Nor Azizah
Kod: RD10pcs
Pos : 2hb.11,2012
Treking :CD106326365MY

Nor hasmidar
Kod: BS-2pcs
Pos : 2hb.11,2012
Treking :EM263095022MY

20 comments:

  1. Sayapun berkenan tgk Diana pakai batik sarong tu.. Cantik sangat..

    ReplyDelete
  2. salam ummi Ross..mmg cantik kain batik sarong tu..tambahan pula org yg memakainya pon cantik sgt!:D

    ReplyDelete
  3. @Nor Salmi;

    Ye lah Mi, jarang artis memilih untuk menggunakan sarong macam tu kan, memang nampak cantik dan sopan..

    ReplyDelete
  4. @♥♥azatiesayang ♥♥;

    Wassalam atie...

    Cantik kan atie, padanan pink putih tu pun memang kena, menambah seri pengantin.

    ReplyDelete
  5. maaf lambat bertandang ke sini...
    dok tgk picture kawen diaorg ni tp blh tak perasan pengantin pompuan pakai batik sarong...punya la tak peka...satu kelainan la...:)

    ReplyDelete
  6. Assalam ummi... mula-mula tengok mcm pelik sikit sbb belum pernah org kahwin pakai kain batik tp lama2 perati tersangatlah cantiknya.. kena sgt putih dan pinknya...bertambah ayu Diana

    ReplyDelete
  7. simple dan unik... jarang sekali org nikah guna batik... btw... so sweett... hope jodoh dorg berpnjgn..

    ReplyDelete
  8. Salam ummi..

    Mmg DD nampak lebih ayu bersarung batik macam tu.. mmg akan ramailah yang akan cari ummi untuk mencari batik2 yg cantik sebegitu..

    ReplyDelete
  9. @Aishah Jahirah;

    hehe..ummi ni jual batik, agaknya tulah cepat je nampak bati sarong tu. Comel kan Aishah.

    ReplyDelete
  10. @ibuintan;

    Wassalam ibuintan..
    Yelah kan,satu kelainan, tapi tetap cantik menawan!

    ReplyDelete
  11. @dwaty;

    Yup dwaty, comel kan!, moga berkekalan jodoh hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  12. salam ummiross..betol tu ummi, cantik diana danielle pakai batik camtu..unik dan ada kelainan..

    ReplyDelete
  13. @Hanis Azla;

    Wassalam Hanis..

    Ayu sangat kan Hanis, pasangan sama cantik sama padan. Hehe..insyaAllah, tq Hanis.

    ReplyDelete
  14. a'a cantik kan diana pakai kain sarong tu...kena dgn kulit dia yg putih melepak tu :-)

    ReplyDelete
  15. sweet je diana pakai tudung.....kain batik tu pn kena dgn tuannya.....

    ReplyDelete
  16. @Kasih Salina;

    Wassalam Salina...

    Cantik kan, nampak Ayu je, memang ada kelainan.

    ReplyDelete
  17. @Wanieys a.k.a IbuQalief;

    Ye lah Wani cantik dan putih pulak tu, nampak berseri dengan pink-putih.

    ReplyDelete
  18. @NzA;

    Kan NzA, sweet dan comel je DD tu.

    ReplyDelete
  19. sempoi je wedding die ala2 cam retis indon ye he he he

    ReplyDelete
  20. @Kesuma Angsana;

    hehehe..yelah KA, gaya tradisi moden.

    ReplyDelete