Friday, August 12, 2011

SONY GANTI PLAYSTATION KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG DIROMPAK.

Pelajar Malaysia, Ashraf Haziq yang menjadi mangsa rompakan semasa rusuhan di London mendapat perhatian media antarabangsa. Warganegara Britain turut merasa kesal dengan apa yang berlaku, perbuatan tidak beradab segelintir masyarakat, berpura2 untuk menolong tetapi sebaliknya merompak mangsa yang dalam kesakitan akibat kecederaan rahang selepas diserang perusuh. Harap Ashraf cepat sembuh, take care ye Ashraf.

Ramai yang bersimpati dengan Ashraf dan cuba membantu dengan cara masing2. Terbaru ummiross ada baca berita yang pihak Sony bercadang untuk menggantikan Playstation Portable dan games yang dicuri. Namco Bandai pulak mengumumkan akan memberi beberapa video games untuk Ashraf.

Ada jugak website yang membantu mengumpulkan sumbangan buat Ashraf seperti JustGiving. Setakat ni jumlah terkumpul sebanyak £11,229.23. Boleh jugak klik Let’s Do Something Nice For Ashraf Haziq (+Others), macam sumbangan yang dia orang nak bagi antaranya, gitar, basikal dll. Harap2 mereka ni serius dan tidak pula mengambil kesempatan.

Bila tengok Ashraf ni teringat anak2 ummiross yang sebaya dengannya. Jom kita dengar apa kata Ashraf dalam sidang akhbar. Klik SINI untuk berita sepenuhnya.

Sumber : Youtube n Channel 4 News

A true story from Ashraf, tapi maaflah ye, audio tak jelas…

Sumber: Youtube

22 comments:

  1. Assalamualaikum Ummiross

    saya doakan ajer untuk kesejahteraan beliau

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah ramai yang care about Ashraf..sian dia sorang2 kt sana..mak ayah plak kat sini..atleast terubat gak dia bila ramai nak membantu kan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. ramai yg mahu membantu di saat dia diperlakukan sebegitu.. semoga keadaan di sana cepat redanya..

    ReplyDelete
  4. memang kesian,moga2 mrk bukan ambil kesempatan...blog akak semakin cantik la...

    ReplyDelete
  5. mmg ujian besar utk dia di bln puasa ni. baru je sampai sana 4 minggu dh ditimpa musibah. apapun respek atas kecekalan ashraf ni. moga cepat sembuh & teruskan pengajian

    ReplyDelete
  6. mungkin ada hikmah d sbalik kejadian tu..apa pon kuat kan semangat Ashraf !

    ReplyDelete
  7. sampai hatikan manusia yg xbrhati perut nie..moga ashraf cpt pulih.

    ReplyDelete
  8. ala, URL has been blocked. tak dapat tengok video~
    balik nanti la jawab ye kalau internet laju~ sob

    ReplyDelete
  9. @Rozali;
    Waalaikumussalam Rozali..
    Hmm hanya doa yang kita iringkan untuk beliau...moga cepat sembuh.

    Selamat berbuka jugak.

    ReplyDelete
  10. @Amiey lee;
    Betul tu Amiey, ramai yang sudi membantu, Alhamdulillah. Mak ayahnya pun tentu lega dengan keaadaannya sekarang.

    ReplyDelete
  11. @Hanis Azla;
    Ye lah Hanis, syukur ramai yang sudi membantu.Harap2 cepat reda kan, ramai jugak rakyat Malaysia kat sana.

    ReplyDelete
  12. @Maya Mayana;
    Harap2 yang menolong tu memang ikhlas. Hehe,tq Yana, hari tu puanbee tolong buatkan.

    ReplyDelete
  13. @Sweet N Pretty;
    Ye lah Intan, tak mudah patah semangat Ashraf ni, bagus budaknya.

    ReplyDelete
  14. @khairul;
    Ye lah khairul, mungkin ada hikmahnya, Allah maha pengasih.

    ReplyDelete
  15. @NzA;
    tengok video yang dia dirompak tu , memang geram kat dia orang, macam takde belas kasihan kan NzA.

    ReplyDelete
  16. @dhiera;
    hehe, jangan lupa tengok ye dhiera.

    ReplyDelete
  17. kesian ummie tengok video masa dia dirompak tu .. bukan nk tolong depa tambah lagi .

    ReplyDelete
  18. Ye lah bee,dahlah terpaksa tahan sakit akibat cedera.Tapi mujur jugak mereka tak cederakan dia,kalau tidak tentu bertambah teruk

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Yong Ummi,
    Dia nasib baik tak kena tikam atau dibelasah sampai mati, dlm keadaan huru-hara tu apa2 buleh berlaku. Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  20. Waalaikumussalam Kak Halima;
    Betul tu kak, dalam riot macam tu orang hilang
    pertimbangan,nasib baik betul dia, syukur sangat2.

    ReplyDelete
  21. kalo dah dapat banyak tu hulur jugak la kat kitorang ni yea... sedekah bulan posa

    ReplyDelete
  22. @cemomoi;
    hehe, boleh gak kan cemomoi...

    ReplyDelete