Monday, August 15, 2011

MAJLIS KHATAM QURAN

Alhamdulillah, semalam telah selamat majlis khatam Al Quran bagi grup tadarrus yang ummiross sertai. Terima kasih tak terhingga kepada ustaz Haji Hashim Man, imam Majid At-Taqwa, Kg Gita, Kuching, kerana sudi memimpin majlis dan bacaan kami, dan atas doa yang amat menyentuh hati. Moga amal yang sedikit dari kami ini diterima Allah jua, moga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus membaca dan menghayati Al Quran, Amin..!.

IMG_6088
Menunggu majlis bermula…

IMG_6089 
Majlis bersurai, terima kasih ustaz..

IMG_6083
Cenderahati untuk semua yang menyertai taddrus,
dalamnya ada kurma dan gula2.

Syukur jugak kehadrat Ilahi kerana tadarrus kali ini menemukan ummiross dengan ramai rakan2 baru yang sangat2 meraikan dan baik hati. Moga ukhwah berkekalan wahai sahabat baru ku…

18 comments:

  1. Alhamdulillah.. dah selamat khatam Al-quran utk ramadhan ini.. seronok mendengarnya.. seronok juga kerana ummi dpt kenalan baru yg baik hati..

    ReplyDelete
  2. alhamdulliah dah selesai bertadarus.. Dah prepare buat kukis ker belum?

    ReplyDelete
  3. Syukur Alhamdulillah, dh selesai program bertadarus....cepat ye ummi selesai khatam...SK sy mayb minggu depan sblm cuti SK....

    ReplyDelete
  4. tahniah ummi dh khatam Quran ramadhan ni:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ummiross

    kami buat hujung ramadhan nanti

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. @Hanis Azla;
    Alhamdulillah, ummi tunggu giliran Hanis pulak.

    ReplyDelete
  7. @Lily Elyna;
    Syukran ya ukhti, usung ummiross sana sini dengan WISH, hik!

    ReplyDelete
  8. @kak ina kl;
    Alhamdulillah..
    belum lagi kak ina, minggu akhir nanti kot buat sikit2

    ReplyDelete
  9. @NzA;
    Hehe kami semua tak keje, boleh berlama2 mengaji. Teringat jugak tadarrus masa mengajar dulu, ramai2 kat surau dengan anak murid,seronok!

    ReplyDelete
  10. @cemomoi;
    InsyaAllah cemomoi, tak lama lagi khatam lah tu.

    ReplyDelete
  11. @Sweet N Pretty;
    Alhamdulillah Intan, syukran

    ReplyDelete
  12. @Rozali;
    Waalaikumussalam Rozali;
    Alhamdulillah, moga majlis diberkati Allah. Rahmat bagi orang2 yang sentiasa membaca Al Quran.

    ReplyDelete
  13. allhamdulillah umiie.. moga bee panjang umur dah tua2 nanti boleh ikut mcm ummie :)

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah bee, moga dipanjangkan umur dan dipermudahkan Allah SWT

    ReplyDelete