بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Dari Greece kami terbang ke Itali untuk menikmati percutian 3 hari dua malam di “Kota Cinta” yang dikatakan menerima lebih dari 20 juta pelancong setiap tahun.
Apa yang menakjubkan tentang Venice? Yup bandar yang dibina sepenuhnya atas air dilatari dengan senibina bangunan yang menakjubkan. Venice mempunyai 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh terusan dan dihubungkan dengan jambatan2 kecil yang unik berbentuk ‘curve’.
Untuk penginapan, kami memilih hotel yang berhampiran dengan restoran/kiosk yang menyediakan makanan halal. Caranya google je ye, tak susah mendapatkan makanan halal di Venice yang diusahakan oleh muslim keturunan Arab, Pakistan,India dll.
Ini lorong ke hotel kami. Ke hadapan sedikit ada cafe yang dimiliki oleh pasangan muslim, suaminya keturunan Arab manakala isterinya orang tempatan. Olala..pasti pizzanya sedap bangat.
Ini bilik hotel penginapan kami, selesa dan cantik dengan struktur binaan kayu pada silingnya.
Kami memilih untuk menyewa hotel di Venice berbanding mainland agar kami betul-betul dapat menikmati suasana di Venice dari mula terbit hinggalah terbenamnya matahari. Walaupun sewanya agak mahal sedikit, tetapi sangat berbaloi.
Menyelusuri setiap bahagian pulau dengan berjalan kaki sambil melihat bot lalu lalang diterusan yang diapit oleh bangunan dengan senibina yang unik sangat mendamaikan hati.
Sekali-sekala kami menggunakan water boat untuk bergerak dari pulau ke pulau.
Kami banyak berjalan kaki untuk mengunjungi tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong. Cuaca sejuk dan nyaman, sehingga tidak terasa penat walaupun jauh kami mengatur langkah.
Topeng-topeng ni memang sinonim dengan Venice
Grand Canal merupakan “major traffic corridors’ di Venice.Laluan pengangkutan air paling sibuk, dengan ‘water buses’, ‘water taxi’ dan Gondola beroperasi tidak putus-putus. Biarlah gambar bercerita ye…
Hey Mr Gondola!….Segak-segak Mr Gondola ni, abang sado..hehe..
Kos nak naik gondola ni sangatlah mahal, rasa macam tak berbaloi nak naik. Tapi kalau dah datang jauh-jauh dan anda ada bajet lebih, naik je le.
Begitu ketara, ramai pelancong dari China, pakejnya dah masuk naik gondola sekali kot, riuh rendah. Warga China mewah-mewah sekarang.
Dah penat ronda-ronda, masa untuk menjamu selera. Elok pulak jumpa kedai muslim yang jual makanan halal.
Siap dipamerkan sijil pengesahan halal lagi…
Mmmm yummeh!, hati riang-ria dapat makan pizza Itali yang ‘halalan toyyiban’, hehe..sedap!!!
Aiskrim pulak… untuk menyejukkan tekak..sedia duit je lah ye bang.
Panjang lagi cerita ni, nanti sambung lagi ye. Lagi seronok nanti, ikuti kembara kami ke Murano Island yang terkenal dengan perusahaan kaca dan Burano Island yang terkenal dengan perusahaan lace dan sulam.
amboii..lama tak update blog...pergi honeymoon kali keberapa kali ya..jeles saya yg tgk pic yg cantik2 tu Ummi..
ReplyDeleteSalam ummi...cantiknya view terpegun kak Zai melihatnya. Ramai org ckp gondola sgt mahal.
ReplyDelete@Kamsiah Yusoff; Ye Kam, lama betul menyepi, sedang mencari waktu untuk menulis balik :)
ReplyDelete@Zaitun; Wassalam Kak Zai, alhamdulillah, nanti dari Turki boleh je ke sana Kak Zai, Ye betul, mahal sangat Kak Zai, rasa tak berbaloi, hot air balloon kat Cappadocia,Turki pun mahal, tapi sangat berbaloi-baloi.