بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.
Sabtu dan Ahad ada rutin untuk riadah kami sekeluarga. Selesai solat subuh berjemaah di masjid atau surau kami balik dan bersiap untuk jogging..hehe lebih tepatnya strolling kot. Ada beberapa tempat yang menjadi pilihan kami. Kali ni ummiross kongsi tempat riadah di sekitar tasik, berdekatan Masjid Putrajaya. Dekat je tasik ni dengan rumah kami, boleh jalan kaki je.
Paling best sambil beriadah dapat juga melihat matahari terbit, melihat indahnya saat-saat malam berganti siang, saat matahari menggantikan bulan. Subhanallah..indahnya aturan Allah SWT.
“Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa.”
(سورة يونس , Yunus, ayat 6)
Selalunya pagi-pagi ramai kaki fotografi bersiap sedia untuk mengabadikan momen indah ini. Siap standby dengan tripod lagi. Mesti cantik-cantik gambar mereka. Jadi kami pun sekali-sekala bawa juga kamera. Rakam dengan cara kami, tak professional pun, janji sedap mata memandang, merakam kenangan.
Empat gambar dibawah ni anak bujang ummiross menggunakan kamera iphone pula, plus filter. Menarik juga hasilnya kan. Ummiross ni kalau guna handphone, setakat untuk call dan message je le. Yang lain-lain tu rasa macam complicated.
Kadang-kadang kalau tak sempat sebelah pagi, kami pergi sebelah petang. Gambar-gambar ni rasanya dah bercampur aduk, tak tau mana pagi, mana petang, Seronok juga sebenarnya dapat beriadah begini, selain sebagai ikhtiar menjaga kesihatan, ianya juga menambah kemesraan sekeluarga. Abadikan saat indah bersama…
Setakat ni masih bertahan, takut juga hangat-hangat ..tuuuut!!!, hehe..oklah nanti cerita lagi ye.
Wassalam.
subhanallah ! sangat cantik terutama cahaya di belakang masjid tuh .
ReplyDeleteGaya hidup sihat.... selalu juga hubby ajak jogging tapi biasanya tak jadi he hehhe..
ReplyDeleteSemua gambar tu cantik belaka Ummi... sungguh!
cantiknya view... indah ciptaanNya..
ReplyDeletelepas beriadah,jgn pulak otw blk rumah,pekena roti canai/nasi lemak hehe
ReplyDeletecantik cantik belaka hasil kerjanyer.. teruskan beriadah..
ReplyDeleteSambil beriadah utk kesihatan tubuh, sambil beriadah utk menyatukan hati sekeluarga ummiross. Tak kurang dpt cuci mata melihat kebesaran Allah..
ReplyDeleteCantik-cantik gambar yg ummiross captured. Sukalah kakak tengok. Dah macam gambar kalendar yg kakak dapat dari supplier kakak.
pandai ummi shoot pic...cantik2 belaka!! jom riadah kt area sini plak! ;-)
ReplyDeleteBiasanya begituah kamsiah hehe.
ReplyDeleteummi tak kut,?
cantiknya sunset, xpayah ke pantai kan umi
ReplyDeletesubhanallah.. cantiknya.. pandai ambil gambar.. :D
ReplyDeleteAssalam ummiros
ReplyDeleteIndahnya ciptaanNya
Sejuk memandang
cantiknyer pemandangan putrajaya ni sangat mendamaikan...tenang jer kalo tengak pemandangan gini..memang best kalo beriadah kat tempat macamni baru la semangat sikitkan...
ReplyDeleteKak Zai selalu berjanji dengan diri sendiri nak berjoging tapi bila
ReplyDeletesampai waktunya tak buat. Banyak sangat vitamin M ada dalam badan.
salam kenal.dok blogwalking smpai sini pulak:)
ReplyDeletecantiknye masjid putrajaya tu.1st time annd only smpai situ 10 tahun lepas.hehe lame sgt dah..
Saya follow blog ni ye.sudi2 lah jenguk saye juge.thanx:)
http://cikanem.blogspot.com
Masyaallah cantiknya...sukernya nekcik tengok..puas mata memandang
ReplyDeletemumme pernah tanya cikgu english mumme di Ohio dulu,sbb dia ambik degree dlm fotography...idea filter ni mmg basic utk dpt kualiti gambar yg baik...dlm kes mumme dulu,filter guna sunglasses...gegeh mumme bereksperimen.dan tgklah hasil gambar tu...even mengadap matahari,still clear gambar masjid tu...suka suka...saya suka gambar tu.... :)
ReplyDeleteCantiknya gambar2 tu semua ummi...tak jemu mata memandang ...
ReplyDeleteMmng bestkan beriadah sambil menjamu mata dgn keindahan ciptaan-NYA
wah bagus ni beriadah.....gaya hidup sihat...
ReplyDeleteCantik2nya semua pic tu..nza ni guna kamera yg canggih pn agaknya xreti snap pic cantik mcm tu....
cantiknya pemandangan tu..rajin ummi jogging..bagus, jaga kesihatan dan stamina..
ReplyDeletecantik sangat kak pic tu... Subhanallah...
ReplyDeleteAs-salam ummi..
ReplyDeleteSubhanallah.. indahnya gambar2 tu.. bagusnya aktiviti ummi dan keluarga.. semoga ummi dan keluarga terus diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan hendaknya.. insyaAllah..
Salam K.Ummiross..
ReplyDeletecantiknya pemandangan...cma sukaaa tgk pemandangan matahari terbit :)
huhuhu..cma sendiri, lama dah tak pegi beriadah..kalu dulu,rajin je pegi jog pusing taman jaya kat pj tuu..
huhuu..
Assalamualaikum Ummiross
ReplyDeleteSubhanallah
indahnya gambungan ciptaan Allah dgn hasil tangan manusia