Friday, October 4, 2013

PISANG KARAMEL BERKEJU

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Entry ringkas hari Jumaat. Jom kita main masak-masak. Caramelized banana with cheese, haha..namanya glamer betul, sira pisang je kot nama Melayu nya, lepas tu tabur keju. Dessert paling mudah dibuat tapi sangat sedap dimakan. Rasanya semua orang tahu buat, tapi dah takde modal nak menulis hari ni, ummi share jelah apa yang patut. Selalunya bila puasa hari Isnin dan Khamis, ummiross suka buat dessert yang ringkas-ringkas je.Lepas Isya’, makan berjemaah anak-beranak.

Sambil masak lauk-pauk tu boleh buat ni, kejap je masak. Cairkan marjerin/butter dalam non stick pan. Kalau ada minyak zaitun, boleh juga tambah sikit, lagi berkhasiat. Masukkan pisang, ummiross suka masukkan besar macam tu, sebab nanti bila dah masak, isinya masih pejal. Taburkan brown sugar atas pisang tu, gula tak perlu banyak sebab pisang tu bila caramelized akan jadi manis semulajadi, tunggu kejap lepas tu balikkan pisang, tabur lagi brown sugar, tunggu caramelized, boleh angkat. Tak perlu lama, nanti tak sedap rasa pisang tu. Kalau nak harum boleh masukkan sikit esen vanilla masa memasak tadi.

IMG_8742

 

Letak dalam pinggan, parutkan cheese keatasnya. Ummiross guna cheddar cheese.Taraaa..!, dah boleh makan. Ini yang basic je, kalau nak lagi meletop boleh guna whipping cream dan tabur buah-buahan yang dipotong kecil-kecil. Ikut selera dan kreativiti masing-masing. Tapi pada ummiross, yang ni pun dah sedap sangat, lemak manis bercheesy lagi. Jemput makan..say cheese!!

IMG_8744

Selamat berhujung minggu, moga ceria sokmo :)

27 comments:

  1. Waah.... ummiross sesaja tayang buat kakak teringin ni:) Manis bersari eh bercheezy memang best!

    ReplyDelete
  2. wah... sedapnya bersemangat nak masak malam nie.. :)

    ReplyDelete
  3. ummi guna pisang apa??
    kdg2 saya buat,pisang digolek2 dlm butter yg cair tu.. pastu angkat dan tabur sikit gula kat atasnya..versi org malas hehe

    ReplyDelete
  4. Assalam Ummi....

    ringkas tapi nampak mengancam sangat sampai kecur air lioq nie....nanti bolehlah cuba mmmm....sedap...

    ReplyDelete
  5. ummi, esok sy mai putrajaya ummi kena buatkn utk sy tau ;-)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,

    tengah say cheese nih....heee

    amvoiii...selera betui nampak lah ummi
    ati ni pantang resepi baru..harus nak cuba
    pula ati ada whipping cream yg belum digunakan lagi...yum yum..

    ReplyDelete
  7. wah mmg sedap ni Ummiross !

    ReplyDelete
  8. nampak sedap.. nak sediakan pun mudah.. insya-Allah boleh aiza cuba buat nanti..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Ummiross

    nyam nyam.....

    ReplyDelete
  10. wow..wow..suka apa2 hidangan berasaskan pisang...yg ni tak pernah buat lagi...boleh cuba..tiru resepi ummi ni..tq

    ReplyDelete
  11. Wahhh nampak macam mewah UR dessert ni....Tak pernah cuba...dan mcm teringin nak cuba... Hubby mmg suka makan pisang!

    ReplyDelete
  12. nasib baik dh kenyang malam ni ummiross... good idea ni ummiross...bebila boleh cuba... :)

    ReplyDelete
  13. knah belum pernah buat n makan..hehe nanti boleh try buat juga =)

    ReplyDelete
  14. Mengancam dan terancam.....terliur tgk...boleh cuba ni..TQSM ummi 4 sharing....

    ReplyDelete
  15. Sedapnya ummi....mmng dah tergoda ni...esok nak cari pisang..nak buat jugak....Thnks berkongsi ..

    ReplyDelete
  16. assalam ummi..acik tak pernah lagi mkan pisang sira ni..sedap ye ummi

    ReplyDelete
  17. assalam, walaupun simple nampak pun dah sedap..

    ReplyDelete
  18. nampak sedap.. tak pernah makan lagi ni..

    ReplyDelete
  19. xpernah try ni...mkn camni..sll pisang makan camtu je atau buat cucur

    ReplyDelete
  20. wahhh 1st time tgk nih.. nmpk menyelerakan!

    ReplyDelete
  21. Apa2 yg pisang mmg suka sedap....Klu yg versi bandung letak lak choc rice

    ReplyDelete
  22. nmpk sedap nye ummi.. nnt nk buat la.. ade pisang kt umah :)

    ReplyDelete