Thursday, October 3, 2013

DAFTAR SUDAAAH!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Alhamdulillah, dua hari lepas perniagaan secara online ummiross telah selamat didaftar. Macamana cara nak daftar perniagaan secara online ni? Senang sangat rupanya prosedur untuk mendaftar perniagaan/bisnes online ni, dalam setengah jam dah siap. Bisnes online pun sekarang kena daftar juga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dolu-dolu dolu..memang ummiross tak tau.., sekarang-sekarang, sekarang..memang dah tau, hehe..kalau dah tahu, kenalah daftar, biar jadi peniaga berjiwa tegar seperti Tegar.

Bagi yang tinggal di sekitar Putrajaya, pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Khidmat Pengguna , Aras G, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Pengguna, Persiaran Perdana, Precint 2, Putrajaya.

Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter, dah selesai isi borang tu, serahkan balik untuk disemak, jangan lupa sertakan sekali satu salinan kad pengenalan. Selepas disemak, kita akan diberi nombor giliran.

Semalam semasa ummiross pergi ke sana, orang memang tak ramai. Sekejap je menunggu, terus dipanggil ke kaunter untuk pembayaran. Ummiross buat lesen perniaagaan ni untuk tempoh setahun dulu, jadi cajnya RM40 sahaja, nanti boleh je renew bila perlu,. Selepas pembayaran dibuat, lesen diproses dan terus dapat pada masa tu juga. Alhamdulillah bila ada lesen ni senanglah lagi nak berurusniaga terutama dengan jabatan kerajaan nanti.

 IMG_8751aIMG_8750a 

Sekadar perkongsian, moga ada yang mendapat manafaatnya.
Ceria-ceria sokmo..wassalam.

21 comments:

  1. senang kan... saya pun dah daftar... hehehe

    ReplyDelete
  2. Moga bermanfaat pada mereka yang memerlukan.. ;)

    ReplyDelete
  3. ina punye lesen tak renew lagi.tp ina tatau pulak bis online kena ada lesen juga hehhe.

    ReplyDelete
  4. tahniah ummi..boleh luaskan perniagaan ummi

    ReplyDelete
  5. senag dn mudah..kan..nti hujung jari aje,,nak renew..

    ReplyDelete
  6. As-salam ummi..

    Alhamdulillah.. bagusnya dah daftarkan perniagaan.. bagus juga informasi yg di kongsi.. tentu ramai peniaga online yang belum mendaftar boleh ambil maklum..

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Melangkah setapak ke hadapan ye Ummi...

    ReplyDelete
  8. Bagus ummiross. Bila dah ada lesen siapa aje yg nak berurusniaga tak ada rasa bimbang. Gantung lesen di sidebar bagi pelanggan tengok.

    Tahniah dari kakak!

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,

    tahniah ummi..ini dah kira halal dan sah oleh kerajaan...hehe

    peminat tegar ...ropanya :)

    ReplyDelete
  10. semoga bisness terus maju..mantap...:)

    ReplyDelete
  11. wah moga terus maju jaya dgn bisnes nyer yer

    ReplyDelete
  12. tahniah ummi...moga terus berjaya...

    ReplyDelete
  13. Tahniah Ummiross..semuga bertambah rezeki selalu..aamiin

    ReplyDelete
  14. baru aiza tahu perniagaan maya perlu didaftarkan juga.. terima aksih atas perkongsian ini ummi.. semoga rezeki ummi terus bertambah..

    ReplyDelete
  15. semoga perniagaan lebih maju nanti. penting gak daftar bisnes ni, nak lagi jenis biz online, dgn adanya sijil kita boleh yakinkan pembeli.

    ReplyDelete
  16. tahniah ummi...maju selangkah lg!

    ReplyDelete
  17. Kena daftar ke UR...kalau tak daftar tak boleh ke ?

    ReplyDelete
  18. Alhmdulillah..tahniah ummi..semoga terus maju...

    ReplyDelete
  19. tahniah ummi dh menapak selangkah ke depan...moga terus sukses yer

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah tahniah dh register. Dh lama plan lps resign nk register sampai sudah tk buat lg huhu. Ada satu biz register thn 2007 tp partner dh tk aktif. Nk kena buat juga la ni sbb govt pun dh keluar circular kan semua kena register by july 2013

    ReplyDelete