بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…
Ummiross memang suka menonton rancangan Jejak Rasul dari dulu lagi. Terbaru, Jejak Rasul 19 (2013), dengan tema “Ramadhan di Tiga Tanah Suci” telah mula bersiaran setiap hari jam 6.00 petang mulai 9hb.Julai, 2013.
Pada ummiross, Jejak Rasul kali ni paling dekat dihati, paling menyentuh hati. Bila menonton Fedtri Yahya bersama Ustaz Amin, berbuka puasa, berterawih dan menunaikan umrah di bulan puasa di Mekah, ianya sangat-sangat mengimbau kenangan, kenangan kami suami isteri menunaikan umrah dan menyambut awal Ramadhan disana. Rindunya suasana berbuka dan berterawih bersama ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia di sana. Rindunya saat bermunajat kepadaNya dihening malam dengan Kaabah didepan mata, airmata begitu murah dibumi penuh barakah ini. Menunaikan umrah meskipun dalam cuaca yang panas, tetap istimewa dihati kami. Ya Allah, moga dijemput menjadi tetamu Mu lagi.
Suasana di Masjidil Haram selepas solat Terawih.
Rakaman Jejak rasul 19 ni pun dirakam pada tahun lepas juga, Ramadhan 1433 Hijrah. Teringat ketika kami bertemu dengan rakan blogger Kehidupan Makkah 2, Tuan Haji Arshad selepas asar di depan Masjidil Haram, beliau ada mempelawa kami berbuka puasa di Felda de Saji, katanya krew TV3 pun ada. Sayangnya kami tak berkesempatan untuk join sekali. RupanyaTuan Haji Arshad pun tampil dalam racangan Jejak Rasul kali ni, Alhamdulillah..moga-moga usaha dan kerja-kerja kebajikan yang tuan haji lakukan dipermudahkan oleh Allah SWT, moga ramai yang mendapat manafaatnya, moga diberkati dan diberi ganjaran berganda. Kepada yang tak berkesempatan menonton di TV3, boleh je lihat di Tonton.com atau di youtube.
Perantara Jejak Rasul Mat Nasir Yusof pula bersiaran dari Jordan untuk beberapa episod awal ni sebelum memasuki Palestin. Kebetulan tahun lepas kami ke Jordan terlebih dulu sebelum ke Madinah dan Mekah.Jadi bila bila melihat ada antara tempat2 yang dipaparkan pernah juga kami kunjungi, membuatkan kami sangat teruja. Antaranya adalah masjid sahabat Rasulullah SAW, Abu Ubaidah di Jordan.
Masjid Abu Ubaidah di Jordan, banyak pokok kurma di sekitar masjid ni. Semalam baru ummiross tahu bila menonton Jejak Rasul, yang pokok kurma ni kepunyaan pihak masjid dan bila buahnya masak akan dibuat acara lelongan. Duit yang didapati hasil lelongan tersebut akan didermakan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan.
Boleh baca pengalaman kami menziarahi Masjid Abu Ubaidah dan makam sahabat Rasulullah SAW di SINI.
Ummiross kongsikan juga link bagi Episod 5 dan Episod 7 dibawah ni :
Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 7 (Umrah): http://youtu.be/jdnLiReeSjw via @youtube.
Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 5 (Umrah): http://t.co/ioj31FAVpK via @youtube
Tima kasih ummi.
ReplyDeleteSeronok ummi..dapat mengimbau kenangan bila tengok jejak rasul ni kan.acik pun suka..kadang2 rasa sayu je tengok
Oh... kiranya ummiross jumpa Hj Arshad tu ye masa tu. De Saji tahun ini sedang di renovatelah tapi tak tahulah dah siap ke belum sekarang
ReplyDeleteBetul melihat situasi di sana pasti mengimbau kenangan kita ketika disana dan pastinya menggamit rasa rindu yg membara.
@Acik Erna;
ReplyDeleteSama kasih Acik.
betul Acik..dalam seronok ada sayunya.
@Kakzakie;
ReplyDeleteYe Kakzakie, kami suami isteri jumpa beliau depan masjidil haram, lepas asar,ada ole2 sikit yang nak disampaikan. Oh tengah renovate ye, moga cepat siap kerja2 renovasi tu.
Kakzakie baru balik dari sana kan,tentu lagilah rindu.
Jejak rasul memang rancangan yang kak Zai suka,rugi kalau tak tengok..
ReplyDeleteKak Zai pun rindu nak pergi lagi.
ramadhan kali ni mmg xsmpt tgk jejak rasul lg kak...balik pn dah lewat...huhuu slmt berpuasa..:)
ReplyDeletesuka tonton jejak rasul..kadang sambil masak sambil tgok..apa nak bz je
ReplyDeletesy selalu miss nk tgk sbb blk lewat...kalu dpt tgk pon weekend je..
ReplyDeleteKA pun kalau sempat suka tgk rncngan ni !
ReplyDeleteOKje tengok gak UR... tapi pukul 6 pagi ...yang tu kan?
ReplyDeleteIngin sekali bisa berpuasa Ramadhan di tanah suci :')
ReplyDeletewah bestnya ummi dpt rasai suasana sebegitu.
ReplyDeleteNza pn xpernah miss tgk JR nie..mmg best sgt2...
doakan moga js pun dpt ke sana ye ummi..sepatutnya js pegi ramadhan thn ni tp ada perkara yg xdpt dielakkan..insyaallah next year akan ke sana..moga tercapai hasrat hati...
ReplyDeletesaya pun suka tengok tak pernah miss...rasa terharu mcm semalam tengok durang pergi gua hira berjam2 tunggu baru dapat masuk.
ReplyDeleteBahagianya rasa kalau menjadi tetamu Allah di bulan mulia ni kan Ummi...selamat berpuasa
ReplyDeleteTerima kasih ummi atas prkongsian..
ReplyDeleteSaya pun suka tengok jejak rasul..cuma kdang2 ada episod yg terlepas....
best nya..untung la kan krew2 jejak rasul tu
ReplyDeletejom layan Uptown Tmn Selat Butterworth.http://www.gilamodified.com/2013/07/audioshow-uptown-taman-selat.html
selamat berpuasa.. aiza pun suka tengok jejak rasul..
ReplyDeleteTeringat dulu memang takkan ketinggalan tengok Jejak Rasul ni.. tapi sekarang remote telah dconquer dek anak2.
ReplyDeleteteringin utk merasai nikmat bulan suci di tanah suci mekah. moga ade kesempatan merasainya suatu hari nnt. in shaa Allah
ReplyDeleteSinggah sini lg..ummi msk apa arini hihi
ReplyDeletemoga dipanjangkan umur utk jejakkan kaki ke tanah suci:)
ReplyDeleteSalam ummiros...
ReplyDeletePetang2 Aina kejar masa lepas balik kerja sibuk memasak jadinya tengok siaran ulangan sahaja awal pagi. Tersentuh sungguh hati tengok depa kat sana bilalah pulak giliran Aina dan keluarga untuk kesana.
salam singgah
ReplyDeleteselamat berpuasa ummi
Assalamualaikum kak, subhanallah. sheila pulak baru2 ni ada bermimpi pergi umrah bersama suami. Allahuakbar. sebak je bila bangun tdo tu :)
ReplyDeletemereka yg pernah berrpuasa disana....sering terinagt dan ingin berpuasa disana setiap kali (kalau boleh)
ReplyDeleteKakak rindu cerita ummiross. Selamat berpuasa ke 15 hari ini.
ReplyDeletesalam ummiross..
ReplyDeleteberuntungnya ummi pernah sampai kesana.. cma klu tgk episod jejak rasul ni...hanya mampu menyimpat hasrat ingin kesana.. insyaallah.. :)
seronok tgk jejak rasul..byk pengisian :)