Friday, July 19, 2013

RAMADHAN DI TIGA TANAH SUCI

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Ummiross memang suka menonton rancangan Jejak Rasul dari dulu lagi. Terbaru, Jejak Rasul 19 (2013),  dengan tema “Ramadhan di Tiga Tanah Suci” telah mula bersiaran setiap hari jam 6.00 petang mulai 9hb.Julai, 2013.

Pada ummiross, Jejak Rasul kali ni paling dekat dihati, paling menyentuh hati. Bila menonton Fedtri Yahya bersama Ustaz Amin, berbuka puasa, berterawih dan menunaikan umrah di bulan puasa di Mekah, ianya sangat-sangat mengimbau kenangan, kenangan  kami suami isteri menunaikan umrah dan menyambut awal Ramadhan disana. Rindunya suasana berbuka dan berterawih bersama ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia di sana. Rindunya saat bermunajat kepadaNya dihening malam dengan Kaabah didepan mata, airmata begitu murah dibumi penuh barakah ini.  Menunaikan umrah meskipun dalam cuaca yang panas, tetap  istimewa dihati kami. Ya Allah, moga dijemput menjadi tetamu Mu lagi.

 IMG_3262
Suasana di Masjidil Haram selepas solat Terawih.

Rakaman Jejak rasul 19 ni pun dirakam pada tahun lepas juga, Ramadhan 1433 Hijrah. Teringat ketika kami bertemu dengan rakan blogger Kehidupan Makkah 2, Tuan Haji Arshad selepas asar di depan Masjidil Haram, beliau ada mempelawa kami berbuka puasa di Felda de Saji, katanya krew TV3 pun ada. Sayangnya kami tak berkesempatan untuk join sekali. RupanyaTuan Haji Arshad pun tampil dalam racangan Jejak Rasul kali ni, Alhamdulillah..moga-moga usaha dan kerja-kerja kebajikan yang tuan haji lakukan dipermudahkan oleh Allah SWT, moga ramai yang mendapat manafaatnya, moga diberkati dan diberi ganjaran berganda. Kepada yang tak berkesempatan menonton di TV3, boleh je lihat di Tonton.com atau di youtube.

Perantara Jejak Rasul Mat Nasir Yusof pula bersiaran dari Jordan untuk beberapa episod awal ni sebelum memasuki Palestin.  Kebetulan tahun lepas kami ke Jordan terlebih dulu sebelum ke Madinah dan Mekah.Jadi bila bila melihat ada antara tempat2 yang dipaparkan pernah juga kami kunjungi, membuatkan kami sangat teruja. Antaranya adalah masjid sahabat Rasulullah SAW, Abu Ubaidah di Jordan.

Masjid Abu Ubaidah di Jordan, banyak pokok kurma di sekitar masjid ni. Semalam baru ummiross tahu bila menonton Jejak Rasul, yang pokok kurma ni kepunyaan pihak masjid dan bila buahnya masak akan dibuat acara lelongan. Duit yang didapati hasil lelongan tersebut akan didermakan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

DSC_0040DSC_0030 DSC_0042DSC_0021 

Boleh baca pengalaman kami menziarahi Masjid Abu Ubaidah dan  makam sahabat Rasulullah SAW di SINI.

Ummiross kongsikan juga link bagi Episod 5 dan Episod 7 dibawah ni :

Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 7 (Umrah): http://youtu.be/jdnLiReeSjw via @youtube.

Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 5 (Umrah): http://t.co/ioj31FAVpK via @youtube

28 comments:

  1. Tima kasih ummi.
    Seronok ummi..dapat mengimbau kenangan bila tengok jejak rasul ni kan.acik pun suka..kadang2 rasa sayu je tengok

    ReplyDelete
  2. Oh... kiranya ummiross jumpa Hj Arshad tu ye masa tu. De Saji tahun ini sedang di renovatelah tapi tak tahulah dah siap ke belum sekarang

    Betul melihat situasi di sana pasti mengimbau kenangan kita ketika disana dan pastinya menggamit rasa rindu yg membara.

    ReplyDelete
  3. @Acik Erna;
    Sama kasih Acik.
    betul Acik..dalam seronok ada sayunya.

    ReplyDelete
  4. @Kakzakie;

    Ye Kakzakie, kami suami isteri jumpa beliau depan masjidil haram, lepas asar,ada ole2 sikit yang nak disampaikan. Oh tengah renovate ye, moga cepat siap kerja2 renovasi tu.
    Kakzakie baru balik dari sana kan,tentu lagilah rindu.

    ReplyDelete
  5. Jejak rasul memang rancangan yang kak Zai suka,rugi kalau tak tengok..

    Kak Zai pun rindu nak pergi lagi.

    ReplyDelete
  6. ramadhan kali ni mmg xsmpt tgk jejak rasul lg kak...balik pn dah lewat...huhuu slmt berpuasa..:)

    ReplyDelete
  7. suka tonton jejak rasul..kadang sambil masak sambil tgok..apa nak bz je

    ReplyDelete
  8. sy selalu miss nk tgk sbb blk lewat...kalu dpt tgk pon weekend je..

    ReplyDelete
  9. KA pun kalau sempat suka tgk rncngan ni !

    ReplyDelete
  10. OKje tengok gak UR... tapi pukul 6 pagi ...yang tu kan?

    ReplyDelete
  11. Ingin sekali bisa berpuasa Ramadhan di tanah suci :')

    ReplyDelete
  12. wah bestnya ummi dpt rasai suasana sebegitu.
    Nza pn xpernah miss tgk JR nie..mmg best sgt2...

    ReplyDelete
  13. doakan moga js pun dpt ke sana ye ummi..sepatutnya js pegi ramadhan thn ni tp ada perkara yg xdpt dielakkan..insyaallah next year akan ke sana..moga tercapai hasrat hati...

    ReplyDelete
  14. saya pun suka tengok tak pernah miss...rasa terharu mcm semalam tengok durang pergi gua hira berjam2 tunggu baru dapat masuk.

    ReplyDelete
  15. Bahagianya rasa kalau menjadi tetamu Allah di bulan mulia ni kan Ummi...selamat berpuasa

    ReplyDelete
  16. Terima kasih ummi atas prkongsian..
    Saya pun suka tengok jejak rasul..cuma kdang2 ada episod yg terlepas....

    ReplyDelete
  17. best nya..untung la kan krew2 jejak rasul tu


    jom layan Uptown Tmn Selat Butterworth.http://www.gilamodified.com/2013/07/audioshow-uptown-taman-selat.html

    ReplyDelete
  18. selamat berpuasa.. aiza pun suka tengok jejak rasul..

    ReplyDelete
  19. Teringat dulu memang takkan ketinggalan tengok Jejak Rasul ni.. tapi sekarang remote telah dconquer dek anak2.

    ReplyDelete
  20. teringin utk merasai nikmat bulan suci di tanah suci mekah. moga ade kesempatan merasainya suatu hari nnt. in shaa Allah

    ReplyDelete
  21. Singgah sini lg..ummi msk apa arini hihi

    ReplyDelete
  22. moga dipanjangkan umur utk jejakkan kaki ke tanah suci:)

    ReplyDelete
  23. Salam ummiros...

    Petang2 Aina kejar masa lepas balik kerja sibuk memasak jadinya tengok siaran ulangan sahaja awal pagi. Tersentuh sungguh hati tengok depa kat sana bilalah pulak giliran Aina dan keluarga untuk kesana.

    ReplyDelete
  24. salam singgah
    selamat berpuasa ummi

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum kak, subhanallah. sheila pulak baru2 ni ada bermimpi pergi umrah bersama suami. Allahuakbar. sebak je bila bangun tdo tu :)

    ReplyDelete
  26. mereka yg pernah berrpuasa disana....sering terinagt dan ingin berpuasa disana setiap kali (kalau boleh)

    ReplyDelete
  27. Kakak rindu cerita ummiross. Selamat berpuasa ke 15 hari ini.

    ReplyDelete
  28. salam ummiross..

    beruntungnya ummi pernah sampai kesana.. cma klu tgk episod jejak rasul ni...hanya mampu menyimpat hasrat ingin kesana.. insyaallah.. :)

    seronok tgk jejak rasul..byk pengisian :)

    ReplyDelete