Friday, June 28, 2013

MEREKA INSAN ISTIMEWA

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Bila bermusafir, bukan sahaja kita dapat melihat negara orang tetapi juga dapat bertemu ramai orang. Antara yang ramai tu, kadang-kadang ada yang menjadi sangat istimewa dalam ingatan, bukan kerana kecantikan ataupun kekacakan tetapi kerana akhlak istimewa yang ditunjukkan.

Semasa Trip 7 buah negara Eropah baru-baru ni, ummiross temui ramai insan-insan istimewa tetapi ada beberapa orang yang hingga kehari ini, masih melekat dihati kami suami isteri.

Dalam penerbangan ke Perancis, disebelah Mr Hubby, seorang lelaki Perancis, pertengahan usia. Rancak juga beliau berbual dengan Mr hubby. Rupanya beliau seorang businessman, sering juga berulang alik ke Indonesia untuk urusan perniagaan. Beliau turut bercerita di Perancis ramai orang Muslim dan tidak susah nak mendapatkan makanan halal. Dan beliau sendiri bukan Islam tetapi ada kawan-kawan beragama Islam.

Ketika bersedia hendak menunaikan solat subuh, kebetulan seorang pramugara melintas berhampiran tempat duduk kami, jadi MrHubby bertanyakan arah kiblat sebab selalunya mereka tidak keberatan untuk memberitahu dengan merujuk kepada pilot, begitulah berdasarkan pengalaman, bukan susah pun.

Kami menunggu tetapi selepas beberapa ketika pramugara tadi tidak juga muncul. Lelaki Perancis tadi mencuit Mrhubby dan menunjukkan skrin pada belakang kerusi, suprisingly dia menunjukkan kedudukan Mekah, seolah memberitahu arah kiblat untuk kami bersolat. Subhanallah, tabarakallah, beliau bukanlah seorang Islam tetapi lebih prihatin berbanding dengan yang Islam. Beliau menghulurkan bantuan yang nampaknya macam kecil tapi sangat besar bagi kami yang ingin menunaikan perintah Allah SWT di awan biru. Bantuan dari bukan Muslim yang membuatkan kami terharu.

Sebenarnya kami pernah menggunakan skrin ni untuk mengetahui kedudukan Mekah semasa bermusafir satu ketika dulu, tapi hari tu kami terlupa pasal skrin ni, maklumlah bukan selalu pun bermusafir.

Nilah skrin yang memang ada kat belakang kerusi penumpang kan. So just ‘touch’ flight info, nanti akan ada location indicator, ‘touch’ lagi location indicator, nanti akan keluar nama negara-negara, cari je Mecca, ‘touch’ lagi akan keluar lah kompas yang menunjukkan arah Mekah.

20130604_144758  20130604_144822

20130604_144939 20130604_145009

Alhamdulillah..Allah temukan kami dengan insan istimewa. InsyaAllah nanti ummiross kongsikan lagi beberapa situasi yang menemukan kami dengan insan-insan yang baik pekertinya. Yang pasti jadi ingatan dihati ini, jaga hak Allah dimana jua, insyaAllah..Allah akan permudahkan urusan kita. Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT.

44 comments:

  1. serono bla ketemu org seperti ni..rs jurang antara kita x de langsung..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah. Cantik sungguh pekerti lelaki tu. Indahnya kita beragama Islam sehingga kita menerima bantuan seikhlas itu.

    ReplyDelete
  3. Allah.. orang non Muslim pun tahu itu.. huhu.. tapi itu normal rasanya..sebab mereka lebih tertarik pada keindahan Islam sendiri..kita yang sah2 Islam..entah..banyak lagi benda yg tak tahu.. :)

    ReplyDelete
  4. Terharu sgt2 ummi baca n3 nie...biasanya org non muslim n berbangsa asing lebih perihatin dan peka pd prsekitaran..mrk lebih menghormati kita n sgt2 menghargai sahabat...semua tu dari pengalaman sendiri......

    ReplyDelete
  5. sebetulnya kita tidak blh melihat pd mata kasar sbb apa yg ditemui kadang2 kita jumpa org bkn islam lbh menghormati kita drp org islam itu sendiri..atas pengalaman js ^^

    ReplyDelete
  6. pengalaman berharga dalm hidup ye, jumpa orng istimewa dari segi budi pekertinyer even berbeza agama kan

    ReplyDelete
  7. kadang-kadang kita sangka orang yang kita tak harapkan boleh membantu kita.. ;)

    ReplyDelete
  8. salam Ummi....

    bila kenegara orang jumpa pula orang2 sebegini mesti best kan rasa macam nak pergi lagi kan...?

    ReplyDelete
  9. Subhanallah...pekerti orang yang bukan beragama Islam...indah untuk dikenang.

    ReplyDelete
  10. Apabila ada niat baik untuk dilunaskan pasti bantuan Allah akan membantukan UR

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, pertolongan pula datangnya dari insan yg belum Islam...
    saya dapat info baru hari ni... masa datang UK hari tu naik flight malam, so sempat solat subuh kat Amsterdam... mana tahu, kot2 lepas ni kena solat masa salam flight, info ummiros ni sgt saya hargai :)

    ReplyDelete
  12. semoga lelaki tu mendapat petunjuk Allah...tokohnya dah ada...

    ReplyDelete
  13. @Khai♥Rin : anies;

    Betul tu Anies..kira baik hatinya kan.

    ReplyDelete
  14. @Aziela;

    Yelah Ziela, baik sungguh pekerti beliau.

    ReplyDelete
  15. @Nana Liena;

    Alhamdulillah, mungkin dia dah biasa berkawan dengan Muslim jadi tahu yang solat perlu mengadap kiblat.

    ReplyDelete
  16. @NzA;

    Betul tu NzA, NzA pun ramai kawan2 bukan Muslim kan,dan sangat rapat dengan NzA, pernah baca kat blog NzA.

    ReplyDelete
  17. @Jemarisuri;

    Alhamdulillah, ada yang baik akhlaknya dan sangat kita hargai kebaikan mereka.

    ReplyDelete
  18. @Kesuma Angsana;

    Yelah KA, tak sangka dia terfikir nak membantu.

    ReplyDelete
  19. @aizamia3;

    Betul tu aizamia3,Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  20. @yan's cottage;

    Wassalam Yan..
    Baru seronok berjalan kan bila bertemu orang yang baik hati.

    ReplyDelete
  21. @Zaitun;

    Yelah Zai, baik pekertinya, tentu sekali akan sentiasa dikenang.

    ReplyDelete
  22. @hainom OKje;

    Setuju tu Okje, semuanya dengan pertolongan Allah SWT.

    ReplyDelete
  23. @nurbijen;

    Alhamdulillah, tu yang buat kami terharu tu Nur.
    Alhamdulillah, syukur kalau info ini menberi manafaat kepada Nur dan yang lain juga.

    ReplyDelete
  24. @MumMe;

    Amin..2x, ummi pun doakan yang sama, moga beliau mendapat hidayah.

    ReplyDelete
  25. Cantiknya budi pekerti bussinesman tu ye Ummi... memang benar Ummi, secara tidak langsung kita dapat melihat kebesaran Allah... itulah hikmahnya dijadikannya manusia dari pelbagai suku & bangsa untuk saling kenal-mengenal...(senikata nasyid dulu-dulu hehehe)

    ReplyDelete
  26. Biar dimana pun kita kalau hati bersih tak kira siapa pun dia pasti Allah berikan kebaikan ummi. Lihatlah walau dia bukan Muslim tapi hatinya baik (moga satu hari dia dapat hidayah mana tahu kan).

    Syukurlah dipermudahkan ummi dan hubby..

    ReplyDelete
  27. pertolongan Allah sentiasa ada kan

    ReplyDelete
  28. subhanaALLAH...dipertemukan insan yang baik hati mesti sayu hati terus kan ummi.

    Bie baca pun rasa tersentuh lagi2 tahu pasal agama kita.

    ReplyDelete
  29. Subhanallah... Allah permudahkan urusan ummi dengan bantuan org bukan Islam... perkongsian ini membuatkan kita semua berfikir akan hikmah pertemuan ummi dan dia... moga insan itu mendapat hidayah utk memeluk agama Islam...

    ReplyDelete
  30. salam ummiross..

    allahurabbi...terharunya..
    alhamdulillah...biarpun berbeza agama, mereka ttp ingin menolong..mmg istimewa insan2 ni :)

    ReplyDelete
  31. betul Ummi..kdg2 bantuan yg sekecil itu,besar maknanya pada kita yg memerlukan...

    ReplyDelete
  32. Subhannallah.... terharunya.. Semoga satu hari insan itu terpilih mendapat hidayah dariNya untuk memeluk Islam..sape tau kan Ummi kuasa Allah... :)

    ReplyDelete
  33. mereka lebih prihatin...subhanallah

    ReplyDelete
  34. terharukan biler ader yang prihatin dan sudi menolong kiter...bertuah rasa bila bertemu dengan orang yang mulia hatinyer...

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum ummi..lama sungguh wani xsinggah sini..rindu ummi....hope ummi baik2 jer yer....

    mmg istimewa sungguh insan2 ni

    ReplyDelete
  36. Umiross pengalaman ni, manalah tahu ada rezeki nak jalan2 makan angin jugak tak adalah terkial2 nanti. Sekurang2nya dah ada info sikit.

    ReplyDelete
  37. ummi.. kakak sesaja dtg menjenguk kot ada cerita baru hihi... moga ummi sihat:)

    ReplyDelete
  38. singgah dtg ari ni.. N3 terimakasih utk akak yer http://kesumaangsana.blogspot.com/2013/07/apa-ondon-tu-umi-tq-ummi-ross.html

    ReplyDelete
  39. Moga beliau diberi hidayah Allah...

    ReplyDelete
  40. salam.

    singgah sini..ehsan Kesuma Angsana...

    ReplyDelete
  41. semoga Allah memberi hidayah kepada lelaki perancis itu ummi..besar pahalanya kalau dia berada di dlam agama kita..mempermudahkan urusan org lain..huhu..

    ReplyDelete
  42. Terima kasih semua ye atas komen, mmuaahhh!!!.

    ReplyDelete
  43. Bantuan yg sangat bermanfaat dan tak ternilai kan Ummi

    ReplyDelete