Friday, April 19, 2013

PREVENTION IS BETTER THAN CURE

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam Jumaat yang penuh barakah. Breakfast apa hari ni? Pernah ambik apa-apa supplement? Ummiross percaya ramai dari kalangan kita pernah mengambil supplement, tinggal lagi samada ia menjadi amalan rutin atau hangat-hangat tahi ayam  je .

Ummiross ni rasanya masuk kategori kedua tu.Kadang-kadang ambil supplement kerana merasakan ia satu keperluan, kadang-kadang mungkin juga terpengaruh dengan iklan. Bermula dengan semangat membara, lama-lama makin reda, adakalanya merudum terus.

Lately ni ummiross cuba InnerShine ni. Kandungan utama pati jus delima, diperkaya dengan micro-algae extract dan micro collagen..bunyi macam iklanlah pulak!. Sedap juga bila diminum sejuk. Untuk kesihatan kulit ni, biar awet muda jangan awet cerewet!

DSC_1668

 

Cherry Avtive baru sampai 2 hari lepas. Order online dengan sahabat lama ummiross. Dulu ummi ada cerita pasal Cherry Active ni kat N3 di SINI. Dulu-dulu dah pernah makan CA ni, lepas tu lama ummiross berhenti. Sekarang nak start baliklah sebab bila bangun tidur, sendi-sendi dah mula terasa ketat, takut juga simptom ahtritis ke apa, prevention is better than cure kan. Kalau nak tau lebih lanjut tentang CA ni, bolehlah LIKE di fb Cherryactive Asia kepunyaan sahabat ummiross dan suaminya.

DSC_1675 

 

Dari dulu ummiross memang suka dengan produk Shaklee. Vitamin C ni ummiross beli yang ada 300 tablets, untuk kegunaan sekeluarga. Juga order online.

DSC_1672

 

Shaklee lagi…!. Protect your heart with Omegaguard 

DSC_1673

 

Yang penting setiap kali nak beli vitamin, ummiross akan cari yang ada tanda halal.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

(Al Maidah: Ayat 88)

DSC_1679

Semuanya ikhtiar je kan, jaga pemakanan.Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kunci kepada segalanya adalah berdoa, semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua untuk terus beramal ibadat kepadaNya.

Selamat berhujung minggu dengan keluarga tercinta, ceria-ceria sokmo!. Jumpa lagi minggu depan ye, insyaAllah.

38 comments:

  1. ni, produk innershine terbaru ke? lom penah tgk lg... mahal x?

    ReplyDelete
  2. Sama2 kita amalkan gaya hidup sht.. :D

    ReplyDelete
  3. ummi..berapa rm innershine tu...saya tak nampak lagi kat farmasi...produk baru brands ke?

    ReplyDelete
  4. Kakak kategori yg sama dgn Ummi kadang terlupa, apa lagi kalsium kakak bila rasa tak selesa baru teringat. Tapi kalau supplement utk cantik tu ingat aje (perempuan biasalah ummi - nak cantik selalu walau dah azali memang macam ini hihi...).

    Harap-harap kita terus sihatlah ye Ummi..

    ReplyDelete
  5. mahal tak ummi....nza amalkan makan garlic n rumpai laut....

    ReplyDelete
  6. wah ummi byk nye supplement..js ni ada gak beli tp tu la tak konsisten...hihi..
    skrg ni js baru je try vco catalyst..hrp2 dpt la konsisten mkn...hihi

    selamat bercuti ummi...jom kita ikut program langkah ceria hari ahad ni...^^

    ReplyDelete
  7. betul tu.. ikhtiar kitakan

    ReplyDelete
  8. bila tengok ummi mkn innershine,ina jd teringin nk try lak sbb mmg tak penah cuba produk ni.

    ReplyDelete
  9. @Khai♥Rin : anies;

    Agak baru juga Anies, yang sebelum ni ekstrak prune tu kan, ummi pernah
    ambil juga, tapi manis sikit yang tu, yang RubyCollagen ni ok, tak manis sangat.

    ReplyDelete
  10. @❤Kamsiah❤;

    Kam baru jugalah berbanding yang jus prune dulu tu, harga ummi lupa pulak Kam, nanti ummi survey balik harganya ye.

    ReplyDelete
  11. @Kakzakie;

    Hehe betul Kakzakie, biar sentiasa cantik...dimata suami.InsyaAllah, moga Allah memberi kesihatan yang baik buat kita.

    ReplyDelete
  12. @NzA;

    Ummi pun lupa harganya NzA, sekotak tu ada 14 botol je tu.

    Kalau dah sesuai dengan garlic dan rumpai laut,teruskan je NzA.

    ReplyDelete
  13. @Jemarisuri;

    Hehe..Ummi pun tak konsisten juga JS, entah2 dah jemu yang ni, nanti tukar lain pula.

    Oh ada program lagi ye kat Putrajaya..selamat beriadah JS. Kalau tak ke mana, boleh juga ummi terjah nanti.

    ReplyDelete
  14. @Kesuma Angsana;

    KA..usaha tangga jaya, hehe..

    ReplyDelete
  15. @inazamri;

    Oh dah pernah makan ye, ummi dulu minum yang prune tu, ni nak try yang ni pulaklah, tengok macamana hasilnya.

    ReplyDelete
  16. ada borak2 di sekolah...ustazah ajak minum air delima...then mumme x sempat nak search ke apa ke...entry ummi ni mcm bg jawapan kpd pencarian...delima buah syurga...insyaAllah mujarab...cayyok ummiross...mumme pun kategori ke2 jugak...hik hik hik

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah bagus ummi rajin mkn suplemen. Innershine tu teringatkan maya karin dlm iklan. Badan kita dh susutnilai kan ummi hehe jadi kena la ambik seme ni. Intan mkn spirulina je ok jugak.

    ReplyDelete
  18. bila umur makin bertambah badan pun perlu tambah2 vitamin juga kan...ummi....?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ummi....

    Saya bab2 mcm ni mmng hangat2 tahi ayam ...makan kejap, lepas tu berhenti..cuba pulak produk lain...bersusun botol kat rumah..tapi tak pernah habis...
    Kena ubah perangai lepas ni.....

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Ummi,
    Amie pun masuk golonga kedua tu yang hangat2 tahi ayam tapi... tapikan Ummi beberapa tahun lepas Amie pernah amalkan minum Inner Shine, alhamdulillah terasa sangat perubahannya... Amie tak lagi selsema! Dalam setahun memang susah nak dapat selsema sekali, dan mungkin juga Amie tak amalkan minuman berais. Sekarang dah tak amalkan Inner Shine lagi... tapi syukur selsema tak pernah enyerang setakat ini.

    ReplyDelete
  21. assalam ummi..acik bukannya rasa ketat dah sakit pun..banyak juga vit.yang acik beli online dan makan..belum ada perubahan nampaknya..sabo je la kan ummi..dah sampai masanya

    ReplyDelete
  22. teringin nak cuba tapi tak tercuba lagi ...

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum wbt,

    kita pun sepesen jek. kdng makan sungguh kadang lupa

    ada pun cuma 2..

    vitamin c 1000mg & evening primrose oil 1000mg tu pun berbulan tak habis..hehe

    ReplyDelete
  24. ummi, innershine tu nmpk best la...

    ReplyDelete
  25. whh..produk innershine bru ke tu?? lya biasa mkn y prune & beri

    ReplyDelete
  26. ummi vit c tu berapa gm punya..berapa rm untuk 300 bj tu?

    ReplyDelete
  27. @MumMe;

    Betul MumMe, antara buah yang disebut dalam Al Quran, tentu banyak khasiatnya. Kalau best yang jus tu, nanti bagitau ummi ye.

    ReplyDelete
  28. @ Sweet N Pretty;

    Hehe..betul Intan, susut nilai, kena lah ganti mana yang kurang kan.

    ReplyDelete
  29. @yan's cottage;

    Yes Yan, kena makan juga vitamin walaupun kadang2 malas.

    ReplyDelete
  30. @MulutPayau;

    Samalah kita MP, tapi masa semangat datang tu belilah juga, kalau semangat hilang, nanti kita perbaharui lagi, hik!!

    ReplyDelete
  31. @Amie;

    Wassalam Amie cayang..

    Bagus kesan dia kan Amie, maklumlah extract buah, dulu ummi pun minum yang prune tu, sekarang cuba yang ni pula, sedap.

    ReplyDelete
  32. @Acik Erna;

    Ye lah Acik, bak kata Intan, badan kita ni dah susut nilai, macam2 rasa ada. Harap2 terus sihat untuk beramal ibadat.

    ReplyDelete
  33. @izan mama mia;

    Cuba izan, jangan tak cuba, sedap juga rasanya.

    ReplyDelete
  34. @ Ati Masrif;

    Wassalam atie..

    Hehe..samalah Atie kita ni, makan ikut mood, bila badan sakit2, rajinlah sikit, bila terasa sihat, malaslah pulak.

    ReplyDelete
  35. @ NM03;


    NMO3..jom pakat minum, biar cun melecun!!

    ReplyDelete
  36. @LYAfrina;

    Ye Lya, ummi pun dulu minum yang prune tu, tapi bila try yang ni ok lagi rasanya, tak pekat dan tak manis sangat.

    ReplyDelete
  37. BUNDA a.k.a KN;

    Bunda... vit c ni 100 gm, chewable, budak2 pun suka. Ummi beli hari tu RM100, free postage. Yang botol kecik pun ada ni Bunda..

    ReplyDelete