بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Selalunya bila ada stok baru, supplier dari Sarawak akan bagitau ummiross. Ummiross akan tengok dulu, kalau cantik dan berkenan dihati, ummiross akan order. Untuk kali ni ada 3 corak yang ditunjukkan, tapi ummiross pilih dua corak sahaja. Setiap satu ada 5 warna, ummiross hanya pilih 3 warna sahaja dari dua corak tersebut. Jadinya warna-warna dan corak dibawah ni telah dipilih kerana ianya bukan sahaja cantik pada mata ummiross tapi juga pada mata ‘pembantu2’ tak rasmi ummiross. Ummiross pula suka cuba letakkan kain pada patung, tengok rupanya bila dah jadi baju. Bukan apa, kadang-kadang kain nampak cantik, bila jadi baju tak berapa cantik pula. Kenalah cuba, try, test kan, hehehe..
Untuk KPH67-KPH68, coraknya berunsur flora dan fauna tapi dalam paparan abstrak dengan warna-warna lembut dan sejuk. Memang cantik!. KPH70-KPH72 pula merupakan corak etnik Orang Ulu. Ia nampak sangat klasik dan elegan dengan gabungan tona-tona warna yang serasi.
Jika ada mana-mana sekolah, jabatan atau persatuan yang berminat untuk membuat uniform, atau ada yang nak berpakaian sedondon sempena majlis kahwin dan lain-lain, kenalah cepat-cepat order ye, nanti melepas pula warna yang berkenan dihati, harga pun lebih murah jika membeli dalam jumlah yang banyak. Belian runcit pun turut dialu-alukan. Selamat menjamu mata.
KPH67
KPH68
KPH69
KPH70
KPH71
KPH72
Jenis : Kain Pasang Sarawak/Batik Sarawak
Material: Japan Polyester(best quality)
Harga Runcit: RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.
Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.
Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.
cantik2 yer
ReplyDeletememang tak ada kaler ijau ya ummi?
ReplyDeleteBerkenenlah Ummi..
ReplyDeleteCantiknya.....
ReplyDeletesya suka KPH70..hehe..kalau dibuat baju kurung mesti cantik..hehe..tapi duit tak ada nak beli..hehe.. btw sya ada request nie..hehe..bleh tak ummi ceritakan mcm mana ummi terlibat dlm business onliine ? hehe..share la ilmu sikit..
ReplyDeletememang cantik ummie... gambar satu paling sy berkenan
ReplyDeletecantiknya....citarasa kita samalh ummi....
ReplyDeleteummi share gambar yer....;-)
ReplyDeleteCantiknya Kak...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummiross
ReplyDeleteSelamat berkempin ...he he
@Kesuma Angsana;
ReplyDeleteTerima kasih KA.
@Khai♥Rin : anies;
ReplyDeleteHehe..takde Anies, peminat hijau ye?
Kakak berkenan yg biru tu manis sungguh warnanya...
ReplyDeleteCantik-cantiklah..
@Nor Salmi;
ReplyDeleteRoger2 ye Mie..
@MulutPayau;
ReplyDeleteTerima kasih MP.
@ Nana Liena;
ReplyDeleteMemang cantik tu. InsyaAllah Nana..Tq
@ibuintan;
ReplyDeleteRamai yang berkenan yang tu ibuintan, tq ye.
@NzA;
ReplyDeleteKita serupa..tq NzA
@Aziela;
ReplyDeleteTerima kasih Azila.
@Atuk;
ReplyDeleteWaalaikumussalam atuk..
Hehe..terima kasih atuk.
@Kakzakie;
ReplyDeleteKakzakie, ramai sungguh yang berkenan yang biru tu, ummi pun berkenan, hehe..
cantik...tapi dah lama tak tempah baju...asyik beli yan siap je....
ReplyDeletecantik-cantik kainnya ummiross...
ReplyDeleteCantik dan berbaloi, apatah lg kalau pandai menjahit sendiri.. save byk.
ReplyDeletecantik...
ReplyDeletebila nk jumpa sis ni...hihi
@@fitryz;
ReplyDeleteSalam fitryz, maaf dari blog mana ye, ummi cari link takde.
Sorry,gambar2 ni untuk tatapan customer Salamborneo sahaja fitryz.
@ MumMe;
ReplyDeleteKalau dekat boleh datang cuci2 mata ye MumMe.
@yan's cottage;
ReplyDeleteUmmi pun jarang buat baju Yan sejak bersara ni. Terima kasih.
@Miss Mirror a.k.a Sam;
ReplyDeleteYelah upah jahit pun boleh tahan juga mahalnya, kalau jahit sendiri memang banyak boleh save.
@Jemarisuri;
ReplyDeleteTerima kasih JS. Yelah asyik bz je memanjang kita ni ye, insyaAllah satu hari dapat juga kita jumpa.