Wednesday, January 16, 2013

JUBAH JORDAN DAN BALAD AMMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ada yang mencari jubah Jordan ke? Hehe..nampaknya keyword Jubah Jordan ni menyangkut kat blog ummiross. Mungkin gara-gara rancangan Safiyya TV9 baru-baru ni, ada slot yang menunjukkan kedai-kedai menjual jubah yang cantik-cantik kat Balad, Amman. Tak dinafikan memang cantik-cantik, tapi ummiross ni susah sikit nak cari saiz, sebab tu sebelum pergi dah siap beli jubah kat Malaysia, baru ngam2 saiznya.

Oklah, kita jalan2 kat Balad kejap ye. Balad ni kira tempat shopping dimana banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ummiross ni kira cuci2 mata je kat sini, beli cenderamata je sikit-sikit. Lebih kepada temankan rakan memilih dan membeli jubah untuk anak-anak perempuannya.

Olehkerana sibuk dengan aktiviti membeli( lebih banyaknya membelah, hehe..), tak terlintaslah pulak nak ambil gambar banyak-banyak. Jadi layan jelah 2-3 keping gambar dibawah ni, mana yang menyempat je. Janji nampaklah juga suasana kat Balad ni kan.

DSC_0360DSC_0361DSC_0357

Taraa!!, oleh kerana tak ambil gambar kedai2 jubah tu, tayang jubah sendirilah kan, ahaks!!. Dalam duk temankan rakan membeli tu, tewas juga ummiross. Nah..beli juga sepasang. Labuh..balik kat hotel, pinjam benang dan jarum kawan, alter sendiri. Murah je ni, ummiross pun tak ingat berapa tapi dalam RM50-RM60 je. Kain best sangat, kain cotton lembut dan sejuk. Memang susah nak cari jubah kain cotton kan, sebab tu beli juga walaupun saiz tak berapa nak ngam. Boleh bisnes jubah Jordanlah pulak ni, ada rakan2 blogger dari Jordan nak joint venture, hehhehe..

IMG_5736IMG_5723

 

Last but not least, cerita pasal makan-makan lah pulakkan. Makan2 kat Jordan ni memang ‘thumbs up’ lah, semua sedap2. Tabiklah ustaz sebab bawa kami makan tempat yang memang best.

 

IMG_3052
Ni masa kami pulang dari lawatan ke Laut Mati, singgah breakfast kat satu perkampungan kecil, Karamah, dah dekat dengan sempadan Israel ni.

 

IMG_2985
Kat depan kedai ni, ada jual Falafel, panas2, fresh from the kuali.


IMG_2981
Nilah Falafel. rangup diluar, moist didalam.

 

IMG_2980
Ni pulak hummus, yang ni special sebab ada daging sekali. Kat tengah tu ada minyak zaitun. Makan dengan roti Arab, olala!!!. Ummiross rasa hummus kat Karamah ni memang the best rasanya, kami ada juga makan kat hotel, tapi tak sesedap yang ni, yang kat hotel tu rasa lebih masam. Sampai sekarang masih teringat kesedapannya hummus di Karamah.
IMG_2982
Panggil apa ni? roti Arab ke, tak kisahlah, janji  sodap makan dengan hummus dan falafel tadi, besar gak ni, makan sorang2 memang tak abih.

 

Gambar-gambar kat bawah ni, jalan-jalan cari makan kami sepanjang di Jordan, yang sempat snap je lah kan. Layan…

IMG_3029IMG_3050IMG_3055IMG_3073IMG_3074IMG_3075

 

Hotel penginapan kami. Yang best sebab dekat dengan masjid, kat belakang hotel ni je. Sempatlah juga Mrhubby berjemaah dimasjid jika kami berada dihotel. Sebelah hotel ni pulak ada kedai yang jual pelbagai kuih-muih/manisan seperti baklava dll. Kena beli dalam kilo, tapi agaknya tauke kedai ni kesian tengok kami suami isteri terkebil-kebil nak membeli, dia bagi je pilih mana2 yang kami nak, dapatlah rasa kuih2 tradisional dia orang ni, sedap2 especially yang dibuat dari kekacang dan susu kambing, tapi mak aiii!, manis lah, kalau kurang manis, mau ummiross beli berkilo-kilo, hehe..

IMG_3025

Bye-bye Jordan. Ma’asalamah, ilalliqa’.

PAKEJ UMRAH ZIARAH JORDAN DAN SAMBUT RAMADHAN BERSAMA MR TRAVEL.

Nota kaki;

Hummus (Arabic: حُمُّص‎) is a Middle Eastern and Arabic food dip or spread made from cooked, mashed chickpeas blended with tahini, olive oil, lemon juice, salt and garlic. Today, it is popular throughout the Middle East, Turkey, North Africa, Morocco, and in Middle Eastern cuisine around the globe.

Falafel  is a deep fried ball or patty made from ground chickpeas, fava beans, or both. Falafel is a traditional Arab food, usually served in a pita, which acts as a pocket, or wrapped in a flatbread known as lafa. The falafel balls are topped with salads, pickled vegetables, hot sauce, and drizzled with tahini-based sauces. Falafel balls may also be eaten alone as a snack or served as part of a meze.

37 comments:

  1. Assalamualaikum Ummi sayangggg...
    bestnya dapat jalan2 .... teringin nak rasa falafel & lain2 hidangan tu... nampak sedaplah Ummi!

    ReplyDelete
  2. salam ummi..saya ada tgk juga Saffiya tv9 tu..cantik jer jubahnya..geram tgk..murah juga rasanya..

    ReplyDelete
  3. seronoknya.... saya ni mimpi la kot boleh sampai sane... hehehe

    ReplyDelete
  4. jalan2 cari makan...
    terbaik ummiross...

    ReplyDelete
  5. assalam ummiross..bestnya dapat sampai sana..alhamdulillah..acik dapat tumpang baca tengok gambar pun dah seronok

    ReplyDelete
  6. perang kat syria tu x melarat smpi jordan ke makk? uhHUu

    ReplyDelete
  7. ummi...jubah dari jorden nie...cantik2 kawan yan belajar kat sana...bila balik sini...mesti bawa jubah dari sana...buat jual di sini...

    ReplyDelete
  8. bestnye ummi dh smpi sana...teringin tp lum ada rezeki lg...doa2 kan lah ye...semoga tercapai hasrat hati...

    ReplyDelete
  9. wahh jalan2 sampai ke jordan ye kak...bestnya.

    ReplyDelete
  10. geram tgk jubah2 tu...walaupun saya ni amat jarang sesangat pakai jubah...dek kerana tak cukup inci hehe

    ReplyDelete
  11. seronoknyerr tgk ummi...bila la wani vleh sampai sana

    ReplyDelete
  12. ish ish jadi lapor tgk gambo makanan yg yummy. nak ke sana jauh sgt, tunggu ummi masakkan boleh kot hehe.

    ReplyDelete
  13. @Amie;

    Waalaikumussalam Amie cayang..

    Amie..carilah resepi, nanti Amie cuba buat dan kongsilah resepi ye. Kalau Amie yang buat mesti menjadi..insyaAllah.

    ReplyDelete
  14. @kasih Salina;

    Wassalam Salina..

    Cantik2 kan, memang betul harga memang berpatutan sangat.

    ReplyDelete
  15. @NM02;

    NMO2..insyaAllah satu hari nanti moga dapat ke sana.

    ReplyDelete
  16. @MumMe;

    Hehe..MumMe, nasib baik selera ni boleh je masuk, makanan Arab pun boleh je.

    MumMe..macamana jalan2 cari ilmu kita tu?

    ReplyDelete
  17. @ Acik Erna;

    Wassalam Acik..

    Yelah Acik, Alhamdulillah. Tengok gambar dulu Acik, insyaAllah sampai masa nanti, Acik pula dapat pergi.

    ReplyDelete
  18. @Wak Gelas™;

    Hehe..takde pula masa tu Wak.

    ReplyDelete
  19. @yan's cottage;

    Yelah Yan, memang cantik2, yang glamer, bling2 semua ada, ummi ni suka yang simple je. Tapi masalah juga, siaz tak berapa ngam, ummi ni tak cukup tinggi, hehe..

    ReplyDelete
  20. @ Jemarisuri;

    InsyaAllah JS, bila ada impian, insyaAllah cepat jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  21. @CeqGu;

    Ye CeqGu , anak2 dah besar ni senang sikit nak berjalan.

    ReplyDelete
  22. @❤Kamsiah❤;

    Hehe..Kam, samalah kita, tak cukup inci, nasib baik cukup kaki kan, hikhik!!

    ReplyDelete
  23. @Wanieys a.k.a IbuQalief;

    InsyaAllah, sama2 berdoa Wanie, insyaAllah dapat sampai.

    ReplyDelete
  24. @ Sweet N Pretty;

    Hehhe..boleh2 Intan, jom singgah Bangi.

    ReplyDelete
  25. meriah makanannya.... bestnya ummie


    bekas anak murid sy yg belajar di Jordan pun dah mula jual online jubah2 dari sana... cantik2 tp saiznya nampak mcm terlebih sikit

    ReplyDelete
  26. jauh betul jalannyer tu kak!

    ReplyDelete
  27. abg long nza dulu study kt jorden....setiap kali cuti mesti bwk blk jubah...mmg ngam2lh dgn ketinggian nza..maklumlah saiz ketinggian nza sama saiz dgn depa kot...hehehe.....

    ReplyDelete
  28. Ummi Aina beli jubah dari negara Arablah juga harga Rm150-170. Kat tesco Kajang banyak nampak jubah ala2 cam gitu tapi rasanya made in Malaysia coz kualiti kain dia lain. Pttern pun hampir sama tapi kalau diteliti betul2 akan nampak kelainannya.

    ReplyDelete
  29. @ibuintan;

    Hehe..bab makan2 memang selalu meriah kan ibuintan..

    ReplyDelete
  30. @Kesuma Angsana;

    Alhamdulillah KA..jauh berjalan luas pemandangan.

    ReplyDelete
  31. @NzA;

    Bestnya NzA..NzA memang saiz international, mesti padan dengan jubah2 tu.

    ReplyDelete
  32. @ Wanieys a.k.a IbuQalief;

    InsyaAllah Wanie, satu hari nanti.

    ReplyDelete
  33. @JunAina;

    Jubah Arab ni cantik2 kan Jun, kalau kat sana, memang puas hati memilih.

    ReplyDelete
  34. assalam..
    mcm mane ye kalau nk dapatkan jubah2 dr sana bole sesiapa dapatkan contact number or fb student yg menjual disana?tq

    ReplyDelete