Wednesday, December 26, 2012

PAVLOVA YANG UMMPH!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross suka juga menonton Asian Food Channel (AFC), bila berkelapangan. Yang paling ummiross suka tengok  rancangan SUGAR, chefnya Anna Olson atau Paula’s Home cooking dan Barefoot Contessa. Kek, pastry atau apa saja dessert yang mereka masak memang nampak sedap sangat. Kalau rajin ummiross google resepi dan buat, kalau tak rajin mulalah berfikir kat mana boleh dapat, hihi..senang cerita, order je.

Dah lama teringin nak makan pavlova gara-gara tengok Anna Olson buat rolled pavlova kat Astro channel 703. Tengok resepi taklah payah sangat nak membuatnya, insyaAllah satu hari nanti nak cuba juga . Sementara tu layan dulu mini pavlova dari kedai bergerak Cikmin, rakan fb ummi. Ummi order pavlova dan durian crepe lagi, pick-up point kat Al ikhsan Bangi, hari Jumaat baru ni.

DSC_0396

DSC_0395

DSC_0394

Dalam hujan yang memang tak renyai, ummiross sambut pavlova dengan riang ria. Sampai rumah terus je squeeze dia punya cream yang cikmin dah siap kan, buah pun ada sekali, pandai-pandailah hias sendiri (bab2 menghias ni memang ummiross suka, hehe).  Waa anak-anak bujang tu suka sangat, katanya manis tapi best jugak sebab krim yang lemak dan buah-buahan yang masam-masam manis tu memang sesuai sangat digandingkan dengan pavlova. Ummiross pun suka, tapi dah tua-tua ni makan kenalah berpada-pada. Terima kasih Cikmin, untuk mini pavlova yang memang ummph!! tu, lain kali bolehlah ummiross order lagi, insyaAllah.

42 comments:

  1. alhamdulillah...tq ummiros sudi oder via kedai bergerak cikmin..maaf ya terpaksa deco sendiri sbb takmau susahkan pakteh cikmin yg bwk oder2 tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Hadoiii... kecur liur tengok pavlova tu Ummi!!!!

    ReplyDelete
  3. @min kamal;

    Sama-sama Cikmin, tq juga untuk pavlova yang best tu ye Cikmin.
    Hehe..takpe, hias sendirilah baru best Cikmin, boleh letak buah n krim suka2 hati & ikut kreativiti..hik!

    ReplyDelete
  4. sedapnye....sy tak merase lg pavlove nih lg

    ReplyDelete
  5. sedapnya ummi.. dah lama tak order pavlova.. tengok gambar mini pavlova ummi tu terus teringin pulak.. he..he..

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka 703 juga, tapi nak membuatnya tu..aduhaii...ada besarrr punya M. Hehehehehe

    ReplyDelete
  7. @Amie;

    Amie..ummi kecur air liur tengok RV Amie tu, nanti ummi singgah Lahad Datu, nak ambik RV..,hik!

    ReplyDelete
  8. @Mimie;

    Mimie..sedap ni Mimie, insyaAllah nanti boleh cuba, jom datang Bangi, kita makan sama2, hik!

    ReplyDelete
  9. salam umi....nampak sedap pavlova ni..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Ummiross

    nyam nyam

    ReplyDelete
  11. kalau nak mkn buah2an ja boleh tak hehe

    ReplyDelete
  12. kalau liza tak cukup sepinggan ni kak ros.

    ReplyDelete
  13. @Wanieys a.k.a IbuQalief;

    hehe..best gak Wani, budak2 mesti suka ni.

    ReplyDelete
  14. @Hanis Azla;

    Ummi baru 1st time order ni, insyaAllah lepas ni boleh order lagi. Hehe..mai rumah, kita makan sama2.

    ReplyDelete
  15. Hehhe..si M ni memang, ummi pun ada penyakit M.... ni Aziela.

    ReplyDelete
  16. @shaiful zaidi;

    hehe..dapat tengok jelah kan, jauh beno nak bagi orang Laguna merbok rasa.

    ReplyDelete
  17. @atuk;

    Hehe..memang nyam-nyam ni atuk, sodap!!

    ReplyDelete
  18. @❤Kamsiah❤;

    Hehe..silalah Kam, mana satu pilihan hati, anggur ke Strawberry?

    ReplyDelete
  19. @Liza @ Adzriel AB;

    Hehhe..cayalah Liza, tapi tetap maintain slim kan.

    ReplyDelete
  20. sedapnye sis...mmg terbaekkk lah..

    ReplyDelete
  21. nyum nyum...terasa lapa walau br lps lunch... :)

    ReplyDelete
  22. @Jemarisuri;

    Hehhe..sekejap habis ni JS, sodap!

    ReplyDelete
  23. @MumMe;

    Lepas lunch boleh makan lagi ni MumMe, pencuci mulut, jom rasa..

    ReplyDelete
  24. kita mcm ada chemistry lak...hr tu ummi buat n3 pasal crepe durian n nza pn dpt mkn...bbrapa hr lepas beby pn buatkan pavlova n ummi pn wat n3 ttgnya......

    ReplyDelete
  25. @NzA;

    Ye ke NzA,klu macam tu bukan setakat chemistry tapi telepati juga ni NzA.

    Waa beby dah buat pavlova sendiri, dah boleh diharap anak ibu...

    ReplyDelete
  26. mini pavlova?
    1st time tgk ni.
    teruja!

    ReplyDelete
  27. sedapnya ummi kecor lior dibuatnya, nasib baik tk ngidam hehe.

    ReplyDelete
  28. Kalau kakak dapat ni kakak kutip satu-satu hirisan buah tu. Menggoda betul:)

    ReplyDelete
  29. @Syida;

    Syida, nanti boleh cuba buat sendiri, durian crepe dah dapat buat dengan jayanya kan, hehe.Ummi ni tau order je, produk cikminlah jadi pilihan hati.

    ReplyDelete
  30. @Sweet N Pretty;

    Hehe kalau Intan mengidam, ummi sanggup hantarkan.

    ReplyDelete
  31. @Kakzakie;

    Hehhe..boleh2 Kakzakie, buah2 tu pun best n fresh,makan buah saja pun sodap!!

    ReplyDelete
  32. wak pon sukak strawberi merah giur tuuu jugakkk.., ahhKs

    ReplyDelete
  33. Kecur air liur tengok pavlova tu.. Dah lama tak makan tapi tak rajin nak buat. Kena tunggu tukang masak balik.

    ReplyDelete
  34. Wah..sedapnya pavlova tu umi...memang betul2 terliur tengok....

    ReplyDelete
  35. @Wak Gelas™;

    Wak strawberry rupanya cantik, merah menyala, dan sedap pula dimakan kan Wak.

    ReplyDelete
  36. @Nor Salmi;

    Hehe..ummi pun sama Mie, rajin makan tak rajin buat. Bestnya ada tukang masak Mie..

    ReplyDelete
  37. @MulutPayau;

    Yelah Mp, ummi pun rasa nak order lagi ni..

    ReplyDelete
  38. tu dia ummi, sedapnya..terliur ni..

    ReplyDelete
  39. Assalam,

    Sedap nengok pavlova tu. sedap dan cantik, cantik dan menarik
    menarik dan tertarik

    ReplyDelete
  40. @Kasih Salina;

    Hehhe..jemput makan sekali, hik!

    ReplyDelete
  41. @mamawana;

    Hehe..cantik, tertarik, memang the best!

    ReplyDelete