Wednesday, October 24, 2012

KONVOKESYEN ANAK BONGSU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam bertemu kembali, lama tak bersiaran, ‘tuan tanah kedaung’ ni busy memanjang. Petang Jumaat minggu lepas kami ke Penang, jumpa abang dan Sil yang akan ke Mekah. Malam patah balik dan tidur di Ipoh. Keesokan pagi, anak bongsu ummiross ada rehearsal untuk konvokesyen di UTP, Seri Iskandar. Hari Ahad, 21hb.10, 2012 menghadiri majlis konvokesyen anak bersama suami. Malam balik ke Bangi. Keesokan pagi ke airport hantar abang dan Sil berangkat menunaikan haji. Semalam ke KLIA lagi, hantar kawan, juga berangkat ke Mekah. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan mereka dan semoga mendapat haji yang mabrur. Malam ni insyaAllah balik kampung pula. Jadi esok relaxlah sikit, insyaAllah dapat berpuasa sekeluarga di kampung.

Pagi ni baru sempurna nak mengadap lappy. Kena buat juga n3 kenang-kenangan ni. Konvokesyen anak bongsu. Sekadar berkongsi kegembiraan kami. Anak-anak adalah amanah. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan kami. Mendidik anak-anak tidaklah begitu sukar tapi memerlukan kesungguhan. Mereka cemerlang dalam pelajaran, mereka juga anak-anak baik yang mendengar kata, meski masih ‘gila-gila’ remaja, mereka sangat menjaga solat, malah tidak kekok untuk berpuasa sunat. Lalu kepada Allah jualah kami panjatkan segala rasa syukur, ia  persis diluar kemampuan kami, sungguh ia ehsan dari Allah, moga ia terus begitu, insyaAllah. Terima kasih kepada semua guru-guru dan pensyarah-pensyarah, kejayaan ini milik kita bersama. Moga Allah membalas segala jasa.

Kepada semua rakan-rakan blogger, Selamat hari Raya Aidil Adha. Selamat menunaikan ibadah Qurban. Ummiross bercuti mulai esok. InsyaAllah Isnin depan kita bertemu kembali.

Bergambar selepas majlis konvokesyen…

DSC_0128DSC_0166


Penyampaian ijazah Sarjana Muda Teknologi (Kepujian) Sistem Maklumat Perniagaan Kelas Kedua Atas oleh Tun Dr Mahathir Mohamad…

DSC_0067DSC_0068

 

Merakam kenangan….
DSC_0092DSC_0192DSC_0090DSC_0101DSC_0100DSC_0086DSC_0145DSC_0059

46 comments:

  1. Assalamualaikum Ummi...
    Alhamdulillah, semoga di permudahkan segala urusan bagi jemaah yang pergi untuk menunaikan haji .

    Tahniah untuk anak bongsu ummi.. Alhamdulillah, setapak lagi kejayaan yang di capai. Semoga anak tidak jemu menimba ilmu dunia dan akhirat, di samping menjadi anak yang soleh Dan sedia mendengar kata nasihat org tua.

    Berhari Raya di kampung ye ummi..

    Salam aidiladha buat ummi sekeluarga ya..

    Love - kakya :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah ummi.. saya tumpang seronok dan berbangga kerana ummi dikurniakan dgn anak2 yang membahagiakan hati ummi dan suami.. tentunya cara didikan ummi yang membawa kepada perkara yang baik2 itu.. Alhamdulillah bahagianya.. betullah ummi, sama pulak entry kita hari ini.. harap2 saya dapat mendidik anak2 sebaik ummi juga, insyaALLAH.. Selamat hari raya dan selamat balik kg utk ummi dan keluarga.. semoga selamat dalam setiap perjalanan hendaknya.. Take care ummi..

    ReplyDelete
  3. tak kesempatan kita nak jumpa kan.Pagi ni ina dah ada di Perak lepas balik dari shah alam.Mata rasa mengantuk ni dah dekat kul 12 ni

    ReplyDelete
  4. Tahniah Ummi. Semoga keluarga Ummi terus terusan dilimpahid engan kebahagiaan. Amiin.

    ReplyDelete
  5. @Deru Ombak;

    Waalaikumussalam Kakya..
    Alhamdulillah, dapat juga berlepas, moga mendapat haji yg mabrur.
    Tapi kan Kakya,kelam kabut juga Kakya yang dapat last minute ni, semalam pegi airport macam2 cerita, suka dan duka.Ada yang tak lepas lagi pegi.

    Terima kasih Kakya, bila dah lepas ni memang lega rasanya Kakya..
    Itulah doa ummi agar anak2 tidak jemu menuntut ilmu, moga menjadi anak soleh.

    Ummi balik kampung Kakya, semasa di Kuching memang kami tak balik raya haji,Alhamdulillah dapat beraya di kampung tahun ni, insyaAllah.

    Selamat hari raya juga buat Kakya....esok kita puasa sama2 ye.

    ReplyDelete
  6. @Hanis Azla;

    Alhamdulillah, terima kasih Hanis...Semuanya nikmat Allah yang sangat2 kami syukuri.

    InsyaAllah Hanis pun ummi nampak berada dilandasan yang betul mendidik anak2,ummi sebenarnya kagum dengan ibu2 muda sekarang,sangat mengambil berat pendidikan anak2 dunia dan akhirat sejak dari kecil lagi, itu petanda baik, tahniah, moga Allah memberkati segala usaha.

    Yelah Hanis, macam ada telepati pulak kita ye. Selamat hari raya juga buat Hanis sekeluarga dari kami sekeluarga, salam untuk semua.

    ReplyDelete
  7. @inazamri;

    InsyaAllah ina, kalau ada rezeki, jumpalah kita nanti, nanti mita roger2 lagi ye.

    ReplyDelete
  8. @Aziela;

    Azila..terima kasih banyak. Moga Allah melimpahkan kebahagian buar buat Azila sekeluarga juga.

    ReplyDelete
  9. insyaallah...mdpt apa yg dihajati...
    dan tahniah buat anak bongsu ummi...semoga senantiasa dibwh rahmatNya...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...tahniah ummiross atas kejayaan anak ummi...kejayaan anak adalah kejayaan ibubapanya mendidik... :)

    ReplyDelete
  11. wah... tahniah dari kami sekeluarga.... anak harapan dah ni...

    ReplyDelete
  12. @S! M4T4 C0KL4T;

    Terima kasih JS, moga Allah makbulkan doa, Amin..amin.

    ReplyDelete
  13. salam aidil adha buat umi juga... seronok tengok anak2 dah berjayakan umi....

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak....

    Tahniah utk anak akak...seronok kan dah konvo

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. tahniah buat ummi sekeluarga. Anak2 semua berjaya dan cemerlang.... bertuahnya ummi.

    Moga anak2 saya juga begitu nanti.. berjaya dalam pelajaran dan hidup mereka.

    ReplyDelete
  16. tahniah di atas kejayaan...tumpang gembira tgk...:)

    ReplyDelete
  17. tahniah utk anak bongsu ummi....seronokkan bila tengok anak2 dah berjaya...

    Selamat hari raya adiladha utk ummi dan keluarga...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah tahniah Ummi..awat mai Penang x inform saya

    ReplyDelete
  19. TAHNIAH anaknda....sejuk perut ummi mengandungkan anak2 yg soleh....Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup anaknda sekeluarga....
    Ensom anak ummi.....

    Selamat hr raya aidil adha ummi....

    ReplyDelete
  20. Tahniah buat si bongsu, juga buat Ummi dan suami... menjadi anak-anak Ummi ye.
    Selamat menyambut aidil adha buat Ummi sekeluarga.

    ReplyDelete
  21. Assalamualikum kak...

    tahniah utk anak bongsu akak...seronok kan ank dh konvo...Alhamdulillah...

    salam kenal kak dr wani aka ibuqalief...wani dtg dr blog Jemari Suri :-)

    ReplyDelete
  22. @MumMe;

    Terima kasih MumMe. Alhamdulillah, lega rasanya ni MumMe, tertunai tanggungjawab memberi pendidikan untuk mereka, semuanya dengan rahmat kasih sayang Allah SWT.

    ReplyDelete
  23. @Kazman / Sue;

    Terima kasih Kaz/Sue, Alhamdulillah, selesai satu bab, hehe..bab seterusnya harap2 dapat pekerjaan yang baik.

    ReplyDelete
  24. @dwaty;

    Terima kasih dwaty. Alhamdulillah, lega rasanya dwaty, dah abih belajar ni, harap2 cepatlah pula dapat kerja.

    ReplyDelete
  25. @PinkUmmi;

    Waalaikumussalam PU..

    Terima kasih. Alhamdulillah, memang seronok sangat melihat saat2 ini.

    ReplyDelete
  26. @ibuintan;

    Terima kasih ibuintan.
    Alhamdulillah,syukur sangat, semuanya dengan rahmat kasih sayang Allah SWT. InsyaAllah...anak2 ibuintan pun ummi percaya akan berjaya dengan cemerlang.

    ReplyDelete
  27. @Aishah Jahirah;

    Terima kasih Aishah, terima kasih berkongsi rasa gembira..

    ReplyDelete
  28. @MulutPayau;

    Terima kasih MP, Alhamdulillah..seronok dan lega juga MP sebab dah lulus semuanya.

    Selamat hari raya juga buat MP sekeluarga.

    ReplyDelete
  29. @khairul;

    Terima kasih khairul. Hehe.. kami pi sat je, memang kalutlah hari tu. InsyaAllah kalau ada kesempatan lain kali..

    ReplyDelete
  30. @NzA;

    Terima kasih NzA mendoakan yang baik2 untuk anakanda ummi, moga Allah membalas segala doa yang baik2 itu untuk anakanda2 NzA dan NzA sekeluarga..amin2x.
    Hehe kalau yg adik ni sporting je nak bergambar, kalau yang abang tak nak dia, pemalu.

    Selamat hari raya juga ye buat NzA dan keluarga..

    ReplyDelete
  31. @Amie;

    Terima kasih Amie cayang..
    Lega rasanya Amie, dah tamat pengajiannya, itulah harapan kita ibubapa kan, memberi pendidikan sebaik mingkin buat anak2. InsyaAllah nanti anak2 Amie pula akan menyusul dengan kejayaan.

    Selamat hari raya juga Amie..

    ReplyDelete
  32. @Wanieys a.k.a IbuQalief;

    Waalaikumussalam Wani..terima kasih. Alhamdulillah, syukur dan seronok masih terasa ni Wani, hehe..

    Terima kasih wani singgah blog ummi, nanti ummi singgah blog Wani ye, salam kenal juga dari ummi.

    ReplyDelete
  33. allhamdulillah tahniah buat si bongsu ummi. moga menjadi profesional bertakwa:)

    ReplyDelete
  34. tahniah atas kejayaan anak2 ye umi!

    ReplyDelete
  35. @Sweet N Pretty;

    Terima kasih Intan. InsyaAllah, moga Allah makbulkan, amin2x.

    ReplyDelete
  36. @Kesuma Angsana

    Terima kasih KA..

    ReplyDelete
  37. Tahniah

    lari topik

    suka blog umie yg ni ..

    ReplyDelete
  38. @puanbee;

    Terima kasih bee..

    Bee..yang bee buat hari tu pun cantik juga, lama ummi guna yang tu, tq ye.


    ReplyDelete
  39. Salam Ummi..

    Tahniah buat anak bongsu kamu dan juga kepada ibu dan ayah yang telah mendidik anak dengan sempurna dan berjaya sehingga ke tahap ini.
    Semuga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh/solehah dan berjaya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  40. @kak ina kl;

    Wassalam kak ina..

    Terima kasih kak ina. InsyaAllah sama2 kita mendoakan kebaikan untuk mereka, moga menjadi anak soleh dan solehah hendaknya.

    ReplyDelete
  41. tahniah tahniah tahniah
    hehehehe gmbr 1st..lelaki kat tepi kanan gmbr mcm kenal je

    ReplyDelete
  42. @Edy Fee;

    terima kasih3x edy..

    Ye ke Edy, sapa tu?

    ReplyDelete
  43. salam kak,

    rugi x dpt jumpa hrtu...btw, anak akak program BIS ye?macam penah nmpk mukanya...sape namanya ye?mana le tahu kut2 Ina penah ajar :D

    ReplyDelete
  44. @Ina Hashim;

    Wassalam ina..

    Yelah ina, ummi pun kalut juga hari tu,tak sempat nak contact awal2. Betul tu ina, BIS. Ummi tunjuk blog ina, tengok n3 potluck raya tu, ramai yang dia kenal. Dia kata dia biasa tengok ina juga, tapi ina tak mengajar dia. Rugikan, kalau tidak dapat kita berkenalan hari tu.

    ReplyDelete
  45. Takpela kak...dah bukan rezeki namanya....insyaAllah, ada rezeki kita berjumpa jugak satu hari nanti...Aminnn

    ReplyDelete
  46. @Ina Hashim;

    Betul tu ina, insyaAllah, Amin..

    ReplyDelete