Wednesday, September 5, 2012

YANG TAAT DAN YANG INGKAR

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah hari ni baru ummiross berpeluang berkongsi  pengalaman umrah ziarah Jordan dan Sambut Ramadhan. Rombongan kami hanya 6 0rang, 3 pasang suami isteri, hehe..sikit je kan, tapi best jugak pergi dalam grup yang kecil macam ni. Ummiross ambil pakej dengan MR Travel. Semasa pergi, seorang ustaz mengiringi dan seorang lagi menyambut kedatangan kami di Jordan. Kami tiba di Jordan pada waktu subuh, lalu bergegas mengambil wuduk dan solat di satu sudut balai ketibaan. Usai solat, baru kami beratur untuk urusan imigresen, urusan tidak mengambil masa yang lama kerana sebahagian besar telah selesai berurusan semasa kami menunaikan solat. 

IMG_2974
Kembara bumi ambiya’ dengan van, seronok sangat, sebab bilangan kami tak ramai, sekejap sahaja dah mesra, ustaz-ustaz pun baik-baik belaka. Setiap kali bergerak bagai satu keluarga.

 

DSC_0083
Surah Al-Kahfi memang dekat dihati, setiap kali membaca, selalunya ummiross suka membaca terjemahannya sekali, memang ralit membaca kisah-kisah didalamnya, terutama kisah pemuda yang mempertahankan iman lalu mencari perlindungan didalam gua. Alhamdulillah, akhirnya berpeluang menjejakkan kaki ke sini.

Firman Allah dalam surah Al-Kahfi:

"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".(Surah Al Kahfi :10)

IMG_3005
Menunggu giliran untuk masuk. Ada beberapa tempat yang dikatakan sebagai kesan tinggalan kisah Ashabul Kahfi, tetapi gua di Amman, Jordan dikatakan lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam Al Quran.

 

IMG_3014
Suasana di dalam gua.

"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)". (Surah Al Kahfi: 11-12).

 

DSC_0094DSC_0093
Tulang-belulang dan tinggalan yang dikaitkan dengan kisah Ashabul Kahfi masih dapat dilihat dengan jelas.

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk.. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".(Surah Al Kahfi: 13-14)

DSC_0112DSC_0110
Masjid Ashabul Kahfi, tersergam indah.


DSC_0114
Kanak-kanak sekolah yang sangat seronok untuk berposing.

 

IKTIBAR
Sebelum ke melawat Ashabul Kahfi, rombongan kami singgah sebentar di Laut Mati. Laut Mati ni sebenarnya tasik yang mempunyai ciri air masin seperti laut, malah kemasinanannya sangat tinggi sehinggakan tidak ada organisma hidup yang boleh hidup didalamnya.

 

IMG_2977


Banyak kajian yang mengaitkan Laut Mati dengan kaum Nabi Luth yang mengamalkan gaya hidup songsang atau homoseksual, lalu mendapat pembalasan dari Allah SWT. Sila rujuk LINK ni untuk mengetahui lebih lanjut.

"Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"( Surah Hud : 82-83)

DSC_0009
Pemandangan Laut Mati...

“Dan Kami tinggalkan pada negeri itu suatu tanda bagi orang-orang yang takut kepada siksa yang pedih.” (Surah Adz Dzaariyat: 37)

DSC_0015
Air yang sangat jernih dan sangat ‘melekit’, kesan dari garam yang tinggi.

DSC_0016A
Tahap kemasinan yang tinggi menyebabkan daya keapungannya sangat tinggi, jadi tidak akan tenggelam walau berada di kawasan yang dalam sekalipun.

 

DSC_0053AMentari pagi Jordan di musim panas, baru dalam pukul 7.45 pagi ni, tapi cukup terik. Sekiranya betul inilah tempatnya dimana kaun Nabi Luth menerima pembalasan, tentu sekali kami tidak mau berlama-lama di sini. Cukuplah sekadar singgah seketika, mengambil iktibar dari kisah-kisah terdahulu. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, sungguh terasa gerun dan gentar dihati.

Ummiross tutup entri kali ini dengan doa pemuda dari kisah Ashabul Kahfi;

"Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".[Surah Al Kahfi:10]

40 comments:

  1. selamat hari raya ummi!
    lama kita xjenguk blog ummi ni.

    ReplyDelete
  2. mintak izin share kat fb.... seronok la bacaa dan tengok gambar... banyak yg boleh di kongsi...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ummiross

    Besnya dapat ziarah gua Ashabulkahfi..teruskan coretan hasil ziarah ummi...M Wan tumpang gembira.

    ReplyDelete
  4. Ummii x mandi ke kt laut mati tu? Dlm gua tu,tulang tu milik siapa ya?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ummiross

    kena pasang niat ni...

    ReplyDelete
  6. @Syida;

    Selamat hari raya juga Syida. Ye lah lama tak nampak jejak Syida, rindu pulak.

    ReplyDelete
  7. @Kazman/Sue;

    Hehe..boleh2, moga sama2 kita mendapat manafaatnya.

    ReplyDelete
  8. @Mak Wan;

    Waalaikumussalam Mak Wan..

    Alhamdulillah...
    InsyaAllah Mak Wan, nanti ummi kongsikan lagi, moga sedikit sebanyak perkongsian ini ada manafaatnya.

    ReplyDelete
  9. @Khairin : anies;

    Hehe..taklah Anies.
    Tulang belulang tu dikatakan milik pemuda-pemuda dari kisah Ashabul Kahfi tu, ada yang dipamerkan dalam cermin dan ada yang masih dibiarkan dalam lubang gua.

    ReplyDelete
  10. @Atuk;

    Hehe..silakan Atuk, insyaAllah jika umrah lagi sekali bolehlah ke Jordan pulak ye Atuk.

    ReplyDelete
  11. Salam ummiross...seronoknya membaca kisah ummi kat sana.
    Semoga satu hari nanti,atie pon dpt beribadah di sana .Aminnnn

    ReplyDelete
  12. salam ummi.. zaza pun suka baca kisah ashhabul kahfi ni.. bestnya ummi dh pegi sana..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Yong Ummi,
    Selamat Hari Raya. Akak pun baru 2-3 ari ni dpt ziarah blog sendiri dan ari ni ziarah blog kenkawan.
    Sonok baca kembara Ummi. Ohh gi dgn MR Travel, agensi yg akak ikut gi buat Haji tahun lepas. Norsi, isteri ustaz Roslee, ada bagitau akak Ummi ikut agensi dia.Seronok kan kalau gi dl grup kecik.

    ReplyDelete
  14. ya ALLAH kak... baru tengok dalam jejak rasul ramadan lalu... akk dah sampai dulu... alhamduLLAH... ALLAH dah jemput akk ke sana... harap2 saya pun berkesempatan... teringin gak nak ke jordan...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah dapat pergi tempat yg disebut dalam al-Quran.mesti perasaan tu tak tergambar...doakan suatu hari saya pun sampai ke sana...

    ReplyDelete
  16. seronoknya tengok foto2 ummi tu. kalau pjg umur, murah rezeki teringin juga nak ke sana:)

    ReplyDelete
  17. @Khairul;

    InsyaAllah Khairul, jika ada keinginan, moga Allah sampaikan hajat khairul satu hari nanti.

    ReplyDelete
  18. @ ♥♥azatiesayang ♥♥;

    Waalaikumussalam Atie..

    InsyaAllah ummi doakan semoga Allah memperkenankan doa Atie..Amin.

    ReplyDelete
  19. @zaza;

    Waalaikumussalam zaza..

    Ummi doakan moga zaza pun berpeluang untuk ke sana nanti dan seterusnya menunaikan umrah, amin..

    ReplyDelete
  20. @MOH KEMBARA;

    Waalaikumussalam Kak..
    Selamat hari raya jugak dari kami kak.

    Yelah, samalah kita, ummi pun rehat agak lama juga dari berblog.
    Ye kak, dengan MR, Norsi tu kawan akak rupanya,kecik je dunia ni kan, tak sangka jumpa kawan baik akak.
    Alhamdulillah, seronok kak, semua baik2 belaka.

    ReplyDelete
  21. @dwaty;

    Ye ke dwaty, ada tunjuk Jordan ye. Ummi tahun ni banyak tengok TV Al Hijrah, termiss pulak Jejak Rasul.
    Alhamdulillah, syukur sangat2. Ummi doakan dwaty pun dapat menjejakkan kaki ke sana nanti.

    ReplyDelete
  22. @Aishah Jahirah;

    Alhamdulillah, rezekikan. Ummi doakan agar Aishah pun dapat mengerjakan umrah dan ziarah jzordan sekali, melihat kesan2 sejarah Islam.

    ReplyDelete
  23. @Sweet N Pretty;

    InsyaAllah, ummi doakan Intan pun dapat ke sana dan menunaikan umrah juga. Moga dipermudahkan, Amin.

    ReplyDelete
  24. wah bestnye dah sampai sana..alhamdulillah.
    bila la pulak my turn...

    ReplyDelete
  25. salam ummi

    seronok betul dapat membaca dan menatap
    gambar tempat2 bersejarah ini
    bertuah ummi dapat kesana

    terima kasih kongsi kisah yg menarik :)

    ReplyDelete
  26. thanks for sharing ummiross...takjub sgt mumme dgn laut mati tu,ummi...

    ReplyDelete
  27. seronoknya baca n lihat gambar pengembaraan ummi tu.....Moga suatu hr nnti nza dpt juga jejak kaki ke sana..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  28. @Edy Fee;
    Alhamdulillah. InsyaAllah satu hari nanti moga Edy pun akan berpeluang ke sana.

    ReplyDelete
  29. @Ati Masrif;

    Wassalam Ati..
    Sama2 Ati, moga sedikit sebanyak kita sama2 mendapat manafaatnya

    ReplyDelete
  30. @MumMe;

    Welcome MumMe, view kat situ memang cantik MumMe.

    ReplyDelete
  31. @NzA;

    InsyaAllah NzA, jika ada keinginan, tentu Allah makbulkan. Moga NzA pun dapat ke sana nanti.

    ReplyDelete
  32. js pun ada cita2 nk ke sini...insyaallah..doakan moga js dpt smpi ke sana ye...^^

    ReplyDelete
  33. Mudah-mudahan suatu hari nanti kami akan sampai juga menurut jejak langkah Ummi... banyak ikhtibar & pengajarannya.

    ReplyDelete
  34. @jemarisuri;

    InsyaAllah js,moga JS dapat ke sana nanti. Jordan negara yang cantik.

    ReplyDelete
  35. @Amie;

    InsyaAllah Amie, moga Amie pun dapat ke sana. Betul tu, berziarah dan mengambil iktibar dari sejarah lalu.

    ReplyDelete
  36. indahnya perkongsian dari ummi ni.. teringin juga unruk ke sana.. semoga ada rezeki hendaknya, insyaALLAH..

    ReplyDelete
  37. @Hanis Azla;

    Tq Hanis. InsyaAllah, moga hanis juga dapat ke sana nanti, jika ada impian insyaAllah dimakbulkan.

    ReplyDelete
  38. seronoknyer dapat ke sana ye ! insyaAlah satuhari giliran KA pula ye amin2

    ReplyDelete
  39. @Kesuma Angsana;

    Alhamdulillah, memang best KA, rasa macam mimpi pun ada, hehe..
    InsyaAllah satu hari sampai giliran KA pula, amin2x..

    ReplyDelete