Tuesday, September 25, 2012

ROYAL IVORY PUCHONG JOM BERJIRAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sejak berpindah ke sini, jika ada masa terluang selalu jugalah kami sekeluarga survey ke sana-sini nak mencari rumah idaman, sukar juga rupanya nak kena dengan selera dan bajet yang termampu. Tapi nak jadi rezeki, tiga hari selepas balik dari umrah, anak sulung mengajak kami ke ‘LBS sales gallery’ kat Bandar Saujana Putra, Puchong. First time tengok dah berkenan, hehe..cinta pandang pertama.  Tapi sebelum decide kenalah solat istikharah dulu kan, yelah risau juga, bukan calang-calang pelaburannya.

Memikirkan Mr Hubby pun banyak tahun lagi baru bersara, anak pun dah bekerja kat sini, jadi eloklah beli rumah daripada menyewa. Nanti kalau pencen, rasa nak tinggal di sini terus pun boleh kan. Kalau rasa nak balik kampung pun boleh, dah ada teratak kecil untuk kami berdua. Mungkin rumah ni jadi rezeki anak-anak pula nanti. InsyaAllah…!

l.phpa

Nilah lebih kurang rupa Royal Ivory, Double Storey Cluster Semi-D, di Bandar Saujana Putra, Puchong yang kami beli  tu. Bulan Mac 2014 dijangka siap, rasa macam lambatlah pulak, hehe..tak sabar lah tu. Tapi masa pun berlari pantas sekarang kan.

ce5ac02cbae54b22be0c3c3b773602db4cce23ffc1e44f5986c3a286e7598d35

Ni pulak gambaran artis untuk interior design untuk Royal Ivory series..

Sekarang Royal Ivory 2 pula telah dibuka untuk jualan.. Sapa-sapa yang berminat bolehlah ke ‘sales gallerynya’  di Bandar Saujana Putra. Hari Ahad baru ni kami pun ada ke sana. Tapi harganya sekarang dah RM500 000++. Mungkin keluasannya bertambah sedikit. Fuhh!!, pelik memikirkan harga rumah sekarang.Kalau ada yang berhajat bolehlah. Nanti dapatlah kita berjiran.

57 comments:

  1. minat tapi alamak reganyer! fuhhhh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ummi...

    Cantik rumah ni ummi.. Kakya last beli rumah yang kedua, 15 tahun lalu ummi..hutang bank pun dah langsai. House warming nnti jemput okeh (kalau kakya Ada umur lagi masa tu)..

    ReplyDelete
  3. ina berhajat gak nk jd jiran...tapi hajat tak kesampaian la bila tgk harganya heheheh.Takpe 2014 nnt kalau ummi buat kenduri jgn lupe jemput ye.

    ReplyDelete
  4. thn dpn sy bleh beraya kt sini kan ummi? heheheh da dkt dgn umah abang ipar (putra height)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..dah pindah ke semananjung ya..Masyaallah tahniah.

    ReplyDelete
  6. tak termampu hehe...harga rumah skrg mmg tak masuk akal...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah bakal pindah ke rumah baru nanti. Cantik rumah tu ummi, skrg seme desain & konsep centu. Harga tu kira dh murah ummi utk area KL/Sgor. Area intan ni intermediate je dh 600k++ huhu. Harga rumah dh mcm bubble sbb brp pun developer letak semua habis org beli hmmm. dh kaya beno gamaknya org msia ni...

    ReplyDelete
  8. mewah nya...boleh tengok gambar aje la saya ni huhu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. seronoknya beli rumah.. cantik pulak tu.. terpikat juga dgn design dan interior designnya.. tgk harganya mmg rasa tak mampu nak berjiran dgn ummi.. he..he.. nnt buat house warming jgn lupa jemputnya..

    ReplyDelete
  10. ummi,
    kita baru je jual umah kita yg kat puchong, or else dpt la kita berjiran

    ReplyDelete
  11. betul ummi...umah skrg harga mmg rasa x ckp gaji nk beli...huhu...

    ReplyDelete
  12. cantiknyaa.. kalau dapat duduk situ boleh kata duk dalam mahligai la.. harga pun mencecah 1/2 juta...

    ReplyDelete
  13. @Kesuma Angsana;

    InsyaAllah, nanti KA pun mampu juga.

    ReplyDelete
  14. @Munnafendy;

    InsyaAllah, akan mampu juga sedikit masa lagi, ummi doakan.

    ReplyDelete
  15. @Deru Ombak;

    Waalaikumussalam Kakya..

    Alhamdulillah, murah rezeki Kakya, seronokkan semua hutang dah jelas.
    Ummi pun tahun depan rumah pertama akan habis loannya. Rumah kedua insyaAllah akan menyusul. Rumah ke3 ni lebih kepada pelaburan, untuk anak2 juga.

    ReplyDelete
  16. @Deru Ombak;

    Hehe..insyaAllah, kalau ummi buat house warming, ummi tak lupakan Kakya, doakan kita sama2 panjang umur panjang umur.

    ReplyDelete
  17. @inazamri;

    Hehe..insyaAllah ummi yakin ina pun mampu tu. InsyaAllah kalau ummi buat house warming, ummi jemput ina sekali.

    ReplyDelete
  18. @KhaiRin : anies;

    Hehe tahun 2014 tu Anies, tahun depan jom beraya di Bangi. Oh,lain kali bolehlah singgah menyinggah kat Saujana Putra pulak.

    ReplyDelete
  19. @Kehidupan Makkah;

    Waalaikumussalam Tuan haji..

    Hehe dah tuan haji, bulan 2 hari tu, ingatkan tuan haji dah tau. Alhamdulillah , terima kasih.

    ReplyDelete
  20. @❤Kamsiah❤,

    hehe..yelah kan, kadang2 pelik jugakkan dengan harga yang tak tercapai dek akal tu.

    ReplyDelete
  21. @Sweet N Pretty;

    Alhamdulillah, yelah semua design macam tu sekrang kan. Tu lah lepas dah survey banyak tempat, kira ok gak harga tu, lagi pun ada tanah dalam 10 kaki ditepi rumah. Betul3x, mahal2 pun ada buyer jugakkan,pelik juga tengok jual rumah laris macam jual pisang goreng panas2, hehe..

    ReplyDelete
  22. @khairul;

    InsyaAllah, khairul mampu tu..

    ReplyDelete
  23. @Hanis Azla;

    Alhamdulillah, berakhirlah sebuah pencarian, hehe. InsyaAllah Hanis pun mampu tu. Ok2, kalau ummi buat house warming, akan jempt Hanis, insyaAllah.

    ReplyDelete
  24. @Syida;

    Laa betul ke?. Ye lah kan, kalau tidak, dapat juga kita berjiran. Jom beli yg baru, hehe...

    ReplyDelete
  25. @Mrs JemariSuri@mama QiSha;

    Ye lah kan, harga kadang tak tercapai dek akal. InsyaAllah JS pun mampu tu..

    ReplyDelete
  26. Untung Ummiross sempat grab harga tu...best ada laman pulak tu...

    ReplyDelete
  27. Cantiknya Rumah tu.. Harga yang baru dah setengah juta?.. Mak aiii

    ReplyDelete
  28. @MumMe;

    Ye lah MumMe...nak jadi rezeki ummi, masa pergi dulu dah tak banyak lot Bumi yang tinggal. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  29. @Nur;

    Terima kasih Nur, yelah kan, cepat je naik harganya, makin lama makin tak mampu rasanya.

    ReplyDelete
  30. @aimaniman;

    Aina..rumah takdelah besar mana, harga je besar, hehe..

    ReplyDelete
  31. Hampir setengah juta. Malangnya katung duit tidak sebanyak itu. :-)

    ReplyDelete
  32. orang kata kalau nak cari aset... better rumah... tp tu ar... rumah sekrg kemain mahal... adeh... tak mampu lagi stakat ni... tak cukup syarat...

    ReplyDelete
  33. salam kak ummi..bestnyerrrr beli rumah cantik sangat2 kak.. tumpang gembira buat akak sekeluarga :-)

    ReplyDelete
  34. @akubiomed;

    Hehe..insyaAllah mana tau ada rezeki satu hari nanti kan. Ummi doakan..

    ReplyDelete
  35. @dwaty;

    ye le kan dwaty, cepat meningkat harga rumah ni, pelaburan masa depan, dalam masa 2 tahun je boleh meningkat gila2 harganya, hehe..

    ReplyDelete
  36. @zaza;

    Wassalam zaza..
    Alhamdulillah, reeki kat sini. Terima kasih zaza berkongsi rasa gembira dengan kami..

    ReplyDelete
  37. Ummie saya memang tk mampu .. nak berangan pun takut :)

    ReplyDelete
  38. salam ummi,

    rumah2 di puchong memang dah naik sekarang
    baru ahad lepas kita ke rumah kawan
    di puchong..rumah teres tepi lot tepi harga
    di beli 3 tahun dulu 400k..aduhai :)

    ReplyDelete
  39. cantiknya rumah idaman ummi...tgk harga...Fuh!!!!!xmampu lagi la nk beli....

    ReplyDelete
  40. @puanbee;

    InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti, bila anak2 dah besar,ada rezeki bee pulak..

    ReplyDelete
  41. @PinkUmmi;

    Terima kasih PU, ilustrasi pelukis tu memang nampak cantik, harap2 dah siap nanti pun cantik macam tu jugaklah, hehe..

    ReplyDelete
  42. @Ati Masrif;

    Ooh ye ke Ati,ummi pun ada dengar macam tu, harga rumah di Puchong memang menigkat, susah nak cari yang bawah RM400K sekarang.

    ReplyDelete
  43. @NzA;

    Hehe.. NzA, dah lama mencari, akhirnya bertemu idaman hati.

    Ummi percaya NzA pun mampu, insyaAllah...

    ReplyDelete
  44. pesat membangun bandar saujana putra...strategik lokasi dia pun...mahal harga umah sekarang ni.tp xpe aset...

    ReplyDelete
  45. Memang rumah sekarang ni mahalkan Ummi... di tempat Amie pun bukan alang-alang lagi harganya, tapi ada juga orang nak beli!

    ReplyDelete
  46. cantik rumah kat sana, harga pun pasti mahal, salam kenal~

    ReplyDelete
  47. @Aisha Jahirah;

    Yelah Aishah, banyak lagi projek2 rumah akan menyusul. hehe..betul tu, aset!

    ReplyDelete
  48. @Amie;

    Yelah Amie, kalau tak beli sekarang, nanti harga makin meningkat, jadi grablah jugak Amie..
    Kat sabah pun mahal gak ye Amie?

    ReplyDelete
  49. @Donny len;

    Hehe..harga pun cantik juga Donny,apa boleh buat, dah berkenan.
    Salam kenal Donny, terima kasih singgah blog ummi.

    ReplyDelete
  50. Salam, Ummi.. sy saje jln2 blog skali tersinggah kat blog ummi.. nampak gayanya kita bakal berjiran la nti kat royal ivory ni hehe. umah ummi lot yg mana? sy punya umah kat dua row paling hujung skali tu..

    ReplyDelete
  51. Wassalam Dania..

    Waa best2,, rumah ummi no.2 dari hujung,tak tau nak explain macamana, kalau suami tahulah ni.Entah2 jiran sebelah je kita ni Dania, hehe..
    Dania ada blog ke?

    ReplyDelete
  52. Ummi , saya baru bercadang beli royal ivory 2. baca dalam facebook residence banyak pulak kate defect sana sini. Tapi secara positif kami tetap nak beli, sebb dekat dengan cyberjaya:):) . Ummi Royal ivory 1/2? -Hanna

    ReplyDelete
  53. Hanna.. ummi beli yang royal ivory 1.
    Ummi pun maklum tentang defect tu untuk rumah2 sebeluam ni, tapi untuk royal ivory ni katanya pemaju dah tukar contractor, harap2 yang baru ni oklah kan.
    Betul tu secara positifnya boleh belilah kan. Suami dan anak ummi, dua2 kerja kat cyberjaya, so itulah yang terdekat dan masih dalam kemampuan untuk membelinya.
    Jom join ummi jadi warga royal ivory, hehe..

    ReplyDelete
  54. Yayy... mmg suka sangat design rumah..mula-mula nak beli dekat Putra Heights , tapi nampaknya semua dah naik harga. Nanti insyaAllah ade rezeki boleh lah berjiran:):)

    ReplyDelete
  55. @Hanna Mohd Ali;

    Cantikkan design rumah tu. InsyaAllah Hanna, seronok kalau dapat berjiran nanti.

    ReplyDelete