بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Sabtu baru ni, ummiross terima jemputan ke kenduri kesyukuran rakan blogger yang cantik manis. Fikir duk fikir apa nak di bawa sebagai buah tangan. Akhirnya Tiramisu jadi pilihan, sebab anak2 pun suka, buat pun senang. Cuma kenalah cari bahan, yang penting suci dan halal. Mascaporne cheese dan whipping cream pun dah senang nak cari yang halal sekarang.
Yang kat rumah boleh letak dalam gelas cantik2, yang di bawa sebagai buah tangan terpaksalah letak dalam tupperware, senang nak bawa.
Resipi Tiramisu ni banyak versi. Ummiross suka yang ni sebab telurnya tidak diletak mentah tetapi dimasak sedikit secara double boil.
Resipi Tiramisu:
3 biji kuning telur
100g gula
250g mascaporne cheese
400g whipping cream
Biskut ladyfingers atau kek(ummiross guna sponge kek)
Bancuhan kopi
A.Satukan kuning telur dan gula, double boil dlm 3-5 minit sehingga gula agak hancur dan sebati dengan telur. Biarkan sejuk seketika.
B.Sementara tu pukul mascaporne cheese sehingga gebu. Kemudian masukkan campuran telur gula tadi yg dah agak sejuk kedalamnya. Gaul sebati.
C. Pukul whipping cream hingga gebu. Masukkannya ke dalam B, kaupbalikkan hingga sebati. Siap untuk diguna.
Renjis kek dengan bancuhan kopi sesuka hati, hehe..agak2lah kan, jangan terlampau suka hati pulak, lencun kek tu kan!
Lapiskan dengan adunan yang telah siap tadi berselang seli. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam, baru sedap untuk di makan.
.
Akhirnya, taburkan serbuk koko ke atas lapisan cheese sebelum dihidang.
Kepada yang berpuasa sunat hari ni, bolehlah mencuba sebagai pemanis mulut untuk iftar, sonang dan sodap, olala!!!
ps: Bestnya pekena nasi dengan ulam-ulaman dan tempoyak baik punya!, kat rumah Hanis Azla. Thank you dear Hanis and family. Sayang tak sempat jumpa Liza, tersenyum baca entrynya di blog pasal sejuknya ulam, panasnya durian…
wah best ni.. resepi mesti cuba tq!
ReplyDeleteuikk... tengok pun dah sedap dah ni....
ReplyDeleteSalam sayang ummi dan sahabat Salam Borneo
ReplyDeleteTelioq Mak Wan............kalau buat juadah berbuka puasa mesti sodap kan...he...he...he
cantik dan menjadi....rasanya pasti sedap..:)
ReplyDeletealahai...kita tengah diet ni huhuhu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. sedap sgt tiramisu ummi.. terima kasih byk2.. anak2 pun suka.. Han siap suruh saya minta resepi dari ummi.. langkah kanan rupanya sebab ummi dah berikan resepinya di sini..
ReplyDeleteTerima kasih byk yer buat ummi dan suami kerana sudi dtg.. berbesar hati sgt rasanya.. minta maaflah klu ada kekurangan..
wah ummie terbaik , saya dah bookmark ... saya nak buat nanti nih ..
ReplyDeletewah...seronoknya duduk berhampiran
ReplyDeletedengan rakan blogger yek :)
tak pernah cuba lagi...insyaAllah
dah tak sabar nak cuba nanti..TQ!
waahhh..best nyer..nmpak sedap..'ll try it later...:)
ReplyDeletethanx for sharing.....yum3...:)
Salam Yong Ummi,
ReplyDeleteOhhh cam tu yaa buat Tiramisu...nanti nak try. Tima kasih Yong!
ummi....nza br lepas buka puasa n terus terjah blog ummi...trpandang lak tiramisu ummi yg yummy tu...telan airliur jelh...hu.hu.hu.....
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummiross
ReplyDeletesinggah sini rasa tiramisu
nak satu glas lagi ...boleh...
mmmm...sedapnya Ummi...nyaman masuk ke tekak...Amie ambil satu gelas ye Ummi cayanggg!
ReplyDeleteterlior la Ummi
ReplyDeletesalam kenal...suka lak resepi ni sbb telur tu dipanaskan dulu kan.
ReplyDelete@Kesuma Angsana;
ReplyDeleteSenang dan sedap ni KA...
@Kazman/Sue;
ReplyDeleteJangan tengok je Kaz/Sue, jemputlah makan,hehe...
@Mak Wan;
ReplyDeleteSalam sayang dan salam rindu-rinduan Mak Wan.
Betul tu Mak Wan, sedap dan mengenyangkan jugak.
@Kamsiah;
ReplyDeleteHehe..sekali-sekala buat, kadang elok je jadi, kadang2 ada yang 'kureng'.
@inazamri;
ReplyDeletehaha...kalau cuba satu cawan, nanti nak lagi ni Ina, hancus diet kita.
@Hanis Azla;
ReplyDeleteAlhamdulillah, Hanis n anak2 suka, riasau juga bagi kuih tapi orang tak suka, maklumlah selera lain2.
Nanti boleh ajak Han buat sekali,main masak2, senang je ni, mesti dia seronok.
Sama2 kasih. Takde yang kurangnya Hanis,layanan mesra, menu pun best!, dijemputpun ummi sangat berbesar hati.
@puanbee;
ReplyDeleteTrylah buat nanti bee, insyaAllah anak2 bee tentu suka ni.
@Ati Masrif;
ReplyDeleteYelah Atie, kalau dekat, sekali-sekali bila ada majlis boleh juga bertemu mata.
Cubalah Atie, senang je buatnya.
@ mrs.asrafovic;
ReplyDeleteBoleh2, nanti cubalah, memang sedap terutama kepada yang sukakan western dessert.Sama2 dear!
@ MOH KEMBARA;
ReplyDeleteCayalah, akak memang boleh buat punya kak, mesti sedap!. Ummi pun masih duk terbayang puding Turki n pizza akak tu, mabeles!!!
@NzA;
ReplyDeleteNzA, memang kalau buat berbuka puasa ni memang best!, Kalau dekat, dah hantar untuk NzA berbuka ni..
@Atuk
ReplyDeleteWaalaikumussalam Atuk;
Hehe dah sempat merasa ye,amacam, ok tak Atuk?
@Amie;
ReplyDeleteAmie cayang..selalu ummi yang singgah makan kat dapur Amie, hari ni Amie pulak singgah kat dapur ummi, ambik 2-3 gelas pun takpe Amie,hik!
@khairul;
ReplyDeleteJangan renung lama2 khairul, nanti meleleh airliur..
@FnF Simple Life;
ReplyDeleteSalam kenal juga dari ummi,terima kasih sudi singgah.
Ha'ah, ummi pun suka resipi ni sebab telur tu di masak sedikit secara double boil, takdelah pukul mentah2 macam tu.
sedapnya ummi yummy. tgh posa lak ni huhu. pos le sini sikit hehe
ReplyDeletekalu sy mai bangi ummi kena buat kn utk sy tau! hehehehe
ReplyDelete@Sweet N Pretty;
ReplyDeletehehe..Intan, kalau pos nanti cair meleleh, datang je Bangi nanti, kita sembang2, makan2.
@KhaiRin:Anies;
ReplyDeleteBoleh2 Anies,beres!, roger2lah dulu sebelum datang tu.
wah..boleh try ni ummiross...
ReplyDelete@MumMe;
ReplyDeleteBoleh2 MumMe...mudah je,mesti anak2 suka ni, cold, creamy and cheesy!
mmg terbaek lah ummi puya dessert...mesti sedap kan..^^
ReplyDelete@jemarisuri;
ReplyDeletehehe js,tq. Cubalah nanti js,mana tau nanti jadi peberet js n keluarga pulak.
terliurnya tengok gambar tiramisu tu..kena try wat nie..hehe
ReplyDeletesedapnye sis..tertelan air liur sy...
ReplyDeletewah bagus ni =) terliur dah..
ReplyDelete@zaxx;
ReplyDeletetry je zaxx, insyaAllah menjadi...
@Yumida;
ReplyDeleteHehe nanga jak dah nyaman, klu makan lagi nyaman ni Yumida..
@ nn lylyn;
ReplyDeletejemput makan nn lylyn,hiihik!!