Thursday, May 24, 2012

GRAND BLUE WAVE DAN DANGA BEACH JB

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah perjalanan ke Johor Bahru beberapa hari lepas berjalan lancar. Mulanya nak menginap di Puteri Pan Pacific, tapi bilik semua dah full. Jadi akhirnya Mr Hubby booking Hotel Grand Blue Wave.

DSC_1010DSC_1011
Cantik dan selesa juga bilik hotel ni. Ada dapur sekali.  Kalau bercuti takdenya sempat nak memasak. Tapi kalau pergi ramai-ramai best juga memasak ni.


IMG_2389
Sarapan pagi di Hotel Grand Blue Wave, pasta dan salad, memang favourite ummiross.

 

IMG_2390
Sedapnya..lembut n creamy. Ada banyak makanan berat-berat, nasi lemak, mee, lauk-lauk pun nampak sedap, tapi pagi-pagi sangat tak rasa nak makan nasi lagi.

IMG_2391
Fruit cocktail dan yogurt,akhirnya kekenyangan juga.

DSC_1017
Petang, ambil angin kat Danga Beach..

DSC_1030
Banyak kapal-kapal berlabuh kat sini, rasanya milik persendirian, ramai ‘mat saleh’.

IMG_2380
Singgah kat Bawang Merah Cafe, cafe muslim, yang lain-lain kebanyakannya milik bukan muslim. Makan-makan sambil melayan pemandangan yang cantik dan diulit angin sepoi-sepoi bahasa. Sempoi lah macam ni!!


IMG_2385
Sila terliur..sebab memang sedap tauhu bakar ni! 5 hengget sepinggan..

 

IMG_2388
Katanya specialty makanan kat sini sebab sambalnya yang sedap. Ummiross cuba ikan pari bakar ni. Pergh!! makan sampai jilat-jilat jari.

IMG_2381
Sotong pulak!, pari lagi best rasanya. Ada order sayur juga tapi lupa ambil gambar. Memang puas hati jugaklah makan kat sini.

 

IMG_2424
Dah kenyang, ke kedai bebas cukai pulak, cari coklat, untuk rakan dan anak-anak. Singgah juga ke KLS shopping complex, tak beli apa-apa pun , sekadar cuci-cuci mata je. Tak dapat jalan jauh-jauh, tidur satu malam je, keesokannya dah nak balik. Sekadar ikut suami, ada majlis di JB. InsyaAllah lain kali datang lagi, mungkin boleh bawa anak-anak ke Singapura sekali.

23 comments:

  1. wahh... dah sampai jb.... layan makan lagi pulak tu... tertelan air liur kami kat sini... haaa3x

    ReplyDelete
  2. nang kacak hotel ya kak..brapa byr? makanan...hmmmmm...alu lapa kmk...selamat berholiday n berhoneymoon..hihi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ummiross

    lama betul tak ke JB...

    sehari dua ni nak buat baik kat ummi laaa
    sebab nakkan coklat....he he

    ReplyDelete
  4. memang terliur la tgk pic pun...menggoda je tauhu bakar tu..

    ReplyDelete
  5. belum cuti skulah dh full yek hotel ummiross...tp hotel yg ummiross pg ni pun cantik...

    ReplyDelete
  6. alamak js posa...bukak2 tengok makanan huhu...smua js suka...hihi

    ReplyDelete
  7. tak tahan masuk blog ummi hari ni...tgk mknan yg sedap..lapar la ummi....hu.hu.hu.....

    ReplyDelete
  8. salam kenal...

    tak pernah sampai lagi ke Danga Bay...

    makanan2 tuh semuo nampak sungguh marveles...

    ReplyDelete
  9. @KhaiRin:Anies;

    memang untuk Anies tu, untuk Anies tengok je lah,hikhik!!Kalau nak kenalah singgah Bangi...

    ReplyDelete
  10. @Kazman / Sue;

    Kaz/Sue, dah lama sangat2 ummi tak ke JB,maklumlah merantau jauh. Layan makan2 ni memang seronok, tapi tak sempat nak merasa makanan tradisi Johor,lain kali kena pegi lagilah..

    ReplyDelete
  11. @Yumida;

    Yalah Yumida, memang kacak, makanan pun nyaman!!.
    Hihi..honeymoon,honeydew,honey bee semua ada.

    ReplyDelete
  12. @Atuk;

    Waalaikumussalam Atuk..
    Ummi pun tersangat lama tak ke JB,seronok juga dapat peluang macam ni.
    Hehe, Atuk memang selalu baikpun.

    ReplyDelete
  13. @Aishah Jahirah;

    Tauhu bakar tu sedap Aishah, kuahnya tu sedap!

    ReplyDelete
  14. @MumMe;

    Yelah MumMe, full sebab hari tu ada banyak event kot kat JB.Hotel cantik dan selesa gak, dia punya menu pun sedap2.

    ReplyDelete
  15. @jemarisuri;

    Idea untuk orang berpuasa tu js,nanti berbuka boleh try masak mana2 yang berkenan,hik!

    ReplyDelete
  16. @Khairul;

    Peminat sotong ye, nanti boleh suruh darling kat rumah masak tu.

    ReplyDelete
  17. @NzA;

    Hehe..pegi ke JB sekejap sangat,sempat makan2 je NzA.Nanti kena pergi lagilah, tak puas berjalan!

    ReplyDelete
  18. @Papa Mifz;

    Salam kenal juga,terima kasih sudi singgah blog ummi.

    Ummi pun dah lama tak pergi, seronok juga jalan2 cari makan ni..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Yong Ummi,

    Hmmm ingatkan pegi honeymoon!

    Rasanya kalau dok lama lagi, mau naik 5 kilo Yong kita nih!

    ReplyDelete
  20. @MOH KEMBARA;

    Waalaikumussalam kak...

    Hehe..honeydew je kak. Yelah, nasib baik kejap je, kalau tidak lagi panjang langkah jalan2 cari makan..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum Ummi..
    dah berzaman akak tak pergi JB.. bila ke Selatan sampai Sg. Mati, Muar terus stop kat situ.. tak kemana dah.. hehehe

    tengok dishes.. meleley kakya tauuu... nasib baik tengok malam.. kalau tengok siang time puasa sure menangis.. ekekekek..

    ReplyDelete