Friday, April 6, 2012

SENYUMLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam bertemu kembali dan salam senyum sokmo..

IMG_6827

Selain rancangan Law Ka Na Bainana, ummiross sangat gemar menonton rancangan Fattabiouni di TV Al Hijrah. Ia berkisar kepada amalan-amalan Rasulullah SAW atau sunnah baginda,  yang sangat mudah diikuti tetapi selalu kita memandang remeh. Antaranya, diriwayatkan, perkara yang indah tentang Rasulullah SAW adalah baginda sentiasa tersenyum pada kebanyakan waktu, sehingga pernah sahabat berkata kepada Jarir RA;

" Sejak aku memeluk Islam, Rasulullah SAW tak pernah membelakangkan aku. Dan Baginda tak pernah melihatku melainkan Baginda sedang tersenyum.”

Senyuman bukanlah satu adat, ia adalah satu ibadat. Ia satu sedekah yang paling mudah.. 

Renung-renungkan dan selamat beramal..Winking smile(meminjam kata Prof. Izzudin)

ps: Hingga ke hari ini ummiross masih tersenyum-senyum mengingatkan pertemuan dengan blogger Hanis Azla yang murah dengan senyuman, cantik manis orangnya, bertambah manis dengan senyuman yang sentiasa terukir, melekat di hati!

30 comments:

  1. yg penting jgn senyum ala2 ratu cantik..hehe

    ReplyDelete
  2. senyum ni bagus di amalkan.... petua awet muda yang berkesannn...

    selain itu banyak pahala dapat di kutip dari setiap senyuman kan...

    ReplyDelete
  3. Salam Yong Ummi,

    Dah settled kat rumah baru?

    Yaa senyum tu mudah dan ibadat, senang-senang dpt pahala, tp berat orang nak lakukan, ngapelah!

    ReplyDelete
  4. senyumanmu menawan kalbu... ecehhh... senyum dia memang manis.

    ReplyDelete
  5. salam pekabar ummiross..lama ina tak ziarah disini.Harap sihat hendaknya dan bertambah2 hepi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. satu pertemuan yg indah..:)) terima kasih banyak ummi.. semoga senyuman yg diberikan diterima oleh Allah sebagai satu ibadah sedekah, insyaALLAH..

    ReplyDelete
  7. salam jumaat ummi...

    semoga pertemuan yg terjalin berterusan hendaknya...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Ummi,
    betul tu Ummi, senyum tu satu sedekah, kita dapat pahala tanpa keluarkan modal... he he heh jom senyum tak perlu kata apa-apa.

    ReplyDelete
  9. bila melihat org trsenyum hati terus rasa gembira...itulah nikmatnya senyuman.....

    ReplyDelete
  10. SAYA PUN SUKA RANCAGAN TU KAK... BEST KAN...

    MINGGU NI SAYA KURANG TERSENYUM SEBAB SAKIT GG... HUHUHU

    ReplyDelete
  11. senyum tu sedekah...sebab tu susah sgt kan ummiross...sampai kena ada promo...senyumlah ,senyumlah...wahai...cek mek molek... :)

    ReplyDelete
  12. senyummmmm...tak perlu kata apa2....

    ReplyDelete
  13. @KhaiRin:Anies;

    hehe senyum perasan cantik ye..

    ReplyDelete
  14. @Kazman/Sue;

    Hmm betullah, orang senyum, muka ceria dan nampak muda kan dan yang penting dapat pahala

    ReplyDelete
  15. @MOH KEMBARA;

    Wassalam Kak Halima..
    Barang2 dah sampai kak, dah mula mengemas sikit2 ni.
    Hmm betul tu kak,senyuman kelat pun ada kan kak, hik!

    ReplyDelete
  16. @Adzrien Shoppe;

    Orang cantik, senyuman pulak manis, tentulah lagi cantikkan..

    ReplyDelete
  17. @inazamri;

    Wassalam ina..
    Ummi kabar baik ina, harap2 ina pun sihat2 selalu.

    ReplyDelete
  18. @Hanis Azla;

    Sama2 kasih Hanis, insyaAllah semoga ukhwah terus berkekalan.Terima kasih atas pertemuan singkat yang indah..

    ReplyDelete
  19. @jemarisuri;

    Salam sabtu JS
    Begitulah harapannya JS. Moga satu hari dapat bersua muka dengan JS pula.

    ReplyDelete
  20. @Amie;

    Waalaikumussalam Amie..
    Hmm indahnya Islam kan,setiap amalan baik walaupun kecil tetap ada ganjarannya.Ummi pun dah terbayang wajah Amie tersenyum sambil masak-memasak kat dapur tu, hehe..

    ReplyDelete
  21. @NzA;

    Hmm betul sangat2 tu NzA,senyuman jadi pengubat jiwa lara juga kan..

    ReplyDelete
  22. @dwaty;

    Ooh peminat Fattabiouni juga ye, hmm memang best kan rancangan tu dawty, seronok mendengar cara hidup Rasulullah SAW, moga kita terus dapat menghidupkan sunnahnya.

    Kesiannya, kalau sakit gigi memang kelat senyuman kita, hehe..

    ReplyDelete
  23. @MumMe;

    Betul tu MumMe..sampai ada promo lagi, teringat lagu M Daud Kilau tu, hehe..

    ReplyDelete
  24. @MulutPayau;

    hehe..lagu yang mudah diikuti kan MP,ummi sedang tersenyum baca komen2 ni, hik!

    ReplyDelete
  25. Suka gak senyum , tp tkler senyum sorang2 semacam jek

    ReplyDelete
  26. salam ummiross =)

    sy datang dr blog hanis azla..skrg dah ddk semnanjung ye?

    ReplyDelete
  27. @puanbee;

    Betullah bee, tengok gambar bee yang ada kat blog tu selalu tersenyum je, gambar kat blog kak ina kat n3 Vibrant Kegel Device tu lagi la, tersenyum malu, hehe..comel je.

    ReplyDelete
  28. @Munnafendy;

    Wassalam Munnafendy..terima kasih singgah blog ummi, terima kasih daun keladi,lain kali singgah lagi..hehe.
    hmm sekarang ummi kat Bangi..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum ummiross..
    Kakya dah baca msg umi di ruangan komen blog saya.
    Terima Kasih., insyaAllah nanti makcik saya Akan terima parcel tu untuk saya.

    ReplyDelete
  30. @Deru Ombak;

    Waalaikumussalam Kakya...

    Sama-sama kasih.Oh ok2, moga selamat sampai,souvenir tanda ingatan.

    ReplyDelete