Saturday, March 3, 2012

SALAMBORNEO DALAM APA KATA WANITA

بسم الله الرحمن الرحيم

Pernah menonton Apa Kata Wanita di TV1? Ummiross kalau hari Ahad memang tak sempat. Selalunya ummiross berkesempatan menontonnya pada siaran ulangan pada hari Jumaat, jam 1 petang di TV2. Ummiross paling suka segmen bekerja dari rumah tu, ia selalu menyuntik semangat. Melihat kejayaan orang lain jugak adalah satu motivasi bagi diri kita.

Dua minggu lepas wartawan AKW ada menghubungi ummiross. Terperanjat pun ada, excited pun ada. Katanya dapat link dari puanbee.com. Terima kasih banyak-banyak bee…

Mulanya ummiross dimaklumkan blog ummiross akan muncul dalam segmen Blog Pilihan pada 9hb.Mac,2012. Namun tengahari semalam, ummiross dihubungi lagi sekali dan dimaklumkan blog ummiross akan disiarkan dalam segmen Blog Pilihan pada sebelah petang semalam, 2hb.Mac.2012.

Kelakar pun ada, selalunya anak bujang ummiross yang buat rakaman bila diperlukan. Tadi terkial-kiallah buat sendiri. Baru beberapa saat, rakaman ummiross terhenti, rupanya memori kad  kamera dah penuh. Adess!!!, apapun ummiross nak letak jugak video ni kat blog. Ianya sebahagian catatan kenangan, salamborneo.

 

Kemudian ummiross teruskan rakaman dengan menggunakan iphone. Tapi dalam keadaan tergesa-gesa, inilah hasilnya, poor quality. Hehe..nak masukkan jugak dalam blog, sendiri tengok takpe lah kan,hik!. Dah masuk TV ni, harap-harap dapatlah promote bisnes online Batik Sarong Sarawak atau Batik Borneo ummiross ni. Alhamdulillah, petang semalam pun dah ada call dari jauh yang masuk bertanyakan pasal kain di blog ummi ni.

 

IMG_0526IMG_0527
Zamzarina..sinonim dengan Apa Kata Wanita. Boleh kunjungi beliau di http://zamzarinazambri.blogspot.com/ ,banyak entry menarik yang boleh dibaca dan dijadikan panduan. Atau LIKE  facebook AKW untuk mengikuti perkembangan AKW dari semasa ke semasa.

 

IMG_0529IMG_0533
Pengacara segmen juara resipi srikulai yang juga wartawan AKW, Sakinah yang cantik manis ni lah yang menghubungi ummiross. Katanya jika ada sesiapa yang nak masukkan blog dalm segmen Blog Pilihan ni bolehlah hantar link blog masing-masing ke email beliau di sqina@yahoo.com.

Terima kasih Apa Kata Wanita, terima kasih semuanya.

24 comments:

  1. tahniah ummi, wah nmpknya dh makin dikenali..semoga bisnis ummi lbh sukses..insyaallah...

    ReplyDelete
  2. @jemarisuri;

    Hihi..dah kira seri kita ni js, semalam ummi juara pecut kat blog js, hari ni js yg first komen kat n3 ummi.

    Terima kasih, berkat sokongan kawan-kawan, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. petang esoklah ye? wahhh,... terbaiklah ummi

    ReplyDelete
  4. heheh banyak link bee bagi kat sakinah tu , tunggu je semua blogger berpeluang masuk ke tv1 tu sebenanrnya , asalkan blog dia tak merapu sgt la ..

    ummie , ambik video kat tv1 online jek lagi senang clear pun ye ..saya tak ambil lagi dan buat entri

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ummirose

    Tahniah...!!! tanda Allah meluaskan lagi rezeki ummi,insyaallah.

    ReplyDelete
  6. kmk peminat Apa Kata Wanita...suka mek nangga rancangan ya...

    ReplyDelete
  7. @Liza @ Adzriel AB;

    Petang semalam Liza, ummi tersilap haribulan tu, sepatutnya siaran Ahad 4hb.3, tetapi minggu ni tiada siaran langsung, jadi di bawa ke depan siarannya diTV2.

    ReplyDelete
  8. @puanbee;

    Bagus bee ni, suka tolong rakan2 blogger, terima kasih banyak2.

    bee, ummi cari jugak semalam , ada yang promo je, tak jumpa yang full version.

    ReplyDelete
  9. @Mak Wan;
    Waalaikumussalam Mak Wan...

    InsyaAllah Mak Wan,moga Allah luaskan rezeki kita semua.

    ReplyDelete
  10. @Yumida;

    Oh ya ka Yumida, kamek pun suka, tapi mun siarannya hari Ahad, jarang kamek dapat nangga...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. tahniah ummi.. tumpang bangga dan suka... bila sebut salam borneo dlm video tu saya pula yg rasa berbesar hati.. tersenyum aje muka ni sbb tumpang seronok.. bagusnya ada kawan yg best mcm puan bee tu.. semoga bertambah maju lagi bisnes ummi bila blog ummi diketengahkan begini.. ruginya terlepas menonton rancangan tu secara langsung di tv..

    ReplyDelete
  12. Tahniah ummi..nza tumpang bangga sgt2..kalau tgk secara live lagi best......rugi la pulak trlepas siaran tu...xpuas tgk rakaman ummi tu.....

    ReplyDelete
  13. Tahniah ummi.....
    Tumpang bngga ngn ummi....semoga bisnes ummi semakin maju....

    ReplyDelete
  14. @Hanis Azla;

    Hehe..terima kasih2x Hanis.Terima kasih kerana salamborneo dekat dihati walau tak pernah bersua muka.

    Ummi pun tak sempat nak buat n3 sebelum tu,sebab ada perubahan waktu siaran.

    ReplyDelete
  15. @NzA;

    Terima kasih NzA, seronok rasanya rakan2 tumpang gembira, tandanya salamborneo dekat dihati. Ye lah NzA, ummi pulak tak berap pandai rakam, hasilnya video tu tak berapa cantik..

    ReplyDelete
  16. @MulutPayau;

    Terima kasih2x, ummi seronok dapat rakan2 blogger yang sentiasa memberi sokongan.

    ReplyDelete
  17. salam Ummi..lama x jengokummi..sy sibuk sgt2 skunk ni...show berlambak lambak

    ReplyDelete
  18. waaaa... bestnya ummi.. apa2pun tahniah ye.. salam borneo bisa melebarkan sayapnya dgn lebih luas.. tahniah2.. tapi rugi sesangat x smpt tgk.. biasanya ada je kt depan tv tgk apa kata wanita, tapi x tau plak termiss blog ummi ni.. aduss..

    ReplyDelete
  19. tahniah ummiross...semoga terus berjaya...

    ReplyDelete
  20. @khairul;

    Wassalam khairul..

    Ha'ah ye lah agak lama tak nampak jejak. Takpe, teruskan perjuangan, rezeki dah masyuk! kenalah buar betul2 kan khairul..

    ReplyDelete
  21. @Hasnah;

    Terima kasih Hasnah, terima kasih atas doa2 dan sokongan.

    Hihi.. tu lah ummi pun tak sempat nak buat n3 sebelum siaran tu.

    ReplyDelete
  22. @MumMe;

    Terima kasih MumMe atas doa dan sokongan, ummi sangat hargai.

    ReplyDelete
  23. alamak ummi missed la..tahniah & alhamdulillah moga bertambah sukses hendaknya.

    ReplyDelete
  24. @Sweet N Pretty;

    Hehe..ramai yang missed ni, sebab minggu ni AKW takde siaran langsung, lalu dibawa ke wakru siaran ulangan hari jumaat. Terima kasih Intan, insyaAllah ..doa untuk Intan jugak.

    ReplyDelete