Thursday, March 22, 2012

NAK BATIK SARONG SARAWAK?JOM TEKA…

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera,salam ceria-ceria selalu...

Alhamdulillah dah hampir seminggu ummiross di sini. Banyak pula kekangan untuk menulis. Pertamanya line internet masih belum ada. Kalau menggunakan telefon, loadingnya sangat perlahan mengalahkan siput. Kadang-kadang untuk membuka blog pun kena mencuba 2-3 kali baru dapat. Tapi dik kerana rindu-rinduan nak membaca entri rakan-rakan, terjah jugak sekali-sekala walaupun terpaksa menunggu lama.

Keduanya kerana kekangan waktu. Maklumlah ditempat baru, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Rumah baru,situasi baru. Rumah kosong tanpa kelengkapan. Ummiross tidur beralaskan lengan,  hehe bantal baru sebenarnya,saja-saja buat sedih. Sampai je petang Sabtu lepas(17hb,Mac), kami terus mencari kelengkapan sekadar yang perlu. Barang-barang akan sampai dalam tempoh 2-3 minggu lagi. Terasa sedikit kekurangan dan keperitan, dah biasa semua ada, tiba-tiba seperti tiada apa-apa.

Memikirkan barang yang akan sampai pun boleh lemah lutut dibuatnya. Tentu memerlukan masa untuk menyusun atur hingga sedap mata memandang. Apapun,setiap malam ummiross mampu tidur dengan senyuman. Jarak dan waktu bukan lagi pemisah dengan orang-orang tersayang. Kalau terpisahpun tidaklah sehingga merentas lautan..

Ramai yang bertanya ke mana Mr Hubby berpindah. Sengaja ummiross rahsiakan kerana ingin berkongsi sedikit rezeki. Hmm jom pakat-pakat teka ke mana  Mr Hubby ummi bertukar, kat mana office barunya.? Sapa-sapa yang dapat jawab paling cepat dan tepat, ada hadiah menunggu, sehelai Batik Sarung Sarawak yang cun melecun. Selamat memerah otak, itupun kalau perlu,hikhik!!!

ps:bila sebut teka-teki ni tiba-tiba je teringat kat MOH KEMBARA dan Atuk PHD yang sedang ‘gumbira’ kerana menang teka-teki dari Turki…hehe, ummiross menang sagujantung je hik!, thank you Kak Halima..

46 comments:

  1. Alhamdulillah... nampaknya Ummi dengan mudah dapat sesuaikan diri di tempat baru. Teka-teki tu... he he hehh memang tak dapat tekalah Ummi, tak dapatlah batik sarung tu....:)

    ReplyDelete
  2. mesti penat bdn2 bila pindah ..
    nk kemas brg2 lagi ..
    Teka teki tuh- kat perak kot .. hehe ..

    ReplyDelete
  3. nk teka dgn tepat tu x terer la tp yg pasti dlm area KL n opis nyer dlm lingkungan institusi pengajian tggi..

    ReplyDelete
  4. tidur lena2 dulu ummi sebelum lemah lutut time brg2 tu smp nnt.. he..he.. saya agak ummi berpindah ke putrajaya kot..

    ReplyDelete
  5. rasanya kt Selangor kot...hehe..


    **mesti seronok dh dpt duduk umah baru...hihi

    ReplyDelete
  6. teka teki tu takde pembayang atau talian hayat ker.... aduh... pening ni pikir... heee3x

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Yong Ummi,

    Selamat duduk kat rumah baru! Ehhh patutnya seronok dok rumah kosong, aman damai...haaa tu dia berbeza persepsi kita, rumah agak agak kosong kat Shah Alam tu sbb tak banyak perabut.

    Akak rasa tak adil nak teka sebab dah tau. Bagi kat orang lainlah. Tima kasih gak sudi menerima sagujantung dr akak nanti. Semoga nanti ada souvenir yg sesuai utk rumah baru Yong Ross nanti, InsyaAllah!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah ummi dh slamat landing di semenanjung......rindu ummi sgt2 tau..moga cptlah ummi dpt talian internet...

    Ummi kt Kuantan kot....he.he.he..suka suki je teka..maklumlah xde clue.....

    ReplyDelete
  9. mestilah mumme nak teka bandar baru bangi...hik hik hik...boleh jawab 2 kali ummi?

    ReplyDelete
  10. @Amie;

    Alhamdulillah, tempat ni biasa ummi datang, suami pun selalu berkursua kat area ni. Hehe..takpe lain kali kita berteka-teki lagi ye Amie..

    ReplyDelete
  11. @CikErynBloom;

    Hmm memang penat tak terkira Eryn,terutama time nak mengemas balik nanti.Hehe, Perak tu jauh sikit je..

    ReplyDelete
  12. @KhaiRin:Anies;

    Hehe bukan pengajian tinggi tapi bangunan je tinggi, tu pun tak tinggi mana.

    ReplyDelete
  13. @syida;

    Hehe..terkelu pulak ummi masa tulis n3 hari tu Syida.

    ReplyDelete
  14. @Hanis Azla;

    Betul tu Hanis, simpan tenaga dulu kan,nanti baru dapat kayuh laju2.
    Hehe...rasa-rasa ye, rasa2 Hanis betul tak?

    ReplyDelete
  15. @Jemarisuri;

    Tunggu..minggu depan ummi bagitau keputusannya ye.
    Js, memang rumah baru tapi rumah sewa je tu

    ReplyDelete
  16. @Kazman/Sue;

    Hehe talian hayat takde Kazman/Sue, talian telefon ada le.

    ReplyDelete
  17. @MOH KEMBARA;
    Waalaikumussalam kak..
    Hmm betul tu kak, kalau banyak sangat barang pun berserabut. Kalau takde sofa dll takpe lagi kak,asal ada dapur n peti sejuk dulu,dapat jugak masak-memasak, sekarang hari-hari makan kat kedai.
    Hehe. Terima kasih2x, souvenir dari Turki memang cantik2, tak sabar tunggu akak balik.

    ReplyDelete
  18. talian talipon cuma "1..2..3..4..tekan-tekan tak dapat" haaaa3x....

    Selamat berhujung minggu dari kami sekeluarga....

    ReplyDelete
  19. Assalam umi.. waa muka ada senyummm..
    maklumlah dh dpt geder2 dgn tersayang..hihi..
    x dpt nk teka la ummi, tapi hadiah tu nak.. boleh tak gitu??

    ReplyDelete
  20. @NzA;

    Ye lah NzA, Alhamdulillah dapat berada lebih hampir dengan anak2 dan keluarga.
    Hehe..ura-uranya dulu Kuantan tapi tak jadi, tempat lain landingnya.
    Ummi pun rindu-rinduan ni kat NzA, n3 pun jarang2 ye NzA, tentu sibuk sangat sekarang tu, jaga diri ye.

    ReplyDelete
  21. @MumMe;

    Hihi.. kalau terserempak ummi kat BBB ni agak2 kenal tak MumMe? Hehe rasa2 betul ke Mr Hubby ummi keje kat Bangi?

    ReplyDelete
  22. @Kazman/Sue;

    Haha..patut tak dapat2, talian tamat tempoh perkhidmatan.
    Aduhai.. Memang nak tergelak, terima kasih kerana menceriakan hujung minggu kami..

    ReplyDelete
  23. @Hasnah;
    Wassalam Hasnah..
    Hihi senyuman lahir dari hati yang ceria tu Hasnah.
    Hehe aci2 buka pintu, cer cuba jawab dulu...hik!

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Ummiross

    Alhamdulillah
    dapat kembali ke Semenanjung dan berhampirang dgn orang2 tersayang

    saya nak tanya Hjh Yong le....kat mana hubby Ummi kerja ...he he

    ReplyDelete
  25. salam Ummi... kat Kuala trengganu kot?

    ReplyDelete
  26. slmt menyesuaikn diri di tmpt baru kak...
    klo teka byk kali boleh x? hihi
    rasanyer kt kuala terengganu, terengganu.

    ReplyDelete
  27. @Atuk;

    Waalaikumussalam Atuk..

    Alhamdulillah.
    Hehe 'berhampirang' tu..bolehlah Atuk, taklah jauh merentas lautan.

    Ooh ye ummi ada bagi alamat kat MOH KEMBARA,tapi tu alamat rumah, ofisnya tak jauh dah tu,hihi..

    ReplyDelete
  28. @ibuintan;

    Wassalam ibuintan..

    Hmm ibuintan Kuala Terengganu memang selalu menjadi idaman.

    ReplyDelete
  29. @Yumida;

    Terima kasih Yumida, insyaAllah perlahan-lahan moga seronok jugak tinggal ditempat baru.
    Yumida..kalau teka 2x kena penalti, hihi..gurau je.
    Kalaulah Kuala Terengganu..

    ReplyDelete
  30. salam Ummiross..akak dah tau tak aci lah pulak nak teka..kasi can orang lain lah kannn

    semuga ummi selesa duk kat tempat baru ni. kemas pelan-pelan..kalau penat lepak pastu buat balik..al maklumlah kita dah berusia ni..tenaga dah kurang kannn

    ReplyDelete
  31. teka lagi: hb akak transfer ke selangor...yer erk?

    ReplyDelete
  32. Salam ummiross..

    Selamat kembali ke semenanjung..

    Alamak.. Angkat tangan surrender tak boleh nak teka.. :)

    ReplyDelete
  33. salam Ummi Ross,

    saje nak join teka-teka nih boleh?
    hemm...emm Selangor = Shah Alam ke???

    ReplyDelete
  34. rasanya pindah ke KL tp tk tau le nak agak ofis kta mn hehe

    ReplyDelete
  35. @kak ina kl;

    Hehe boleh lagi teka kak, office suami tak jauh dari tempat ummi tinggal tu.
    Ye lah memang kena kayuh pelan2, kalau tidak boleh semput dibuatnya.Terima kasih kak, harap2 seronok juga tinggal disini

    ReplyDelete
  36. @Yumida;
    Hihi..percubaan kedua yang agak bagus ni Yumida.

    ReplyDelete
  37. @Deru Ombak;

    Wassalam Deru Ombak..terima kasih
    Hehe cepatnya dah surrender, takpe lain kali kita berteka-teki lagi

    ReplyDelete
  38. @Ina Hashim;

    Wassalam Ina ..
    Boleh2, apa salahnya.. boleh je teka.

    ReplyDelete
  39. @Sweet N Pretty;
    Hmm menarik jawapan Intan, office tak nak teka?

    ReplyDelete
  40. baru berpindah ye...mmg jenuh la nak menyusun atur nanti....makan masa jugak tu.takpe yg penting dekat dengan org tersayang...:)

    ReplyDelete
  41. saya nak cuba juga la teka..pindah putrajaya ke?

    ReplyDelete
  42. sesaje teka lagi...hihi...pindah KLCC ke hubby UmmiRoss tu?

    ReplyDelete
  43. @Aishah Jahirah;

    Hmm baru berpindah Aishah, barang2 pun belum sampai lagi. Memang betul tu,jenuhlah nak mengemas dan menyusun atur balik nanti. Penat pun takpe kan, asal dekat dengan anak2 dan keluarga.

    ReplyDelete
  44. @kimmie;

    Hmm menarik tekaan kimmie tu..

    ReplyDelete
  45. @Ina Hashim;

    Takpe Ina saja suka2, tak kena denda kalau salah hik!

    ReplyDelete