Tuesday, November 1, 2011

TAKDIR FITRAH TERINDAH YANG INDAH

Ummi memang minat membaca, tapi bukanlah peminat novel. Tapi ummi cukup teruja bila rakan blogger yang baik hati dan cantik manis ni menghasilkan novel pertamanya, Takdir Fitrah Terindah.

Novel ni ummi order terus dari penulisnya Hanis Azla dalam 2-3 minggu lepas. Terima kasih Hanis kerana bersusah payah mencari dan membuat penghantaran, kos penghantaran percuma pulak tu. Siap ada tandatangan sekali, tu yang best  tu…

IMG_7546   IMG_7550

Bagi ummi ianya sebuah novel  yang indah. Kisah cinta yang sopan. Kalau nak tau sejauh mana penangan Takdir Fitrah Terindah yang telah diulang cetak untuk kali kedua ni, belilah ye…

Tahniah Hanis, percubaan pertama yang tidak mengecewakan.

25 comments:

  1. meleleh air mata liza baca tau ummi..

    ReplyDelete
  2. alamak.. ummi dah cakap best.. ni yg macam nak pegi beli skrg jugak.

    ReplyDelete
  3. Sejak kecik lagi, saya bukanlah penggemar Novel.Tapi kalau dah best apa salahnya kalau beli kan...

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak atas sokongan ummi.. saya hargainya sangat-sangat..
    ummi, saya mmg mahu ketengahkan kisah cinta yang sopan itu.. bila ada yg dpt merasainya, saya rasa puas hati.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. takdir dijalankan dengan syukur yang mendalam

    ReplyDelete
  6. sy ni ummi minat tatap buku je..kalau dh baca 2-3 helai confirm terlelap....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ummiross

    selamat maju jaya untuk Hanis Azla

    Wassalam

    ReplyDelete
  8. @Adzrien Shoppe;
    Ha'ah ye lah Liza,ummi pun macam tu...

    ReplyDelete
  9. @Fazlinil Irma;
    Hehe memang best, belilah Faz, tak rugi membacanya...

    ReplyDelete
  10. @Wantie;
    Ummi pun macam tu wantie, rasanya dah berbelas tahun tak baca novel, tapi Hanis punya pasal, ummi baca jugak dan ia memang tidak mengecewakan, tak rugi beli.

    ReplyDelete
  11. @Khairin;
    Hehe, tu lah ummi ni tak reti nak review Khairin, tapi ummi memang suka

    ReplyDelete
  12. @Hanis Azla;
    Sama2 kasih Hanis..
    Betul Hanis, kisah cinta yang diolah dengan begitu baik dan sopan, takde yg melebih2, tapi tetap menyentuh hati.Suka jugak watak Fitrah yang sentiasa menjaga solat.Menulis sambil berdakwah secara halus kan Hanis...

    ReplyDelete
  13. @Tulisan Ayah;
    Hmm betul tu, redha dengan takdir, hidupnya lebih tenang

    ReplyDelete
  14. @NzA;
    Hehe, ye ke NzA, minat masing2 kan, berbeza2

    ReplyDelete
  15. @Atuk;
    Waalaikumussalam 'Atuk'..
    Hmm begitulah hendaknya, semoga terus mengorak langkah dan mencipta nama sebagai novelis tersohor.

    ReplyDelete
  16. kisah yang sopan ye ummie , jarang dengar ayat tu heheh

    ReplyDelete
  17. @puanbee;
    Hehe,bee.. kalau nak tau apa yang dimaksudkan dengan 'kisah cinta yang sopan' kenalah baca buku tu...

    ReplyDelete
  18. insyallah sy ni nak beli novel liat sgt ummie , sadis bila nanti dah beli anak koyak2 je

    ReplyDelete
  19. terima kasih ummi atas perkongsian. dh kurang baca novel tp insyaAllah blh belikan utk anak2:)

    ReplyDelete
  20. @puanbee;
    Hehe, ya lah bee, anak2 masih kecil lagi kan..

    ReplyDelete
  21. @Sweet N Pretty;
    Sama2 kasih Intan. Hmm ummi pun lama sangat tak baca novel, tapi sekali sekala tukar angin ok jugak kan, lagi pun tumpang seronok dengan kejayaan Hanis. Anak2 dah besar ke Intan, dah pandai baca novel?

    ReplyDelete
  22. ummiross..

    sy dah beli novel ni td. nampak gaya ada yg buat kek sambil duk teringat novel baru. hihii.

    ReplyDelete
  23. @Fazlinil Irma;
    Oh ye ke, nanti jangan ada kek yang terhangus sudahlah.. hik!Kalau dah start baca memang khusyuk ni...

    ReplyDelete