Tuesday, November 29, 2011

MAJLIS KAHWIN DAN PC FAIR

بسم الله الرحمن الرحيم

Dua tiga hari cuti, tapi masih sibuk. Cuti lama pun memang tak ke mana, ‘berlegar2’ di Kuching je, tapi tetap tak berkesempatan mengadap lappy lama2, hanya singgah di beberapa blog rakan blogger mengintai aktiviti semasa mereka. Hari Ahad ada jemputan kenduri kawin, rakan Semenanjung yang lama bermastautin kat sini, dapat menantu orang Sarawak lagi. Sebelah petang pulak menemani anak ke PC fair di Borneo Convention Center, Kuching.  Ummiross dengan MrHubby menunggu kat luar je,  lama jugak menunggu anak, sampai mengantuk. Nasib baik, bila keluar ada jugak hadiah untuk ummiross.

IMG_8340
Mouse baru yang dibeli oleh anak  di PC Fair, katanya hadiah untuk “ummi”

 

IMG_8314
Pasangan pengantin sama cantik sama padan, Selamat Pengantin Baru…

 

IMG_8319IMG_8316
Ala-ala joget lambak, kata kawan ummi bertandak, dimeriahkan oleh 2-3 orang pakcik dan kanak2 je, orang perempuan takde ye. Ketika ini, ummiross sudahpun kekenyangan, Alhamdulillah.

12 comments:

  1. wah meriah, ada joget lambak lagi...mesti gempak dan kelakar....

    ReplyDelete
  2. Hmm tu lah NzA, lama tak tengok joget lambak ni, ingatkan kat Semenanjung je ada, tapi ummi pun tak pasti kat sini depa panggil apa.

    ReplyDelete
  3. saya sekali je penah pegi PC fair lepas tu mmg tak nak pegi dah huhu. ramai sgt org pening dibuatnya..

    ReplyDelete
  4. hadiah untuk umminya yang menunggu.. Alhamdulillah.. meriah majlisnya yer ummi..

    ReplyDelete
  5. lama tak tengok orang berjoget Ummi...

    ReplyDelete
  6. @Sweet N Pretty;
    hmm ye lah Intan, ummi pun tak larat, bukan kita punya interest agaknya..

    ReplyDelete
  7. @Hanis Azla;
    hehe tu lah Hanis, lain kali boleh lah pegi lagi..
    Meriah jugak Hanis,lama tak tengok joget lambak ni

    ReplyDelete
  8. @Khairul;
    hehe tu lah, tak tau lah orang Sarawak panggil joget apa..

    ReplyDelete
  9. @ibuintan;

    hehe,takde bakatlah ibuintan..

    ReplyDelete
  10. @Amie;

    Ye lah Amie, ummi pun lama tak tengok, sekali sekala meriah jugak kan!

    ReplyDelete