Monday, November 14, 2011

JEMPUTAN UMRAH 2011 DI ASTRO OASIS

Jemputan Umrah musim kedua telah mula disiarkan di Astro Oasis malam ini dan akan terus bersiaran setiap hari Isnin, jam 10 malam di saluran 106. Pengacara rancangan kali ini adalah Imam Muda Khairul Azhar Ghazali.

Episod malam ini lebih mengimbau kepada rancangan Jemputan Umrah musim pertama pada tahun 2008. Pada tahun tersebut seramai 10 orang terpilih untuk untuk menunaikan umrah melalui rancangan ini.

Sebak dan menitis airmata menonton episod malam ini. Rupanya, tiga orang daripada peserta Jemputan Umrah 2008 telah kembali ke rahmatullah. Mereka adalah Hajjah Hasmah Awang, En Baharuddin Hj Idris dan adik Mohd Nur Nazari.

Mengimbau kembali episod lalu, Hajjah Hasmah merupakan pesakit kanser yang bercita-cita membuka pusat tahfiz. Dengan usaha Astro Oasis, pusat pengajian Al Quran yang mengambil sempena nama arwah anaknya Nurul Huda tercapai.  En Baharudin pulak merupakan anggota PGA yang ditugaskan membantu mangsa Tsunami di Aceh. Sekembali dari sana beliau menghidap penyakit misteri yang sukar diubati. Sekembali dari umrah, kesihatan beliau bertambah baik, tetapi kesihatannya merosot kebelakangan ini dan meninggal dunia pada 16.5.2011. Adik Nazari pula merupakan pesakit kanser tulang yang sangat tabah, kembali ke sisiNya dengan penuh redha pada 18.2.2011.

Mereka insan istimewa, mereka insan terpilih yang mempunyai jiwa yang luhur dan ketabahan yang bukan sedikit. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka, Al Fatihah.

22 comments:

  1. dah tak de astro, lama tak dapat tengok

    ReplyDelete
  2. baca cite ummi je la ye sbb tkde astro. apapun syukur alhamdulillah sbb skrg ni zaman kebangkitan Islam, ramai yg berusaha untuk hidupkan Islam. org2 kita sedar tentang penting untuk kembali mengutamakan Allah yg satu. sama2 lah kita berjihad kerana destinasi kita hanya satu, bertemu Allah yg esa di syurga, insyaAllah:)

    ReplyDelete
  3. sy sempat tgk cite ni ms dok numpang umah org...bla dok umah sendiri x de astro..tp still amik tau. at least x la ternganga kalu org tanya nnt ;-)

    ReplyDelete
  4. oh tk tengok lagi , insyallah nanti cuba tengok

    ReplyDelete
  5. salam Ummiross,

    semalam tengok jemputan umrah 2008,
    sebak dan mengalir air mata ,lebih-lebih lagi kpd keluarga arwah En.Baharudin.(bila anak-anaknya meluahkan rasa kerinduaan kpd abah mereka.

    ReplyDelete
  6. sebak membacanya.. semoga roh2 arwah tenang di sana.. Alhamdulillah mereka sempat juga menjejakkan kaki ke tanah suci..

    ReplyDelete
  7. saya tak berpeluang tengok... coz takde astro... balik kampung pun belum tentu dapat tengok.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. @Adzrien Shoppe;
    hehe ummi pun masih bertahan dengan astro sebab minat rancangan macam ni, kalau tidak dah lama tak pakai,geram jugak bila cuaca tak elok, siaran tak ada.

    ReplyDelete
  9. @Sweet N Pretty;
    Betul tu Intan, ramai yang berusaha menubuhkan pusat tahfiz, rumah anak yatim dsbnya, semua ni antara pahala berterusan selagi ianya beroperasi...

    ReplyDelete
  10. @KhaiRin;
    Ye lah KhaiRin, kadang2 tengok rancangan macam ni, timbul keinsafan jugak, rasa kecik je diri...

    ReplyDelete
  11. @puanbee;
    Hmm tengoklah bee, bagus dan menginsafkan jugak.

    ReplyDelete
  12. @Rozila;
    Waalaikumussalam Rozila..

    Ha'ah ye lah Rozila, ummi pun memang sebak tengok anak2 dia bercakap terutama yang perempuan dan anak lelakinya yang kecil tu, sedihnya tak tau nak cakap..

    ReplyDelete
  13. @Hanis Azla

    Ye lah Hanis, syukur mereka dapat menjejakkan kaki ke tanah suci, bagus jugaklah rancangan macam ni, menolong mereka yang sememangnya layak mencapai impian..

    ReplyDelete
  14. @dwaty;
    Oh ye ke, ummi kalau balik kampung pun takde peluang jugak nak tengok..

    ReplyDelete
  15. ingat ka imam muda khairul ilhami hehe

    ReplyDelete
  16. Hehe glamer gak nama imam muda khairul ilhami, macam nama artis pun ada, hik!

    ReplyDelete
  17. al fatihah buat arwah..akak tenguk pengalaman mereka semasa mengerjakan umrah.

    tak sabar nak tenguk jemputan umrah tahun ini..kamu sehat ker?

    ReplyDelete
  18. @kak ina kl;
    Oh akak tengok jugak ye, rancangan ni memang menyentuh jiwa kan kak.Jangan lupa tengok minggu depan ye kak..
    Alhamdulillah sihat kak. Semoga kak ina pun sihat sentiasa..

    ReplyDelete
  19. Al-fatihah.....sekurg2nya mrk dpt jejak kaki ke sana...

    ReplyDelete
  20. @NzA;
    Ye lah NzA..Alhmdulillah, Allah menjemput mereka menjadi tetamuNya di tanah suci Mekah sebelum mereka 'pergi'

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum . saya anak arwah BAHARUDIN . terima kasih sudi menonton jemputan umrah mak dan abah . alfatihah untuk abah .

    ReplyDelete
  22. Waalaikumussalam..

    Terima kasih singgah blog ummi. Pengorbanan arwah abah LeE HanNa sangat2 ummi kagumi, begitu juga dengan mak LeE HanNa, begitu tabah.
    Semoga arwah ditempatkan disisi orang2 yang beriman. AlFatihah.

    ReplyDelete