Monday, October 10, 2011

MENABUNG 30 SEN AKHIRNYA KE MEKAH

Mereka insan istimewa. Mereka antara yang terpilih menjadi tetamu Allah. Bukan sedikit ranjau dan duri, tetapi mereka punya tekad. Walau susah, walau diuji, dihati terpahat cita-cita untuk menunaikan haji.

Terharu sungguh menonton rancangan ‘’Sampai Seru” di TV Al Hijrah malam semalam. Rancangan yang memaparkan jerit-perih hamba Allah yang sentiasa berusaha dan menyimpan hasrat untuk menunaikan rukun Islam kelima.

IMG_7164
En.Mail dari Simunjan, Sarawak:


Ceritanya, mula menabung dari tahun 1952. Ada duit lebih, walau 20 atau 30 sen tetap dimasukkan ke dalam tabung. Kagum sungguh mendengar kisah bagaimana komitednya beliau menabung, bermula dari tabung botol, tabung buluh hinggalah ke tabung arnab. MasyaAllah!, Allah maha mengetahui keinginan hambaNya, Man jadda wajada, akhirnya ke Mekah tahun ini..

 

IMG_7158
Puan Rohaya binti Abdullah:
Berasal dari Thailand. Disisihkan keluarga kerana memeluk Islam dan berkahwin dengan orang Malaysia. Pernah dihalau dan diancam oleh bapa saudara kerana marah beliau memeluk Islam. Bukan sedikit kesusahan hidup yang terpaksa ditanggung, apatah lagi sebagai muallaf. Tapi begitu bersungguh mendalami ajaran agama Islam dengan dorongan suami tercinta, hingga terdetik rasa rindu untuk menunaikan ibadat haji. Alhamdulillah, akhirnya dijemput menjadi tetamu Allah…

 

IMG_7167
Ni lah pengacara rancangan ‘Sampai Seru’, Mohd Syafiq bin Zulakifli, pengacara dan penerbit muda di TV Al Hijrah. Lulusan Universiti Al Azhar yang bercita2 menjadi wartawan penyiaran sejak dari zaman belajar lagi. Alhamdulillah, dipilih oleh pihak TV Al Hijrah sebagai wakil media untuk bertugas membuat liputan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji, sekaligus memberi peluang untuk beliau turut menunaikan rukun Islam ke5.

Syabas TV Al Hijrah, satu lagi rancangan yang boleh menyuntik motivasi kerohanian, kisah orang biasa-biasa tapi mempunyai cita-cita dan kesungguhan yang luar biasa.

16 comments:

  1. Assalamualaikum Ummi,
    meremang bulu roma.... tu sebab berkat & ikhlas tu...walaupun 20 sen 30 sen.... alhamdulillah....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yong,

    SubhanaAllah. Kuat sungguh tekad dan semangat. Semoga diorang selamat pegi dan balik dan mendapat haji mabrur!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah kita plak mcm mana ye??mmmm

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, syukur krn cita2 mrk dimakbulkan Allah..Bertapa manisnya mrk akn rasa hasil pengorbanan yg mrk lakukan demi utk ke tanah suci....

    ReplyDelete
  5. @Amie;
    Waalaikumussalam Amie
    Ye lah Amie, hendak seribu daya..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ummiross

    moga mereka memperolehi haji yg mabrur

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. @MOH KEMBARA;
    Waalaikumussalam Kak Halima
    Hmm kagum dengan kesungguhan dia orang kan kak.
    Moga2 begitulah hendaknya, Amin.

    ReplyDelete
  8. @abah khalisa;
    InsyaAllah, moga Allah permudahkan untuk kita juga..

    ReplyDelete
  9. @NzA;
    Betul tu NzA, tentu menjadi kenangan terindah mereka.

    ReplyDelete
  10. @Atuk;
    Waalaikumussalam 'Atuk'
    Ummi aminkan doa 'Atuk'...InsyaAllah moga diperkenankan Allah SWT.

    ReplyDelete
  11. terus rasa sebak dengan kesungguhan mereka.. Alhamdulillah, semoga perjalanan mereka diberkati dan mendapat haji yg mabrur hendaknya..

    *buku dah sampai yer ummi.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. subhanallah sesungguhnya Allah sentiasa permudahkan jalan bg mrk yg benar2 mencari hidayahNya. ada segelintir yg harta melimpah tp belum dijemput menjadi tetamu Allah. Allahu akbar:)

    ReplyDelete
  13. boleh kah kita ikut mcm tu Ummi ?

    ReplyDelete
  14. @Hanis Azla;
    Kuat keazamannya kan, moga mendapat haji mabrur semuanya.

    Dah sampai Hanis, baru mula 'mentelaah' ni, hik!

    ReplyDelete
  15. @Sweet N Pretty
    Betul tu Intan, Allah yang menentukan siapa yang akan dijemput menjadi tetamuNya, kalau ada keinginan,insyaAllah dipermudahkan.

    ReplyDelete
  16. @khairul;
    InsyaAllah, khairul lagilah boleh ikut, selalu je 'masyuk'!

    ReplyDelete