Thursday, September 15, 2011

BAJU RAYA…

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah bisnes batik Sarawak masih berjalan seperti biasa. Walaupun agak lama bercuti dan sangat kurang blogwalking, boleh dikatakan setiap hari ummiross menerima pertanyaan samada untuk pembelian individu dan jugak pembelian borong. Alhamdulillah mungkin itu jugak petanda kewujudan salamborneo di ‘talian’ semakin selesa. Minggu ini batik sarong Sarawak telah ‘terbang’ ke Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan, semoga semuanya selamat sampai.

Terima kasih jugak kepada customers yang menghantar email gambar baju raya yang cun melecun menggunakan batik sarong Sarawak. Bukan sahaja bajunya cantik, orangnya pun semuanya cantik2 dan masih muda belia. Oleh kerana ummiross tak berkesempatan meminta izin nak siarkan gambar mereka, jadi ummiross crop je lah gambar tu, janji nampak bagaimana mereka padankan batik sarong Sarawak dengan kain plain pilihan mereka.

bj2bj1bj4
Ni lah gambar yang dihantar. Gambar 1 dipadankan dengan batik Ratna Dewi, kod RD. Gambar 2 dipadankan dengan batik sarong Sarawak kod BS33. Dua2 gambar ni kiriman dari customer ummiross dari Negeri Sembilan. Gambar 3, kiriman dari regular customer ummiross dari Sabah, padanan kain kod RDT dengan kain plain pink, siap bersulam lagi, kelas gitu!

To Aisyah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_1643_thumb[5] (1)
Semakan order
Kod                  : BS12-2pcs
Pos                  : 14.9.2011
Tracking no  : LD13 304 346 5MY


To Siti;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0129_thumb[11]
Semakan order
Kod                 : BS33-4pcs
Pos                  : 13.10.2011
Tracking no  : CD106126205MY

 

To Aina;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_5955_thumb[6]
Semakan order
Kod                  : RD94-1pc
Pos                  : 13.5.2011
Tracking no  : LD13 304 346 5MY

14 comments:

  1. padannan yg menarik dan cukup memikat.. semakin berseri batik sarawak bila di adunkan sebegitu kan ummi..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yong,

    Dah jadi saudagar kain yg berjaya!

    ReplyDelete
  3. operasi biz ummi bermula ye....Syukurlh dh makin maju.

    ReplyDelete
  4. @Hanis Azla;
    dan nampak unik kan Hanis..

    ReplyDelete
  5. @MOH KEMBARA;
    Waalaikumussalam Kak Halima..

    Hehe.. Amin!

    ReplyDelete
  6. cantik2 belaka.. ada sorang dh bg feedback dah terima kasin batiknya ummie .. saya nk beli satu ni hekhek..

    ReplyDelete
  7. @puanbee;
    tq bee, oh ye ke, alhamdulillah. Hehe sepuluh pun boleh bee...(ummi dh balas email)

    ReplyDelete
  8. Assalam Ummi,
    cantiknya yang pink bersulam tu.... sungguh menawan! Amie suka pink!

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam Amie
    Samalah kita Amie, ummie pun suka pink,ceria selalu...

    ReplyDelete
  10. salam,

    belum berkesempatan nak buat tempahan... in sya allah ada jodoh utk kita bekerjasama nanti :)

    ReplyDelete
  11. Cun la Ummi..semoaga bisnes Ummi terus maju

    ReplyDelete
  12. @Arief Ibn Naim;
    Wassalam..
    hehe insyaAllah Arief, cuci mata dulu..

    ReplyDelete