Wednesday, June 15, 2011

SEJADAH HIJAU, SEMANIS KURMA…

Banyak hari jugak ummiross tak update blog. Bukannya apa, dah dua malam berturut ummiross ke majlis Tilawah, majlis tamat dalam pukul 11 malam, sampai rumah dah lewat, kemas2 apa yang patut dan terus tidur.

Pagi tadi pulak ikut Mr Hubby ke Seminar Al-Quran Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangssan Kali ke-54. Tak sempat nak blogwalking sangat, nanti ummiross ganti ‘hutang blogwalking’ tu ye, walau pun lambat insyaAllah kunjungan anda akan berbalas.

Alhamdulillah, Sabtu lepas sempat bertemu rakan blogger dari KL, bersama isteri dan dua orang anaknya. Kenal pun kerana blog PDKM.

IMG_5060IMG_5058
Sejadah dan kurma dari Mekah, Alhamdulillah dapat jugak merasa, mereka suami isteri baru je balik dari mengerjakan umrah, moga mendapat umrah yang mabrur…

IMG_5055IMG_5056
Haa ni lah rakan blogger ummiross dari blog Pahala Hindari Dosa, Rozali atau lebih dikenali sebagai atuk phd. Terima kasih Rozali atas souvenir yang cantik ni, suka background Kaabah tu, dah siap letak kat almari hiasan..

 

                                         IMG_4984
                                   Mr Hubby and Mr Rozali are now friends...

Salam ingatan dari kami sekeluarga buat Rozali sekeluarga, semoga ukhwah berpanjangan.

18 comments:

  1. wah best jugak ye ummie berkawan dr blog sampai ke luar.. tk pe lah ummie BW mana sempat je lah ..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dari: http://kehidupandimekah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. @Puanbee2;
    Alhamdulillah bee, nanti klu bee nak datang Kuching pun bolehlah contact ummi..

    ReplyDelete
  4. @Mohd Arshad Ali:

    Terima kasih sudi singgah blog ummi..

    Seronok tuan haji sudi singgah, ummi dan suami ni pun silent reader http://kehidupandimekah.blogspot.com/

    Salam kenal jugak dari kami.

    ReplyDelete
  5. itulah untung nya ada kwn2 dlm blogging ni kan

    ReplyDelete
  6. Bestnya dr kawan kat blog blh jadi member kamceng...untung berbelog kan...

    ReplyDelete
  7. selalu nampak komennya di blog ummi.. akhirnya dapat jumpa yer ummi.. malam td tercari2 juga kelibat ummi di kaca tv.. tp sebab tak tahu ummi ni mcm mana orgnya makanya tak berhasillah pencarian itu..

    ReplyDelete
  8. @khairul;
    hmm betul tu khairul, dapat jugak menjalin ukhwah...

    @azatiesayang:
    hmm ye lah atie, klu dah selalu bertegur sapa dan kunjung mengunjung kat blog ni,bila nak jumpa kita yakinlah sikit...

    @Hanis azla;
    Ye lah, antara rajin komen kt sini, Hanis pun,thanks ye.
    hehe ummi main sorok2 dengan kamera, tu tak nampak tu...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Ummiross

    Alhamdulillah...Syukur..terima kasih

    rasa tak puas berada di Kuching

    up:Puanbee2, khairul, azatiesayang n Hanis Azla...
    kami senang sekali berkenalan dgn Ummiross n keluarga

    Wassalam

    ReplyDelete
  10. dari rakan blogger dpt pula bersua muka. dunia tanpa sempadan:)

    ReplyDelete
  11. ooo sudah kawan sama itu atuk ar...?

    ReplyDelete
  12. itulaa.. jeles atuk dpt jumpa ummiross.. kurma tu paling liza suka.

    ReplyDelete
  13. seronokkan mengenali rakan2 alam maya yg baik hati semuanya....

    ReplyDelete
  14. salam...bila pulak kita nak jumpa ummiros ni...he3x - insyaAllah kalau SAK ke sana...tp ntah bila tak taulah

    ReplyDelete
  15. salam,

    tq sudi singgah blog sy kak...

    indahnya ukhwah kan... dr alam maya ke alam realiti...

    ReplyDelete
  16. @Rozali;
    Waalaikumussalam Rozali..

    Kalau macam tu,lain kali kena datang lagi ye, moga dipermudahkan Allah.Terimakasih...

    ReplyDelete
  17. @Syida Gorges;
    Ye lah Syida,memang best, walaupun kat sini ada, tapi nilainya tak sama kan..

    @Sweet N Pretty;
    betul tu Intan,dari alam cyber ke alam realiti...

    @Sham;
    hehe sudah jadi family friend lah Sham

    @Adzriel @ Liza AB;
    Ummi tunggu Liza pulak ni, bila lagi? Ummi pun suka kurma...

    @NzA;
    Ye lah kadang2 walau dari alam maya, kita lebih mengenali rakan2 blogger melalui entry masing2..

    @Sonata anak kancil;
    Wassalam SAK, kalau datang contact je ummi, insyaAllah jika ada rezeki dapat kita berjumpa nanti.

    @Areef Ibn Naim;
    Sama2 Areef, selalu2 lah singgah sini jugak, ye lah suka kawan2 blogger, semuanya baik2 walaupun kadang tak pernah jumpa.

    ReplyDelete